mataku memandangmu,
ekor mataku melewati kelakuanmu,
kelibatmu kuperhatikan,
sesaat cuma , mataku kularikan..
sesalku tidak terhingga,
sesalku menyesak minda,
aku sekadar menundukkan muka,
mataku kupejamkan,
tanda hati tidak keruan..
buat pertama kalinya,
matanya bertemu mataku,
mataku terhenti di matanya,
tidak berkelip,
tidak bekerdip..
matanya seperti mahu memberitahu,
mataku seperti mahu bertanya,
tetapi tiada suara,
masing-masing membisu,
walau pandangan terhenti lama..
dia seperti mendekati,
aku sekadar memerhati,
akhirnya..
masing-masing melayan fikiran sendiri..
matanya memandangku,
mataku melewati matanya,
matanya dilarikan,
mataku sekadar ditundukkan..
matanya memandangku,
mataku tidak hiraukan,
sekadar senyuman kuhadiahkan,
walau mata tiada pertemuan..
mataku memandang, ingin menyapa,
matamu tiada perhatian,
berlalu begitu sahaja..
mataku memandang,
matanya juga memandang,
matanya menyapa,
mataku mengiya,
senyuman terukir akhirnya..
0 Comments:
Catat Ulasan