sepanjang menetap kat sabah,kami boleh kata dah pusing satu sabah..melancong kat negeri sendiri la..memang aku akui sabah negeri yang cantik...cuma ada sesetengah perkara la yang aku tak suka sangat...biasala kan..bak kata pepatah,hujan emas kat negeri orang,hujan batu kat negeri sendiri,lebih baik kat negeri sendiri kan..tapi,alhamdulillah,semuanya baik sahaja...
ni waktu kami bercuti kat celyn resort..resort ni kat kundasang...kedudukan kundasang ni dekat kaki gunung kinabalu...sekali tengok gambar ni,dah macam kat luar negara...hehe..
gunung kinabalu betul-betul depan resort kami!teruja giler!berapa banyak filem dah habis sebab tangkap gambar gunung ni...haha..
ni pulak waktu kat hutan lipur madai..waktu ni tengah merentasi titi gantung...haha,mama dengan tokmi nak cepat ja sampai ke penghujung titi tu...tokbah pulak suruh orang cepat-cepat jalan,takut patah titi sebab ramai sangat...haha...semua pakat gelak ja waktu tu...dan aku tak sangka tokbah takut tinggi!
gambar ni pulak diambil waktu kami kat semporna...air laut dia memang jernih sangat..
sebenarnya ada banyak lagi gambar nak tunjuk tapi rasanya tak perlulah...
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan