Sabtu lepas,27 hb,kami satu family turut tidak ketinggalan untuk menghadiri salah satu program tebesar yang diadakan di Malaysia ini..aku sangat teruja sebab ini pertama kali aku pergi pesta buku ni..ia diadakan di pwtc..disebabkan kami tidak tahu jalan ke sana,kami mengambil keputusan untuk menaiki LRT.. alhamdulillah,kami sampai dengan selamat tanpa sesat di mana-mana..haha..abah aku juga berkesempatan membantu seorang pakcik yang buta untuk menaiki LRT..
memang sesak sangat kat pwtc tu walaupun kami datang seawal jam 10 pagi..biasalah,setahun sekali ja kan...kami ada beli beberapa buah buku dengan harga yang lebih murah berbanding biasa..memang aku rambang mata giler!walaupun kami sempat round semua lot-lot,aku still tak puas!aku ada terserempak dengan Tam dan Radhi OAG..haha..kali pertama aku terserempak dengan selebriti secara live..haha..lagi satu,aku ada terpandang kak Ain Maisarah!beliau tengah sibuk layan pengunjung yang hadir ke rumah pinknya..aku teringin nak pergi ambil autograf atau bergambar ka tapi hajat tak kesampaian la..sebab yang lain dah gerak ke lot lain pulak..kalau nak pergi sorang-sorang,alamatnya esokla baru boleh jumpa family balik sebab memang sesak sangat dengan orang macam dalam tin sardin!apapun,alhamdulillah..pengalaman baru kan..
kami balik naik LRT jugakla..aku juga berkesempatan memberikan tempat duduk aku kepada seorang chinese aunty yang sarat dengan barangan dari pasar..aku jugak kagum dengan seorang chinese ni..dia baru saja duduk kat tempat duduk tapi bila di lihat ada seorang pakcik naik,dia terus bangun walaupun dia sebenarnya tengah cakap dengan handphone dia..bagusnya..itulah yang kita nak dalam masyarakat majmuk kita ni...1 Malaysia!
0 Comments:
Catat Ulasan