cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

Perhimpunan BERSIH

Salam...jangan sesekali terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH! termasuklah propagandanya...

busy, busy, busy!

wwwooohh!! busy! busy sangat-sangat! terkejar-kejar ke sana ke sini!

Salam..waahh dah lama tak blogging....rindu betol..
ok sekarang ni aku nak cerita pasal aktiviti aku waktu cuti pertengahan tahun hari tu...minggu pertama cuti,aku telah pun menyertai program motivasi anak-anak PERKESO..

program ni dianjurkan sendiri oleh syarikat PERKESO, iaitu syarikat tempat ayahku bekerja..mereka telah menganjurkan program ini khusus buat anak-anak anggota PERKESO yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini..ibu bapaku sangat berminat untuk menghantar aku ke program ini..bukan apa,rasanya program ini cukup padat dengan aktivitinya kerana mengambil masa selama 4 hari 3 malam, oleh itu, mereka berpendapat bahawa program ini akan menjadi suatu yang sangat bermanfaat bagiku...tambahan pula, tiada bayaran walau sesen pun dikenakan..untung bukan?memang rugi kalau lepaskan peluang ni..

waktu mula-mula abah bagitau yang dia nak hantar aku ke program tersebut, aku sememangnya gembira dan excited...aku pun tak paham kenapa aku rasa macam tu...yang pasti,aku gembira sebab dapat peluang mengikuti program tersebut...walaubagaimanapun, bila dah makin dekat hari dimana aku perlu berangkat ke program tersebut,hati aku makin sayu pulak...makin sedih...memang tak dinafikan, aku agak diam dan selalu termenung sorang-sorang sehari sebelum aku pergi kem tu..dan sewaktu aku hendak bertolak pergi ke sana,bertambah-tambah sayulah hati aku ni..lebih2 lagi tokmi dan tokbah turut ada..

sewaktu di sana,nyata bermacam-macam perkara yang telah aku pelajari..sepanjang dalam program,kami semua dibimbing oleh Atuk..beliau merupakan seorang pakar motivasi yang penuh dengan humor..beliau tidak pernah meninggalkan kami sunyi sepi..ada sahaja jenaka yang beliau tunjukkan..beliau telah mengajar kami bermacam-macam teknik belajar seperti teknik menghafal,cara membuat peta minda yang ringkas dan menarik,teknik belajar menggunakan akronim dan lain-lain lagi..

kami semua seperti merasai pengalaman seperti di kolej2..tiba waktu,kami akan ke kelas untuk bersama Atuk..kelas2 ini diselangi dengan rehat,waktu makan,berekreasi,dan aktiviti berkumpulan..setiap kali selesai sesuatu tugasan,kami akan pulang ke bilik masing2 (bilik hotel)..sememangnya terasa seperti pelajar yang sudah punya rumah sendiri..

hari terakhir merupakan hari yang paling mengharukan..Atuk mengarahkan kami menulis sepucuk surat yang ditujukan kepada ibubapa kami masing2..kata Atuk, Atuk sekadar ingin mengetahui apa kata hati dan hasrat kami untuk ibubapa kami..program ini akan diakhiri dengan sebuah majlis yang turut dihadiri oleh ibubapa kami..setelah memasuki dewan majlis,masing2 nyata tersenyum gembira melihat kelibat keluarga masing2..aku juga tidak terkecuali..betapa gembiranya hatiku melihat senyuman ibuku dan lambaian bapaku..sewaktu majlis berlangsung, Atuk telah menyampaikan motivasi berupa kaedah didikan untuk anak2 kepada ibubapa yang hadir..dan tanpa kami sangka,Atuk telahpun menyerahkan surat yang kami tulis sebentar tadi kepada ibubapa kami...aku tidak terkejut sebaliknya aku merasakan inilah peluangnya ibubapaku mengetahui isihatiku dan betapa besarnya impianku untuk meraih kejayaan demi mereka..

majlis berakhir dan tibalah masanya kami semua bergambar dan mengucapkan salam perpisahan..walaupun kami semua hanya berkenalan dalam tempoh yang teramat singkat,hubungan yang terjalin ini amat erat dan sangat sukar untuk diputuskan..aku gembira untuk berada dalam program ini..aku gembira dapat mengenali ramai kenalan baru yang sangatlah berbagai kerenahnya...dan sudah tentunya aku gembira dapat pulang ke rumah untuk bertemu dengan keluargaku..



inilah Atuk..yang pakai baju hitam tu..



gambar ini diambil pada malam terakhir kami di sini..

terima kasih PERKESO atas anjuran program sebegini..aku pasti tidak akan melupakannya sampai bila2..

so cute!!

salam..hehe cute kan?



kat bawah ni lagi satu...cute nyerr...geram tengok..