salam ...hari jumaat lalu,seperti kebiasaannya,kami,pelajar 5st,perlu menghadiri kelas chemistry bermula jam 3 hingga 5..pada hari itu,hidayah,athirah,dan afiqah singgah di rumahku untuk menunaikan solat fardhu zuhur..
selepas tamat kelas chemistry,athirah menyatakan bahawa dia akan singgah semula ke rumahku untuk mengambil botol air dan bukunya yang tertinggal di ruang tamu rumahku..manakala liyana pula ingin menumpang tandas memandangkan tiada bekalan air di sekolah...
pada mulanya,niat untuk singgah di rumahku hanyalah itu...akhirnya,semua sekali termasuk oliya,hidayah,afiqah,aisyah dan aishah turut sama menjejakkan kaki ke rumahku,setelah beberapa kali dipujuk....haha...persinggahan sementara menjadi seperti perkelahan atau perhimpunan kumpulan kami..memang best!terasa seperti hari itulah hari terakhir persekolahan.....betapa aku sangat bersyukur dan gembira mempunyai rakan-rakan seperti mereka..sayang kamu semua sangat-sangat!!
0 Comments:
Catat Ulasan