salam...hari ini aku ke sekolah dengan memakai pakaian puteri islam memandangkan di perhimpunan nanti akan diadakan majlis pelantikan para pengerusi kelab-kelab,persatuan dan unit beruniform..aku naik ke pentas bagi menerima sijil pelantikan bagi persatuan seni kreatif dan puteri islam..
selepas tamat waktu persekolahan,aku bersama aisyah menghadiri perjumpaan seni kreatif..perjumpaan kali ini memakan masa yang agak cepat berbanding perjumpaan sebelum ini..justeru,selepas tamat perjumpaan,rakan-rakanku mengambil keputusan untuk pulang...manakala aku masih stayback di sekolah memandangkan harith ada meminta pertolonganku untuk menerangkan tentang cara menyediakan planning untuk sesuatu experiment yang akan dijalankan..tentunya ini untuk subjek chemistry..
aku tahu bahawa harith berada di makmal chemistry,lalu aku ke sana...sementara menunggu harith,aku menolong cikgu ila mengepil kertas peperiksaan science..aku ada bercakap sikit dengan harith di hadapan cikgu ila....cikgu menegur aku dan bertanya,"dating eh???"....aku agak terkejut dan sekadar mengatakan bahawa,"taklah cikgu...harith mintak tolong ajarkan cara buat planning..."
selepas selesai menolong cikgu,aku turun ke kantin...dan aku menerangkan tentang planning tersebut kepada harith di situ..selesai kerja tersebut,aku dipanggil oleh hafizuddin,aiman yusri serta aiman hafizi.....pada mulanya,mereka bertanyakan aku soal harith..menyakan kebenaran sama ada aku bercouple dengan harith...dan aku sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut..lalu bermulanya sesi gosip kami....haha.....bermacam-macam cerita tentang harith yang mereka ceritakan kepadaku...aku juga tidak kurang menyatakan pendapatku soal ini..
tidak cukup setakat itu,bersambung pula dengan cerita berkenaan soal lelaki lembut..macam-macam cerita yang mereka kongsikan dengan aku..mereka juga ada mekuahkan perasaan mereka kepadaku tentang soal tersebut..dan aku juga turut menyatakan pendapatku kepada mereka..
apabila cerita berkisar tentang lelaki lembut,timbul pula cerita adakah lelaki lembut sukar dapat jodoh?dan tentunya mereka tidak setuju dengan perkara tersebut dan bermacam-macam contoh yang telah mereka berikan....mereka juga ada bertanyakan aku,"kitorang ni lembut sangat ke kak?"....haha..aku sekadar menjawab,"korang tak lembut.....cuma cara korang yang macam perempuan..cara cakap korang.......contohnya,kan selalu yang bergosip ni perempuan,so korang pulak suka bercerita,bergosip....thats why la yang menampakkkan korang macam lembut..."
dengar sahaja aku berkata sebegitu,maka mereka menceritakan kepadaku.."kitorang selalu dengan mak kitorang....selalu ada perempuan,macam makcik kitorang,sedara-sedara..so macam dah terikut...dari kecik kan..." haha...
ada juga pasal lelaki yang berisi...kebaikan lelaki yang besar dan kecenderungan mereka dalam mendapat jodoh...hahaha..
akhirnya,tamatlah cerita kami...aku pulang jam 6.30!fuhhh...paling lambat dalam sejarah!nasib baik esok cuti.....heheeee..walaubagaimanapun,aku takkan lupa apa yang jadi sebentar tadi...heee..