salam...semalam,aku datang ke sekolah seperti biasa...waktu terakhir hari ini ialah chemistry di mana kelas akan dipanjangkan sampai jam 4..kami belajar seperti biasa....aku ada dipanggil oleh cikgu untuk menulis jawapan di hadapan...aku tulis seperti biasa namun apabila cikgu meminta aku bulatkan functional groupnya,,,aku benar-benar tidak tahu....aku bulatkan sahaja ikut hatiku...namun memang nyata salah...terkial-kial aku menoleh ke rakan-rakanku untuk meminta jawapan daripada mereka...selepas itu aku pulang ke tempatku..
aku tension!aku tension sebab aku tak tahu!bergenang air mataku..namun nasib baiklah aku mampu menahannya daripada menitik turun..
memang aku rasa sedih sebab aku tak tahu benda tu...tu buat aku rasa tertekan....
sewaktu hendak bersalam dengan cikgu,sewaktu aku menundukkan kepala untuk mencium tangannya,terus air mataku turun tak henti...aku menangis depan cikgu ila....huuu kalu boleh aku memang tak mahu biar orang lain nampak yang aku menangis,,,tapi apabila aku bersalam sahaja dengan cikgu ila,hatiku memang tak boleh tahan lagi...jika aku sebak,aku pasti akan terus menangis jika ada orang lain yang datang hendak memujuk atau memelukku..tambahan pula cikgu ila yang berada di hadapanku ..sememangnya aku tahu betapa tingginya kasih sayangnya terhadap murid-muridnya....apabila ada insan yang sebegini,semakin lebatlah air mataku keluar...
cikgu meminta maaf kerana cikgu berasa bersalah kerana dia menganggap bahawa dia telah memalukan diriku sebentar tadi...aku sememmangnya menafikan perkara itu....cikgu memujukku,menasihatiku.....cikgu bertanyakan kenapa? namun aku benar-benar tidak boleh menjawab kerana aku sedang tersedu-sedu menangis....selepas beberaoa kali mencuba untuk bercakap,akhirnya aku ada menerangkan kepada cikgu akn apa yang aku rasakan tadi...aku sebenarnya tension sebab sudah banyak subjek yang aku ketinggalan,markah pun memang jatuh teruk....semua tu buat aku tertekan....
balik sahaja,aku melalui kantin dan aisyah,oliya,liyana berada di situ untuk menungguku...pada mulanya mereka tidak menyedari yang aku sedang menangis...mereka menyedarinya apabila mereka mahu mangajak aku pulang...terus liyana memelukku dan apa lagi,semakin lebatlah air mata yang keluar...
apabila bersama dengan mereka sememangnya membuatkan ku lupa akan tension ku dan aku kembali berkeadaan seperti biasa....mereka membuat jenaka dan banyak menenangkanku...alhamdulillah betapa aku bersyukur mempunyai rakan-rakan seperti mereka..sayang korang semua....
0 Comments:
Catat Ulasan