cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

mengapa?!

Salam..hari ini merupakan hari yang penuh dengan tekanan..tekanan demi tekanan yang menghimpit berkumpul dalam hatiku..dan akhirnya, diri ini tidak mampu lagi bertahan dan terus bersabar.. ketenangan yang aku miliki semakin rapuh dan longgar..dinding kesabaran semakin menipis..tidak disangka-sangka, aku melepaskan segala keluhan dan tekanan ini dengan mengeluarkan kata-kata berupa keluhan yang kasar di pendengaran..dan tidak semena-menanya juga, air mataku berjujuran menitis..aku tidak mampu lagi menghalangnya..aku benar-benar tertekan.. aku jarang sekali membiarkan orang lain melihat air mataku menitis keluar..biasanya, aku lebih suka bersendirian jika aku dalam tangisan..namun kali ini nyata berbeza..tekanan yang dihadapi telah menyesakkan dadaku sehingga aku sendiri tidak mampu menahannya daripada meletus! Hanya Allah sahaja tempatku mengadu dan bermohon.. Alhamdulillah setelah beberapa jam bersendirian, aku kembali lega..aku sendiri berasa kesal akan kata-kata kasar yang telah aku hamburkan.. Hanya Allah jualah tempatku memohon keampunan..

Salam..dalam tidurku semalam, aku bermimpi..aku tidak sangka langsung..selalunya, aku akan bermimpi perkara-perkara yang berlaku di sekelilingku atau perkara yang aku selalu fikirkan..kali ini, entah kenapa, aku bermimpi tentang perihal lama..perihal ini sudah lama aku lupakan..tidak kusangka langsung aku akan bermimpi perihal itu semula..aku terkejut..mengapa dia harus muncul dalam mimpiku? Perihal itu sudah lama..dia menghargaiku..aku juga gembira dan terharu..namun, aku sendiri telah melakukan sesuatu yang aku amat sesali terhadapnya..dan rasanya itulah yang membuatkan kami renggang dan tidak lagi bertegur sapa..aku sangat bersalah terhadapnya..ingin sahaja aku putar kembali masa..jikalau aku berkesempatan berjumpa dirinya, ingin sekali aku tebus kesalahanku itu..entah bila akan tiba waktu itu..aku sekadar mampu berharap..

quotes # chris rock

“ Women are like the police. They can have all the evidence in the world, but they still want a confession. “

“ Wanita itu seperti seorang polis. Mereka boleh mendapat semua bukti di seluruh dunia, tetapi mereka masih mahukan pengakuan. “

..aku sekadar tersenyum apabila aku terbaca petikan kata-kata Chris Rock ini..sememangnya benar, itulah yang wanita lakukan..

Jelas sekali, kata-kata ini merujuk kepada perwatakan wanita terutama dalam perihal hubungan dengan seseorang lelaki..contohnya, jika seseorang suami curang terhadap isterinya..si isteri mungkin sudah pernah melihat suaminya bersama wanita lain..si isteri juga mungkin pernah melihat kesan gincu atau menghidu bau minyak wangi wanita (sudah semestinya bukan bau minyak wangi si isteri tersebut) di baju kemeja suaminya..mungkin juga rakan-rakan si isteri ini sudah acap kali melaporkan perihal suaminya bersama wanita lain..

walau berbagai-bagai bukti yang jelas menunjukkan si suami sudahpun bermain kayu tiga di belakangnya, si isteri tetap tidak mahu percaya sepenuhnya..si isteri tetap tidak mahu menaruh anggapan yang bukan-bukan kepada suaminya..apa yang si isteri lakukan hanyalah menunggu suaminya berterus terang atau membuat pengakuan..apabila suami mengaku, barulah si isteri akan percaya..

Hemm..mungkin kerana sifat seorang wanita itu sendiri yang terperinci dan sensitif..hanya bukti dari sumber yang paling tepat yang dia inginkan..dan mungkin sebagai isteri, tidak wajarlah untuknya menaruh anggapan buruk terhadap suaminya.. =)