salam..petang tadi,aku mendapat panggilan daripada satu nombor yang tidak aku kenal.aku angkat sahaja kerana aku juga bimbang sekiranya ada sebarang perkara penting yang harus aku ketahui..namun sebaliknya pula yang berlaku..suara lelaki yang aku dengar dan dia bertutur dalam bahasa sabah!apabila dia bertanya : "siapa tu?" ,aku sekadar mendiamkan diri..sekali lagi dia bertanyakan perkara yang sama,aku masih mendiamkan diri..lalu terkeluarlah perkataan "SETAN" dari mulut lelaki itu..aku yang diam ni sekadar menahan rasa panas dalam hati..tidak cukup lagi,dia terus berkata : "hello","siapa sana?"..memandangkan aku terus jugak berdiam,dia terus berkata "uih kurang ajar punya orang semenanjung!".....lepas tu aku terus letak fon dan matikan fon..aku memang tak boleh duduk diam lepas tu!berani betul dia kata macam tu!terbakar hati aku bila dia kata macam tu!memang bikin panas ar kan...
tapi satu hal yang aku pasti,dia memang mengenali aku dan sengaja berpura-pura bertanyakan diri aku...memang aku menyumpah-nyumpah je ar tadi...sememangnya itulah realiti yang aku terpaksa hadapi sepanjang aku menetap di Lahad Datu..dan aku tak sangka langsung perkara ini masih terjadi walaupun aku sudah berpindah ke Kuala Lumpur..hemmm...mungkin jalan terbaik adalah menukar nombor baru..YES!memang aku nekad nak beli nombor baru..mau tak gila aku kalau hari-hari macam ni..
salam..cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan 2010 telah bermula pada 20hb november lepas iaitu pada hari jumaat..aku berharap dengan masa yang ada waktu cuti ni,aku dapat kongsi dengan blog ini tentang aktiviti-aktiviti yang telah aku jalankan sepanjang tempoh persekolahan tersebut..hal ini kerana banyak perkara yang aku tidak sempat kongsikan dengan blog ini atas sebab urusan persekolahan dan peperiksaan..jadi,akan ada sedikit imbasan kembali dalam sesetengah catatan aku seterusnya..hee..
salam..hari ini aku bersekolah seperti biasa.hari ni jugak aku dan kawan-kawan lain akan menghadapi peperiksaan untuk subjek add math..aku ke sekolah seperti biasa dan seperti hari-hari lain,aku akan menunggu di kantin bersama rakan-rakanku sebelum beratur di tapak perhimpunan..semasa aku membelek buku addmath,athirah datang dan menyertai kami..dan dia menyentuh tentang berita semalam di tv,iaitu berkenaan kemalangan ngeri yang telah berlaku di muadzam shah..dia bercerita tentang hal tersebut dan tidak semena-mena dia menitiskan air mata..aku tersentuh dengan kelembutan hatinya tentang nasib mangsa kemalangan tersebut..selepas itu,barulah aku mengetahui bahawa mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah ahli keluarganya sendiri..tidak hairanlah athirah sangat bersedih terhadap kemalangan tersebut..aku juga tidak menyangka........ini keratan rencana berkenaan kemalangan tersebut,yang diambil dari laman web berita harian..
4 RENTUNG KERETA REMPUH TRELER
KENDERAAN HILANG KAWALAN MASUK LALUAN BERTENTANGAN SELEPAS MEMOTONG
MUADZAM SHAH: Empat bersaudara rentung termasuk bekas wartawan Berita Harian, Patimah Ramli, 46, apabila kereta Proton Persona yang mereka naiki merempuh sebuah treler bermuatan kelapa dan terbakar di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, empat mangsa terbabit dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang anak saudara di Marang, Terengganu. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata selain Patimah, tiga lagi mangsa yang maut ialah pesara Jabatan Kerja Raya, Md Sharif Nani, 61, isterinya, Marinah Kambas, 60, dan anak saudaranya yang juga pemandu kereta, Rosli Mat Isa, 28. Patimah ialah kakak ipar kepada Md Sharif.
Beliau berkata, pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anaknya Rozlan,18, sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami cedera ringan.
Katanya, siasatan awal mendapati Proton Persona itu cuba memotong sebuah lori di depannya ketika melalui laluan berkenaan dalam hujan lebat.
“Sebaik berjaya memotong, kereta berkenaan hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan lalu merempuh sebuah treler yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan.
“Kereta terbabit kemudian terperosok di antara tengah treler sebelum diseret 40 meter dan terbakar menyebabkan keempat-empat mangsa rentung," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Johari berkata, selepas api berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, semua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga kira-kira jam 2 petang semalam.
Sementara itu, Rosli berkata, beliau bersama anaknya dalam perjalanan menghantar kelapa dari Batu Pahat, Johor ke Rantau Pan-jang, Kelantan.
“Rozlan sempat menarik tangan saya dan berlari ke semak kerana bimbang treler terbabit turut terbakar.
“Kami juga tidak sempat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang sudah terbakar,” katanya
KERETA Proton Persona yang dinaiki empat sekeluarga terpelosok di bawah trailer sebelum terbakar menyebabkan semua mangsa rentung di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat di sini, semalam.
aku sangat bersimpati dengan athirah dan keluarganya..memang jelas tergambar segala macam perasaan yang terbuku di hati dia..sedih berbaur kecewa,keliru dan tidak sangka..tambahan pula athirah sangat rapat dengan mangsa kemalangan tersebut..aku sangat bersimpati terhadap apa yang keluarganya perlu hadapi.kepada athirah,moga terus tabah dan insyaAllah mereka akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..salam takziah daripada saya athirah..
salam..hee..banyak benda yang jadi baru-baru ni..kalau boleh nak kongsi semua..tapi perlahan-perlahan la ye..
kepada hidayah,terima kasih sebab awak yang buat saya nak blogging lagi..hehe..
ok,hari ni aku ingat nak kongsi cerita pasal malaikat pencatat amal..aku sangat tertarik akan kupasan tajuk ini dalam majalah SOLUSI..justeru itu,aku ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah aku fahami daripada petikan tajuk ini.
malaikat sebenarnya bukan ada 10 sahaja macam yang kita wajib ketahui,tapi beratus-ratus ribu!setiap malaikat mempunyai tanggungjawab masing-masing yang Allah dah tetapkan..antara tanggungjawab tersebut ialah mencatat amal baik dan buruk manusia..seperti yang kita ketahui,malaikat yang mencatat amal baik manusia ialah malaikat raqib,manakala yang catat amalan buruk kita pula ialah malaikat atid..walaubagaimanapun,bukan malaikat ini sahaja yang bertugas mencatat amalan kita..kedua-dua malaikat tersebut hanyalah yang kita ketahui..sebenarnya ada beribu-ribu malaikat lain yang berganti-ganti tugas dalam mencatat amalan manusia..nama-nama malaikat lain itu di luar pengetahuan kitalah..
malaikat pencatat amal sangatlah sayang dan cinta kepada manusia..mereka sangat suka melihat manusia melakukan ketaatan kepada Allah sehingga mereka akan mencatatnya menjadi 10 kebaikan atau lebih!sebagai contoh,malaikat akan mencatat 10 kebaikan bagi selangkah kita menuju ke masjid..dan,jika kita khatam al quran,malaikat akan mencium kening kita...ya Allah,betapa sayangnya malaikat-malaikat ini kepada umat manusia yang taat perintahNya..
setiap malam,malaikat pencatat amal ini akan bergaduh dengan syaitan untuk merebut hak penjagaan manusia semasa tidur..jika kita menyebut nama Allah sebelum tidur,maka malaikat akan menjaga kita sehingga pagi..jika tidak,syaitan yang akan menemani tidur kita..mudah-mudahan kita dijauhkan perkara sebegitu.ingatlah betapa malaikat pencatat amal tidak pernah berpisah daripada kita kecuali semasa kita buang air atau berjunub..
bagi hamba yang soleh,di saat mereka menghampiri ajal mereka,malaikat ini akan mendatangi hamba itu lalu berkata, "terima kasih banyak,engkau merupakan sahabat yang baik.betapa banyak tempat-tempat baik yang kamu bawa kami kepadanya.dan betapa banyak ucapan baik yang kamu perdengarkan kepada kami.semoga Allah membalas kebaikan kamu sebanyak-banyaknya."
ya Allah,betapa bahagianya kita jika kita menemui perkara itu di saat malaikat maut akan menarik nyawa kita dari jasadnya..
itulah sedikit sebanyak tentang malaikat pencatat amal yang aku ketahui daripada pembacaan aku..semuanya bersumberkan majalah solusi,sebuah majalah islam penerbitan telaga biru..sudah lama sebenarnya aku membaba tentang malaikat pencatat amal ini,namun aku tidak berkesempatan untuk berkongsinya dalam blog ini..alhamdulillah,akhirnya aku berjaya melakukannya hari ni..