salam....program ihya' ramadhan sebentar tadi berlangsung dengan jayanya...alhamdulillah...ustaz yang dijemput untuk memberi ceramah ialah Ustaz Izhar Junadi (mohon maaf sekiranya ada kesalahan ejaan atau sebutan nama)..
\aku boleh katakan bahawa ceramah tersebut merupakan suatu ceramah yang sangat berkesan....para pelajar tidak jemu langsung mendengar apa yang ustaz tersebut sampaikan..cara penyammpaian ustaz sememangnya bersahaja dan penuh perumpamaan...
antara yang sempat aku catat semasa ceramah tadi seperti:
-makna eidulfitri iaitu eidul bermaksud kembali manakala fitri bermaksud fitrah..dengan itu eidulfitri bermaksud kembali fitrah..kembali fitrah disini bermaksud selepas mengharungi bulan Ramadhan di mana pada bulan inilah kita bertungkus lumus melakukan ibadah kepadaNya,di hari Eidulfitri inilah kita menjadi orang yang suci dan bersih dari dosa,sukakan kebaikan serta meneruskan segala amalan kita sewaktu bulan Ramadhan dahulu..
-al-quran..pada bulan inilah mukjizat teragung iaitu Al-quran diturunkan..sangat rugi jika tidak membaca al-quran semasa bulan Ramadhan..
-solat tarawih..hanya pada bulan Ramadhan kita boleh kerjakannya..tiada lagi peluang melakukannya di bulan lain..mungkin sesetengah daripada kita termasuk aku sendiri berfikiran seperti ini,"alaa surau penuh", atau "tak sempatla nak pergi surau buat tarawih,pinggan mangkuk ni siapa hendak cuci?", atau "aku ada anak kecil,takkan aku nak bawa anak tersebut ke surau,nanti orang lain tak khusyuk.." dan bermacam-macam lagi yang terlintas di benak kita..jika begitu keadaan yang menghalang kita daripada solat tarawih secara berjemaah di surau,kita masih boleh mengerjakannya secara bersendirian di rumah bukan? waktu mengerjakan solat tarawih sangat panjang iaitu selepas waktu isyak dan berakhir sebelum masuk waktu subuh..justeru itu, sangat tidak munasabah sekali apabila kita mengatakan "tidak sempat" untuk mengerjakan solat tarawih..
-malam lailatul qadar..malam yang lebih baik daripada 1000 bulan..apa sahaja amalan yang kita lakukan sewaktu malam lailatul qadar,ia ibarat kita melakukan amalan tersebut selama 1000 bulan lamanya tanpa henti sesaat pun! betapa malam tersebut Allah ingin mengurniakan pahala dan rahmat yang tiada tolok bandingnya kepada umatNya yang beribadah kepadaNya..
-sahur..kepentingan dan kelebihan sahur sudah tercatat dalam hadith nabi sendiri..dan yang paling utama, sahur akan membezakan puasa umat Islam dengan agama lain..
-takbir raya..takbir raya merupakan tanda kemenangan dan seharusnya dilaungkan dengan semangat yang tinggi serta suara yang dikuatkan..salahlah bagi sesiapa yang berfikir bahawa takbir tersebut perlulah dilaungkan dalam nada sedih dan syahdu..masakan kita bersedih sedangkan kita sedang meraikan kemenangan?
-Ramadhan dan Syawal..pada bulan Ramadhan kita digalakkan memohon keampunan kepada Allah manakala pada bulan Syawal pula masanya untuk memohon maaf kepada manusia..
itulah serba sedikit yang berjaya aku catat sepanjang ceramah berlangsung..terima kasih Ustaz..
0 Comments:
Catat Ulasan