cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

suatu kesedaran

pernahkah aku bersyukur atas segala kesenangan yang aku miliki hari ini?
kesenangan yang sangat melimpah ruah!

betapa banyaknya kurnia dan rezeki Allah kepada keluargaku,
sehingga aku tidak pernah merasakan sekelumit pun kesusahan,
sehingga aku sendiri tidak menyedari aku telah berkali-kali mengeluarkan keluhan dari mulut yang Allah cipta ini setiap kali mengalami masalah walau kecil sekalipun..
malah setiap arahan dan suruhan ibubapa turut dianggap suatu beban lantas timbul keluhan..

dan mampukah aku menjadi orang yang sabar dan tabah apabila kesusahan menimpaku?
aku sendiri tiada jawapan untuk itu..

pernahkah aku terfikir akan kesakitan dan kekecewaan orang lain atas segala ucapan dan perbuatanku?
setiap perbuatanku,percakapanku tidak pernah diadili dahulu oleh akalku..
aku benar2 terlampau mengikut nafsu dan perasaan..
justeru itu aku tidak pernah merasa kebahagiaan dan kenikmatan apabila Allah mengurniakan sesuatu kepadaku..
segalanya tidak pernah aku fikirkan...
aku sekadar menerimanya dan mengikut sahaja apa yang seterusnya berlaku..

tiada gunalah kehidupanku selama ini..
tidak pernah aku memikirkan segala yang Allah aturkan untukku..

guruku..

ingin aku kongsikan sedikit tentang guru2ku sepanjang aku bersekolah..

Taski ABIM merupakan tempat pertama aku menerima pendidikan secara formal..guru2ku di taski seperti ibuku sendiri..
seterusnya memulakan pendidikan rendah di SK Taman Rakyat..dari tahun 1 hingga tahun 6 aku menimba ilmu disini..guru2ku di sini, they are all loving..
di SMK Sultanah Asma,aku sempat menimba ilmu selama dua tahun bermula di tingkatan satu..girls school always rules! guru2ku di sini, sporting2 belaka..
semasa tingkatan tiga,aku bersekolah pula di SMK Sepagaya..bersekolah di sini merupakan cabaran besar yang tidak pernah aku bayangkan..namun guru2ku di sini sangat mengambil berat dan sentiasa menjadi pendorong dan penyokong nombor satuku..
dan sekolah terakhirku iaitu SMK Bandar Tun Razak..sekolah yang menyaksikan guru2nya boleh dianggap seperti kawan sendiri..mereka sangat mesra dan sporting..

aku akan sentiasa mengingati mereka dan harapanku agar dapat bertemu lagi dengan mereka..

di cameron highlands

salam..pada hari sabtu,24hb Disember 2011,aku bersama keluargaku telahpun pergi ke Cameron Highlands..turut bersama ialah Tokmi dan Tokbah serta keluarga Maklang Ta..hehehe..perjalanan untuk sampai ke resort yang akan kami duduki mengambil masa yang agak lama daripada biasa memandangkan jalanraya yang sangat sesak..kereta2 yang hendak bergerak mendaki laluan berliku-liku untuk ke sana seperti beratur dan bergerak dalam keadaan yang lambat sekali..sehinggakan Mamaku boleh keluar dari kereta untuk berjalan ke arah kereta tokbah untuk menyerahkan bekas karipap..hee..

kami menginap di Strawberry Park Resort..sepanjang berada di sana,aku sangat gembira menikmati cuacanya yang bersuhu sederhana..aku dapat lihat wap2 air seperti hujan rintik dan seakan-akan salji..apabila tiba waktu malam,angin bertiup sangat kencang menyusuri rimbunan pokok2 lantas menimbulkan bunyi yang menderu..menakutkan juga bunyinya..dan kami sempat juga bersiar2 di kawasan resort pada waktu malam..menggigil tubuh kami semua disapu angin yang kuat..apabila mendongak ke langit,bintang2 bertaburan memenuhi segenap langit malam..sangat cantik..aku tidak pernah jemu memandangnya...Subhanallah..

its a resort in a garden..a lush green trees along the pathway..very peaceful and ivagorating..it is a great experience..walaupun aku pernah ke sini sewaktu kecil,namun apa yang aku rasa sekarang tidak sama seperti dulu..berbekalkan akal yang semakin matang,aku lebih menikmati suasananya berbanding sewaktu kecil dahulu..



this is our resort..

gambar kat bawah ni pula sewaktu melawat kebun strawberi..







hee..

di i-city

salam..semalam,keluargaku (termasuk keluarga miera dan sofiy) ambil angin di i-city..hehe mulai jam 9 hinggalah jam 12,kami jalan-jalan melihat lampu2 yang begitu meriah sekali warnanya..banyak juga gambar yang telah diambil..terasa seperti sedang menikmati cuti sekolah yang panjang walaupun tidak sebenarnya..yang penting,masing2 menikmati saat2 yang menggembirakan di sana..inilah antara gambar2 yang diambil..



















hee..nampak sangat aku ni gila ambil gambar..

raya 2011

salam..aku belum sempat memuatkan cerita tentang hari raya aidilfitri yang lepas..bagi raya tahun 2011,aku telah pulang ke kampungku di Kota Sarang Semut di Kedah iaitu kampung datuk dan nenekku di sebelah ibuku..buat pertama kalinya,semua anak beranak Pak Mid (panggilan orang ramai terhadap datukku)pulang untuk beraya di kampung pada tahun yang sama..sememangnya meriah dan aku turut selesa dengan suasana tersebut..

Ibuku mempunyai 6 adik beradik di mana dialah yang sulung..raya kali ini nyata lebih bermakna dengan kehadiran semua ahli keluarga..inilah foto yang sempat diambil selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga..



ini sewaktu menyusun kedudukan setiap anak2,cucu2..



hehe..smart kan?



yang ni pulak cucu2 saja nak tunjuk duit raya yang dapat..



wahh!sangat bersemangat, gaya ala-ala meraikan kemenangan..
yang pastinya,semuanya bergembira..

solat jumaat

salam..setiap hari jumaat kaum muslimin diwajibkan solat jumaat..jika namanya solat jumaat,sudah pastilah ditunaikan secara berjemaah dengan itu mereka akan bergegas ke masjid ataupun surau untuk menunaikannya..

aku lihat,jemaah yang berada di dalam masjid untuk mendengar khutbah sementara menunggu menunaikan solat jumaat rata-ratanya mengantuk dan ketiduran..sememangnya waktu solat jumaat itu sendiri pada waktu tengahari di mana cahaya matahari memancarkan surianya tegak di atas kepala mewujudkan suasana panas dan sudah pasti para jemaah juga kepanasan..tambahan pula bersesak-sesak dalam ribuan jemaah lain untuk menunaikan solat jumaat..tidak hairan juga yang keletihan memandangkan mereka bergegas terus ke masjid dari urusan pejabat dan urusan sekolah yang memenatkan..

pada pandanganku,lebih baik cuti hari sabtu dan ahad yang ditetapkan di hampir semua negeri di Malaysia ini diganti dengan cuti hari jumaat dan sabtu yang ditetapkan oleh beberapa buah negeri seperti Kedah..dengan itu,para jemaah yang hadir ke masjid tidaklah keletihan sehingga boleh tertidur..jika hari jumaat adalah hari cuti,mereka akan lebih bersedia ke masjid..mereka pasti lebih segar setelah mempunyai masa untuk membersihkan diri,memakai pakaian yang bersih dan selesa serta memakai wangi-wangian..

bukankah Islam merupakan agama rasmi negara kita?sudah termaktub dalam perlembagaan negara akan perihal itu..justeru, tidak salah untuk kita bercuti pada hari jumaat demi menghormati waktu solat jumaat itu sendiri..dan bukankah hari ahad yang telah ditetapkan cuti itu merupakan hari bagi orang beragama Kristian beribadah di gereja?masakan negara Islam ini lebih mementingkan agama lain sehingga meminggirkan agama Islam itu sendiri? wallahualam..

salam..hari ini aku ingin menyentuh sedikit tentang perkara yang rasanya wajib dilakukan oleh setiap remaja masa kini..COUPLING atau bercouple..apa itu couple dan apa itu coupling?

couple ini asalnya bermaksud dua..dua disini merujuk kepada apa-apa sahaja tidak kira handphone,tv,basikal,pinggan dan sebagainya tetapi berjumlah dua..coupling pula sejenis kata kerja yang bermaksud berdua..

ok..apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah tentang bercouple dimana sepasang lelaki dan wanita berpacaran atau berkasih-kasihan..yang lelaki dipanggil pakwe,boyfriend a.k.a bf,boboy dan lain-lain lagi manakala yang wanita dipanggil makwe,girlfriend a.k.a gf,gegirl dan seterusnya..selalunya,seorang daripada pasangan tersebut yang akan mengajak seorang lagi itu untuk bercouple..contoh ayatnya, "kita couple nak?or "jom kita couple?"..dengan itu,selagi pasangan itu tidak bercouple,mereka sekadar teman biasa tanpa apa-apa hubungan istimewa..

justeru itu,dapatlah aku simpulkan bahawa couple itu sekadar ikatan rasmi yang menandakan mereka mempunyai hubungan istimewa..lain pula dengan kahwin iaitu merupakan ikatan rasmi yang menandakan mereka merupakan pasangan suami dan isteri..sedikit sahaja perbezaannya bukan?

walaubagaimanapun,aku masih merasakan bahawa tiada guna kita berkahwin jika kita sudah bercouple..ini kerana pada pandanganku,semua yang istimewa termasuk kata-kata,janji-janji,hadiah malahan panggilan di antara pasangan telah pun dicurahkan sewaktu bercouple..justeru tiada lagi keistimewaan sewaktu berkahwin..tiada lagi kenikmatan berumah tangga setelah kenikmatan tersebut telahpun dirasai sebelum kahwin lagi yakni sewaktu bercouple..

tiada yang istimewa dalam bercouple...walaupun bercouple, itu bukan syarat atau tiket untuk kita bebas bergaul dengan pasangan kita tersebut seperti memanggil dengan panggilan mesra dan sebagainya..walaupun bercouple,ia tetap tidak menghalalkan pasangan tersebut berpegangan dan bermadah cinta sewenang-wenangnya..kita tetap perlu jaga batas pergaulan kita sebagaimana yang disyariatkan Islam..

tiada apa pun sebenarnya couple ni..ia sekadar menunjukkan sesuatu hubungan antara sesebuah pasangan itu telah maju setapak atau dibawa ke fasa bercinta..

jika kita lihat dalam novel serta drama dalam tv,masih banyak pasangan yang berkahwin tidak mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin dan walaupun jelas mereka pada awalnya berhadapan dengan masalah komunikasi,lama-kelamaan pasti akan berputik cinta antara pasangan tersebut..indah bukan bercinta selepas kahwin?

cinta selepas kahwin ini misteri..kita tidak tahu apa sifat2 pasangan kita lalu kita lebih mudah menerima segala perlakuannya..berlainan pula yang bercinta sebelum kahwin..masing2 sudah tahu perangai masing2 namun selepas kahwin, barulah terbongkar segala perangai yang mungkin tidak dapat diterima..lantas perubahan itulah yang sukar untuk kita terima..pendek kata, perkara baru memang senang untuk kita sesuaikan diri, berlainan pula dengan perubahan..sesuatu perubahan itu memang sukar untuk kita terima, lebih2 lagi perubahan yang kita sendiri tidak jangkakan..

disebabkan itu aku berpendapat tiada guna berkahwin jika sudah bercouple..ini sekadar pandanganku dan aku tidak pernah berniat walau sezarahpun untuk menyindir orang lain..

a paddy field

aku dilahirkan di negeri Jelapang Padi Malaysia iaitu Kedah Darulaman. setiap kali aku pulang ke kampungku di Kota Sarang Semut,aku tidak akan pernah jemu untuk melihat pemandangan sawah padi yang berada di kedua-dua bahagian kiri dan kanan jalanraya..

setiap kali melihatnya,hati akan terasa sangat tenang..seperti laut yang luas terbentang,sawah padi juga sejauh mata memandang..ia seperti sebuah padang rumput hijau yang berdesir ke kiri dan kanan mengikut haluan tiupan angin..ia juga dilihat seperti ombak yang beralun mengikut rentak angin yang menyapunya..sungguh menenangkan,sungguh mempesonakan..

ia merupakan antara pemandangan tercantik yang pernah aku lihat dalam hidupku..Subhanallah..betapa hebatnya kekuasaanNya..



Hormati orang tua!

salam..beberapa hari yang lalu aku ada menonton sebuah drama Inggeris yang memfokuskan kepada kisah seorang lelaki tua dan dunianya bersama orang2 yang seusia dengannya..
ceritanya sangat menarik dan terlintas dihatiku perasaan simpati yang menebal terhadap warga tua di dunia ini..

aku merasakan bahawa jika warga belia dan remaja kita tidak mengambil berat tentang mereka,dengan siapa lagi boleh mereka bergantung?mereka merupakan golongan yang lemah dan sebagai warga yang lebih muda,wajarlah kita melindungi mereka baik dari segi hak,keselamatan dan perasaan..perlu diingat,hati mereka mudah sekali tersentuh dan sangat sensitif..

alangkah indahnya pemandangan apabila melihat seorang anak remaja jalan berpimpinan tangan dengan neneknya atau datuknya berjalan-jalan membeli barangan atau sebagainya..justeru itu,hormatilah mereka..sayangilah mereka..suatu hari nanti juga kita akan melalui saat-saat tersebut..




salam...haih..aku tidak habis2 meluahkan rasa kecewa atas apa yang terjadi kepada karya sasterawan negara kita,Abdullah Husain ini..aku sebagai pelajar tingkatan lima yang pernah membaca dan mengkaji tentang novel tersebut sangat kecewa dengan penarikan semula buku itu sebagai teks komponen sastera tingkatan lima malah diganti dengan novel yang lain..

setelah membaca novel tersebut,aku akui betapa aku sangat menyukai novel tersebut..ketelusan,ketelitian dan perincian yang dipaparkan dalam novel tersebut bagiku sangat berjaya sekali..penulis berjaya memaparkan situasi setiap bangsa yakni Melayu,Cina dan India pada zaman penjajahan dahulu dengan sangat berkesan sehinggakan aku yang tidak pernah melalui zaman itu boleh membayangkan sendiri bagaimana keadaan zaman tersebut dan mampu merasa keperitan yang dihadapi setiap bangsa yang dipaparkan dalam novel tersebut..

seperti kebiasaan,novel komponen sastera pada pemikiranku sentiasa merupakan novel yang membosankan tetapi dengan mengenali serta membaca novel Interlok,aku tahu betapa pemikiranku salah selama ini..novel Interlok berjaya menarik hatiku untuk lebih mengenali sejarah yang berlaku khususnya terhadap tiga kaum utama yang menetap di Malaya dahulu..

di sini,aku ingin menyatakan kekesalanku terhadap apa yang terjadi terhadap novel tersebut..pada mulanya,novel tersebut dikutip oleh guru dan halaman2 dan petikan yang menggunakan perkataan sensitif ditampal dengan keratan petikan yang baru serta perkataan yang telah diolah supaya lebih mesra dan tidak berbaur perkauman..setelah dikembalikan kepada pelajar,novel tersebut sekali lagi dikutip oleh guru dan diganti dengan novel Interlok yang berwajah baru setelah dicetak semula...dan setelah segala pindaan yang dilakukan,hari ini novel tersebut telah digantikan dengan novel lain..ternyata segala pindaan yang dilakukan sebelum ini sangat sia-sia dan tidak membawa keuntungan..malah sudah berjuta-juta terpaksa dihabiskan untuk kos pindaan dan cetakan semula namun novel tersebut akhirnya diganti juga dengan novel lain..sangat merugikan....

hasratku kini,aku ingin memiliki novel Interlok yang asli..aku berharap aku dapat memilikinya..=)



antara kulit depan buku interlok dari dulu hingga sekarang..

salam...alhamdulillah aku berkesempatan untuk mengemaskini catatan blog aku hari ini...
erm kisah hari ini berkenaan dengan drama dan filem2 arahan Kabir Bhatia..ada apa dengan perkara tersebut?

aku sekadar ingin menyatakan kekagumanku terhadap semua cerita yang diarahkan oleh beliau..setiap cerita yang disampaikan pasti mempunyai makna tersendiri dan aku tidak takut untuk mengatakan bahawa semua hasil cerita arahan beliau merupakan hasil yang bijak..sudah tentu tanpa skrip dan idea asal jalan cerita,itu tidak akan membantu pengarah seperti Kabir Bhatia sendiri..di sini juga aku ingin mengucapkan syabas kepada isterinya Kabir Bhatia sendiri iaitu saudari Mira Mustafa atas konsep dan jalan cerita yang anda bawakan...

antara arahan Kabir Bhatia yang popular sudah semestinya Nur Kasih..tidak lupa juga filem Cinta, Sepi dan Setem...aku sangat meminati setiap filem arahan beliau..ceritanya bukan sekadar kisah yang tiada erti atau makna..setiap daripadanya membuatkan kita berfikir sejenak ditambah pula dengan pengajaran serta maksud tersirat yang akn kita perolehi..nyata setiap hasil arahan beliau merupakan sebuah jalan cerita yang kadang-kadang sangat beremosi sehingga mampu menyentuh perasaan setiap yang menontonnya,tidak kurang juga jenaka dan sindiran yang disampaikan bukanlah sekadar omong kosong..inilah yang dikatakan jalan cerita yang bijak dan aku suka setiap hasil arahannya seperti itu..