cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

4 st class

st stands for sains tulen..kelas ni merupakan satu-satunya kelas dalam form 4 di btr ni yang mewajibkan pelajarnya mengambil bio,fizik,chem dan addmath..asalnya,penghuni kelas ni berjumlah 35 orang..tapi,semakin hari,pelajar kelas kami makin sikit sehinggalah berjumlah 20 orang hari ni!maksudnya,ada 15 orang pelajar telah berpindah ke sekolah lain..masa bulan 1,perpindahan ke sek men teknik..pada bulan 2,perpindahan ke sbp dan pada bulan 3,perpindahan terakhir yang dicatatkan kelas kami iaitu perpindahan ke mrsm..walaupun aku baru dalam kelas ni,aku tak nafikan yang aku sangat-sangat merindui suasana kami dahulu sebelum pindah..semuanya sangat manis..aku memang tak dapat lupakan..4st da best!

smk bandar tun razak

dah 3 bulan aku sekolah kat sini..alhamdulillah,semuanya baik sangat...walaupun sekolah ni tak dikategorikan sebagai sekolah kluster atau sekolah berprestasi tinggi,aku still rasa gembira dapat sekolah sini...disiplin pelajar sentiasa terkawal...semua cikgu-cikgu yang mengajar kelas aku memang sporting!aku belajar pun tak tension..alhamdulillah,kawan-kawan dapat terima kehadiran orang baru dalam kelas lepa..semoga ini berterusan sehinggalah kami habis sekolah nanti...insyaallah..

bila kami semua dapat tau yang kami akn berpindah ke kuala lumpur,kami satu family memang gembira sangat...biasalah,dah setahun kami duduk sabah,jauh dari semua adik beradik...so bila dapat tau akan balik semenanjung,mestilah excited!sampai tokmi pun menangis!aku pun bersyukur sangat Allah dah makbulkan doa kami semua selama ni yang mengharap sangat dapat balik semenanjung secepat mungkin...

sepanjang menetap kat sabah,kami boleh kata dah pusing satu sabah..melancong kat negeri sendiri la..memang aku akui sabah negeri yang cantik...cuma ada sesetengah perkara la yang aku tak suka sangat...biasala kan..bak kata pepatah,hujan emas kat negeri orang,hujan batu kat negeri sendiri,lebih baik kat negeri sendiri kan..tapi,alhamdulillah,semuanya baik sahaja...




ni waktu kami bercuti kat celyn resort..resort ni kat kundasang...kedudukan kundasang ni dekat kaki gunung kinabalu...sekali tengok gambar ni,dah macam kat luar negara...hehe..




gunung kinabalu betul-betul depan resort kami!teruja giler!berapa banyak filem dah habis sebab tangkap gambar gunung ni...haha..



ni pulak waktu kat hutan lipur madai..waktu ni tengah merentasi titi gantung...haha,mama dengan tokmi nak cepat ja sampai ke penghujung titi tu...tokbah pulak suruh orang cepat-cepat jalan,takut patah titi sebab ramai sangat...haha...semua pakat gelak ja waktu tu...dan aku tak sangka tokbah takut tinggi!


gambar ni pulak diambil waktu kami kat semporna...air laut dia memang jernih sangat..
sebenarnya ada banyak lagi gambar nak tunjuk tapi rasanya tak perlulah...

hari terakhir aku dengan kawan-kawan..kami pi main bowling..fuhh,first time pegang bola boling...takdakla berat sangat...rasanya sama berat dengan bola peluru ja..lepas tu kami makan kat McD...sebelum berpisah,mestilah salam dan peluk suma tu kan...kat McD tu lah sesi salam-salaman tu..haha..agak ramai jugak la waktu tu kat McD..orang lain tengok kami suma dengan perasaan pelik bin hairan...haha,mestilah kan sebab kalau pi McD,mestilah nak makan.tapi kami suma dok salam,peluk,cium suma tu...haha...yang bestnya jugak,waktu tu dah jadi macam sidang media dah...aku duduk,yang lain berdiri dan tangkap gambar...dan aku tak sangka langsung yang aku akan balik dengan tangan yang penuh dengan hadiah...haha..apapun,aku takkan lupa korang semua!terima kasih sangat sebab sanggup turun padang nak jayakan party ni...




jamuan kelas 2 Asma

kelas aku, 2 Asma (2008)..kami ada buat jamuan akhir tahun kat sekolah..memang best sangat..ada kejutan pulak tu untuk aku..takkan pernah lupa moment berharga waktu jamuan tu..




inilah yang kami makan.perhh,sedap beb!sehingga menjilat buku lali!

kek coklat ni pulak..huhu..terharu giler bila tengok apa yang tertulis kat atas kek tu..tak sangka langsung kawan-kawan semua akan buat surprise ni..terima kasih sangat untuk korang semua!



inilah rakyat 2 Asma..gambar terhebat abad ini! mana aku?cubalah cari!

smk sultanah asma

smk sultanah asma ni salah sebuah girl's school in kedah..mama aku dulu pun sekolah sini jugak..aku memang seronok dapat belajar kat sini...first, mestila sebab student semua girls ja..second,cikgu-cikgu memang sporting giler! third, sebab sekolah ni sememangnya terkenal di seantero negara! haha..aku bangga tau! hemm,sekolah ni telah dikategorikan sebagai sekolah kluster negara dan baru-baru ini pula, ia dikategorikan dalam senarai sekolah berprestasi tinggi (SBT) di malaysia..alhamdulillah..

aku asal dari alor star,kedah..anak kedah but ada jugakla campuran thailand dan indonesia..sekolah terakhir aku kat kedah ni,smk sultanah asma..aku sempat belajar kat sekolah ni 2 tahun ja,sebelum aku pindah sabah..

Salam untuk semua..