cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

berkelah !

salam ...hari jumaat lalu,seperti kebiasaannya,kami,pelajar 5st,perlu menghadiri kelas chemistry bermula jam 3 hingga 5..pada hari itu,hidayah,athirah,dan afiqah singgah di rumahku untuk menunaikan solat fardhu zuhur..

selepas tamat kelas chemistry,athirah menyatakan bahawa dia akan singgah semula ke rumahku untuk mengambil botol air dan bukunya yang tertinggal di ruang tamu rumahku..manakala liyana pula ingin menumpang tandas memandangkan tiada bekalan air di sekolah...

pada mulanya,niat untuk singgah di rumahku hanyalah itu...akhirnya,semua sekali termasuk oliya,hidayah,afiqah,aisyah dan aishah turut sama menjejakkan kaki ke rumahku,setelah beberapa kali dipujuk....haha...persinggahan sementara menjadi seperti perkelahan atau perhimpunan kumpulan kami..memang best!terasa seperti hari itulah hari terakhir persekolahan.....betapa aku sangat bersyukur dan gembira mempunyai rakan-rakan seperti mereka..sayang kamu semua sangat-sangat!!

my heart's calling..

salam.hari selasa lalu,iaitu pada 1hb mac,berlangsungnya sambutan maulidur rasul peringkat sekolah di dewan smk bandar tun razak...majlis bermula jam 7.3o dan berakhir pada jam 10.30 pagi....bermula dengan ucapan daripada pengetua serta perasmian bulan tarbiah insan,diikuti dengan ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Miril...ustaz miril?ya....belia merupakan salah seorang peserta imam muda..aku sama sekali tidak menyangka bahawa sekolahku ini mampu menjemput seorang public figure untuk memberi ceramah di sekolah ini..dan kesanggupan ustaz Miril sendiri untuk datang ke sekolah ini..alhamdulillah..........

lalu mengapa tajuk catatan kali ini berjudul my heart's calling?my heart's calling merupakan tajuk sebuah lagu korea yang berentak perlahan...aku sangat menggemari lagu tersebut...dan aku merasakan bahawa tajuk lagu tersebut sangat sesuai dengan apa yang terjadi kepadaku di saat aku berada di dewan sekolah semasa sambutan maulidur rasul itu..

alkisahnya........aku bersama rakan-rakanku duduk di dewan seperti biasa...aku sama sekali tidak nampak kelibatnya di dewan tersebut..hatiku terdetik juga,"dia tak datangkah?"...aku memujuk hatiku untuk tidak memikirkan perkara itu..lalu aku kembali khusyuk mendengar ceramah...walaubagaimanapun,beberapa minit kemudian,aku terlihat kelibatnya......entah kenapa,hatiku seperti disentap,jantungku seperti terhenti sesaat apabila melihatkan kelibatnya.....namun cepat-cepat aku menyedarkan diriku dan kembali fokus kepada perjalanan majlis....haha...macam susah nak percaya,tapi itulah yang berlaku ke atasku...kelakar jugak...hemmmmm...my heart's really calling...