cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

pengerusi?!

salam....minggu lepas,berlangsungnya mesyuarat agung bagi persatuan,unit uniform dan permainan...aku masih lagi puteri islam dan persatuan seni kreatif..namun untuk permainan,aku bukan lagi badminton seperti tahun lepas..aku mengambil keputusan untuk memasuki bola tampar tahun ini oleh sebab tidak aktifnya kelab badminton..

pada tahun ini,aku telah terpilih untuk memegang jawatan pengerusi bagi puteri islam dan persatuan seni kreatif..aku tidak terkejut apabila diumumkan secara rasmi oleh ustazah zurina sebagai pengerusi puteri islam pada tahun ini kerana dari tahun lepas lagi ustazah memberitahu aku untuk melantik aku sebagai pengerusi tahun ini..namun untuk menjadi pengerusi bagi persatuan seni kreatif adalah sesutu yang tidak dijangka memandangkan aku sudah menduduki posisi pengerusi puteri islam...dua jawatan pengerusi dalam suatu masa?.......walaupun agak mengejutkan,namun aku bersyukur dan aku sangat berharap dapat menjalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin......insyaAllah aku tidak akan menyalahgunakan amanah yang telah cikgu taruhkan ini kepada aku...

salam..sudah lama aku mencari video asma ul-husna versi ini..alhamdulillah jumpa juga akhirnya..senang saja rupanya mencarinya..ingin aku mengongsinya dengan blog ini..

nama penjaga gol kebangsaan,khairul fahmi che mat,semakin meniti di bibir masyarakat terutamanya kaum Hawa....yaa~ tidak dinafikan beliau punya daya penarik tersendiri selain rupa parasnya yang kacak yang membuat ramai wanita tertawan...di kalangan rakan-rakan saya juga sudah tidak asing dengan nama beliau...jika difikirkan,situasi ini sememangnya jarang berlaku di kalangan pelajar perempuan oleh sebab ia berkenaan bola sepak yang lebih menjurus kepada minat kaum Adam...

teman wanita beliau juga tidak dapat lari daripada terkena tempias populiriti khairul fahmi...walaupun kedengarannya seperti suatu perkara yang baik buat mereka berdua.....namun tidak..aku sangat bersimpati terhadap teman wanitanya itu..pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya sedangkan dia jelas tidak bersalah dalam hal ini....aku kagum dengan reaksinya yang tenang dan terbuka dalam menangani permasalahan ini..dia tidak cepat melatah dan tidak juga menaruh dendam terhadap pihak yang sengaja bikin onar tersebut...

aku tidak faham kenapa orang di luar sana(lebih merujuk kepada kaum hawa) bertindak sedemikian....betapa ceteknya pemikiran mereka..mereka tidak sewajarnya melakukan perkara seperti itu...hal ini jelas menerangkan sikap mereka yang busuk hati serta cemburu terhadap kebahagiaan dan kelebihan orang lain..haihhh~ dunia-dunia...

Selamat bersekolah!

esok akan bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2011 di Kuala Lumpur..aku juga akan melangkah ke sekolah sebagai pelajar tingkatan lima,bukan lagi tingkatan empat..pantasnya masa berlalu..tahun ini juga merupakan tahun terpenting buat aku kerana bakal menduduki peperiksaan spm pada lewat tahun ini..pelbagai perasaan bercampur baur di benak ini sekarang..sememangnya aku merasakan yang tahun 2011 akan berlalu dengan sangat pantas,di mana itulah yang membuatkan aku semakin takut dengan masa..setiap saat yang berlalu semakin menyesakkan dada kerana aku semakin mendekati tarikh peperiksaan spm..dan.....semakin mendekati saat aku akan meninggalkan fasa persekolahan..

Anugerah Skrin 2010

anugerah skrin yang berlangsung baru-baru ini tiba-tiba hangat dengan cerita berkenaan pakaian segelintir pihak yang terlampau mencolok mata....aku tidak tahu pihak mana yang terlibat....namun pada pendapat aku,bukan kali ini sahaja artis-artis kita berpakaian sedemikian rupa...sudah acap kali kita dipertontonkan oleh perkara sedemikian..

aku tidak mengerti.....artis-artis kita yang gemar berpakaian mencolok mata ini kebanyakannya berbangsa Melayu,beragama ISLAM!tidakkah mereka tahu batas-batas aurat yang harus dijaga?mungkin sesetengahnya memberikan alasan "tidak bersedia"....namun alasan itu sangatlah tidak kukuh sebenarnya..jika tidak sedia bertudung sekalipun,tidak semestinya bahagian lain harus didedahkan juga dengan berpakaian seperti tidak cukup kain..mereka mencerminkan bangsa dan agama mereka....justeru,adakah bangsa Melayu dan agama Islam sebegitu keadaannya?.........fikirkanlah..

Interlok

salam..INTERLOK merupakan novel untuk pembelajaran pelajar tingkatan 5 untuk subjek Bahasa Melayu...baru-baru ini,penggunaan buku ini sebagai komponen pembelajaran sastera telah dipertikaikan...oleh itu,kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengkaji kesahihan kata-kata orang yang mempertikaikan serta mencetuskan isu novel ini...

pada pandangan aku,tidak sewajarnya hal ini dijadikan permasalahan...tiada salahnya novel tersebut digunakan untuk pelajar tingkatan 5 seperti kami...tidak sepatutnya novel ini ditarik balik..aku sememangnya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan novel tersebut tidak sesuai dan akan mencetuskan perkauman antara masyarakat majmuk di negara kita....kami sebagai pelajar juga tahu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk....

Malaysia JUARA!

tahniah skuad Harimau Malaya!anda sememangnya wira negara..seperti yang sudah kita ketahui,skuad bolasepak negara kita telah memenangi Piala Suzuki AFF dengan mengalahkan pasukan dari seberang iaitu Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta...

Malaysia menang dengan agregat 4-2..berbekalkan jumlah jaringan selesa semasa perlawanan akhir pertama di stadium Bukit Jalil,Malaysia seperti tiada masalah untuk memenangi kejohanan ini..walaupun kita tewas 2-1 di tangan skuad Garuda semasa perlawanan akhir kedua,Indonesia tetap tidak mampu menidakkan kemenangan Malaysia kali ini...

walaubagaimanapun,perlawanan akhir kali ini tidak lari dengan isu-isu panas dan kontroversi yang sedikit mencetuskan ketidakpuasan hati antara pihak Malaysia dengan Indonesia..semuanya bermula dengan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Indonesia yang menyatakan Malaysia tidak menang dengan adil oleh sebab penggunaan laser yang menyebabkan penjaga gol pasukan garuda sedikit tergaggu konsentrasinya..

saya percaya Malaysia berada di pihak yang benar...buktinya,penjaga gol kita semasa perlawanan peringkat kumpulan dengan pasukan Indonesia,juga akui bahawa beliau ada terkena pancaran laser di Stadium Gelora Bung Karno..namun,hal itu tidak dijadikan alasan oleh pasukan Malaysia yang kalah pada perlawanan tersebut..

tidak cukup dengan itu,layanan yang diberi kepada pasukan Malaysia sepanjang bertandang di Indonesia untuk perlawanan akhir kedua..bermula dengan sambutan penyokong-penyokong Indonesia seperti membawa kain rentang yang mengutuk dan mempersendakan jurulatih dan skuad kita..tidak cukup di padang latihan,mereka juga setia menunggu di hotel penginapan skuad negara,jelas tidak mahu melepaskan peluang mencaci pemain kita..memandangkan padang latihan tak dapat diguna ekoran faktor keselamatan serta jarak yang jauh,skuad negara hanya menjalani latihan di kawasan kolam renang di hotel penginapan mereka..selain itu,skuad Malaysia juga terpaksa menaiki kereta kebal ke stadium ekoran faktor keselamatan..

sebenarnya,masalah ini tidak akan terjadi..semuanya berpunca daripada sifat iri hati dan dengki penyokong Indonesia serta tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka..sifat-sifat ini tercetus akibat semangat patriotisme mereka yang sememangnya kental dan teguh..semangat ini sememangnya baik untuk sesebuah negara namun mereka terlampau taksub dan fanatik terhadap negara sendiri sehinggakan mereka buta dengan kesalahan yang telah dibuat..

betapa banyak cubaan yang terpaksa dilalui pasukan Malaysia,namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka mengharungi perlawanan penentuan juara Piala Suzuki tersebut...sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad Harimau Malaya.....anda sememangnya layak bergelar WIRA!!!