salam..hee..banyak benda yang jadi baru-baru ni..kalau boleh nak kongsi semua..tapi perlahan-perlahan la ye..
kepada hidayah,terima kasih sebab awak yang buat saya nak blogging lagi..hehe..
ok,hari ni aku ingat nak kongsi cerita pasal malaikat pencatat amal..aku sangat tertarik akan kupasan tajuk ini dalam majalah SOLUSI..justeru itu,aku ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah aku fahami daripada petikan tajuk ini.
malaikat sebenarnya bukan ada 10 sahaja macam yang kita wajib ketahui,tapi beratus-ratus ribu!setiap malaikat mempunyai tanggungjawab masing-masing yang Allah dah tetapkan..antara tanggungjawab tersebut ialah mencatat amal baik dan buruk manusia..seperti yang kita ketahui,malaikat yang mencatat amal baik manusia ialah malaikat raqib,manakala yang catat amalan buruk kita pula ialah malaikat atid..walaubagaimanapun,bukan malaikat ini sahaja yang bertugas mencatat amalan kita..kedua-dua malaikat tersebut hanyalah yang kita ketahui..sebenarnya ada beribu-ribu malaikat lain yang berganti-ganti tugas dalam mencatat amalan manusia..nama-nama malaikat lain itu di luar pengetahuan kitalah..
malaikat pencatat amal sangatlah sayang dan cinta kepada manusia..mereka sangat suka melihat manusia melakukan ketaatan kepada Allah sehingga mereka akan mencatatnya menjadi 10 kebaikan atau lebih!sebagai contoh,malaikat akan mencatat 10 kebaikan bagi selangkah kita menuju ke masjid..dan,jika kita khatam al quran,malaikat akan mencium kening kita...ya Allah,betapa sayangnya malaikat-malaikat ini kepada umat manusia yang taat perintahNya..
setiap malam,malaikat pencatat amal ini akan bergaduh dengan syaitan untuk merebut hak penjagaan manusia semasa tidur..jika kita menyebut nama Allah sebelum tidur,maka malaikat akan menjaga kita sehingga pagi..jika tidak,syaitan yang akan menemani tidur kita..mudah-mudahan kita dijauhkan perkara sebegitu.ingatlah betapa malaikat pencatat amal tidak pernah berpisah daripada kita kecuali semasa kita buang air atau berjunub..
bagi hamba yang soleh,di saat mereka menghampiri ajal mereka,malaikat ini akan mendatangi hamba itu lalu berkata, "terima kasih banyak,engkau merupakan sahabat yang baik.betapa banyak tempat-tempat baik yang kamu bawa kami kepadanya.dan betapa banyak ucapan baik yang kamu perdengarkan kepada kami.semoga Allah membalas kebaikan kamu sebanyak-banyaknya."
ya Allah,betapa bahagianya kita jika kita menemui perkara itu di saat malaikat maut akan menarik nyawa kita dari jasadnya..
itulah sedikit sebanyak tentang malaikat pencatat amal yang aku ketahui daripada pembacaan aku..semuanya bersumberkan majalah solusi,sebuah majalah islam penerbitan telaga biru..sudah lama sebenarnya aku membaba tentang malaikat pencatat amal ini,namun aku tidak berkesempatan untuk berkongsinya dalam blog ini..alhamdulillah,akhirnya aku berjaya melakukannya hari ni..
0 Comments:
Catat Ulasan