cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

salam...alhamdulillah aku berkesempatan untuk mengemaskini catatan blog aku hari ini...
erm kisah hari ini berkenaan dengan drama dan filem2 arahan Kabir Bhatia..ada apa dengan perkara tersebut?

aku sekadar ingin menyatakan kekagumanku terhadap semua cerita yang diarahkan oleh beliau..setiap cerita yang disampaikan pasti mempunyai makna tersendiri dan aku tidak takut untuk mengatakan bahawa semua hasil cerita arahan beliau merupakan hasil yang bijak..sudah tentu tanpa skrip dan idea asal jalan cerita,itu tidak akan membantu pengarah seperti Kabir Bhatia sendiri..di sini juga aku ingin mengucapkan syabas kepada isterinya Kabir Bhatia sendiri iaitu saudari Mira Mustafa atas konsep dan jalan cerita yang anda bawakan...

antara arahan Kabir Bhatia yang popular sudah semestinya Nur Kasih..tidak lupa juga filem Cinta, Sepi dan Setem...aku sangat meminati setiap filem arahan beliau..ceritanya bukan sekadar kisah yang tiada erti atau makna..setiap daripadanya membuatkan kita berfikir sejenak ditambah pula dengan pengajaran serta maksud tersirat yang akn kita perolehi..nyata setiap hasil arahan beliau merupakan sebuah jalan cerita yang kadang-kadang sangat beremosi sehingga mampu menyentuh perasaan setiap yang menontonnya,tidak kurang juga jenaka dan sindiran yang disampaikan bukanlah sekadar omong kosong..inilah yang dikatakan jalan cerita yang bijak dan aku suka setiap hasil arahannya seperti itu..









0 Comments:

Catat Ulasan