cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

Minggu Seni Visual

salam..pada hari isnin, 2 ogos lepas, majlis pelancaran minggu seni visual telah diadakan..selaras dengan itu, pameran seni yang bertemakan dari Matahati turut dirasmikan oleh pengetua sekolah..acara berlangsung dengan lancar seperti yang telah direncanakan oleh panitia seni khususnya cikgu othman..kami (pelajar-pelajar seni dan ajk seni kreatif) juga tidak ketinggalan membantu dalam proses pelaksanaan minggu seni visual..walaupun meletihkan,tapi ternyata semuanya berbaloi..

aku juga telah diminta oleh cikgu othman untuk menyampaikan ucapan bagi pihak panitia seni dan jawatankuasa seni kreatif..alhamdulillah,semuanya berjalan dengan sangat lancar..aku juga gembira kerana aku dapat mengatasi rasa gemuruhku..aku juga tidak menyangka yang aku boleh bersikap tenang seperti tiada apa yang berlaku pada hari itu..