cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

berakhirnya cuti...

hari ni hari terakhir kita bercuti..huhu...lepas dua minggu,bercuti,mestilah malas nak masuk sekolah balik kan..sepanjang dua minggu ni,macam-macam aktiviti aku dah lalui...minggu pertama cuti,aku ada kelas chemistry..aku dapat rasakan yang minggu pertama cuti tu memang yang paling tension pernah aku lalui...cuti yang paling stressful!huhu...nak tau kenapa?biarlah aku simpan ja dalam hati....tapi klunya,pasal kawan laa...

masuk minggu kedua cuti,aku bertolak pula ke kampung di kota sarang semut,kedah..rumah tokmi dan tokbah aku sebelah mama..alhamdulillah,aku tak banyak buang masa sangatla kat kampung...setiap masa mesti ada aktiviti..tapi yang aku tak puas,homework masih tak siap-siap jugak..itulah sebabnya malas nak pi sekolah lgi..hari khamis lepas,akubertolak pulak ke ipoh,rumah opah aku sebelah abah..

hari kami nak bertolak balik kl,kami round-round la dulu...kami pi kellie's castle..memang seram jugak la masuk situ..siap baca bismillah dengan al fatihah lagi..tapi aku tak nafikan,walaupun istana tu tempat bersejarah dan mesti kita anggap tempat-tempat macam tu sangatla membosankan,namun aku rasa seronok sangat...banyak gambar aku ambil tapi semua tu dalam fon aku la..fon aku takdak kabel,so macam mana nak upload dalam blog aku ni..sedih gak tak dapat kongsi dengan blog ni..

lepas makan aiskrim dan minum air yang dibeli berdekatan dengan istana tu,kami mengharungi pula perjalanan selama 1 jam setengah untuk tiba di pekan lumut..lumut ni terkenal kerana ianya menjadi pelabuhan untuk kita ke pulau pangkor..kami jalan-jalan dan shop macam-macam kat sana..beli ikan kering,baju,dan banyak lagila...sebelum bertolak pulang,kami sempat keringkan tekak dengan abc dan cendol..fuhh!memang terbaik wokk!

perjalanan kami pulang ke kl bukannya sekejap..sebab kami kena lalu ikut jalan lama baru boleh masuk lebuhraya..dalam pukul 8.30 malam,kami berhenti kat RnR di ulu bernam..lepas makan-makan,kami pun bertolak pulang terus ke rumah..sampai rumah pukul 10.30..alhamdulillah..