cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

fobia poligami

Salam.

Aku bukanlah pakar dalam bab yg aku nk crita ni. isunya adalah tentang poligami. Aku bukanlah nk express rsa fobia aku jika satu hari nnti aku dmadukan (blum khwin dh pkir pasal madu) . aku sekadar ingin brkongsi pndapat aku.

Aku tak kisah utk mmbincgkan soal poligami. Tetapi, apabila isu trsebut dilihat brsifat berat sebelah dan tidak menyebelahi wanita, aku sndiri jadi benci utk mmbincgkannya. Sedangkan sifat sebenar poligami itu bukanlah berat sebelah spt yg disogokkan kpd masyarakat kita.

Aku ingin brkongsi suatu kisah yg aku sndiri alami. Aku pernah mgikuti tutorial utk subjek bahasa inggeris pmr. Waktu itu aku sedang menetap di sabah. Tutor trsebut mrupakan seorg wanita brbgsa India dan brpegang teguh dgn agama Hindu. Aku pggilnya dgn pggilan Teacher Anne. Beliau sudah brkeluarga, umur dalam lewat 30an. Beliau juga org semenanjung dan kami tinggal di kawasan kejiranan yg sama. Apabila kita mnjadi seorg perantau, kita psti gmbira apabila dpt brtemu dgn rakan2 senegara kita. Begitu juga yg trjadi antara kluarga aku dan keluarga Teacher Anne. Kami masing2 berasal dri semenanjung. Jadi, kami lebih senang brkongsi cerita. itulah yg mmbuatkan kami rapat.

Teacher Anne ajr aku English. Utk essay, kebanyakan tajuk yg dia suruh aku buat tidak brpandukan buku. Dia lebih suka mmbiarkan aku menulis krgn yg serius dan kritikal. Contoh krgn dia sruh aku buat yg aku tak pernah lupa ialah krgn ttg penggunaan kalimah “Allah” oleh agama lain. Dulu kan prnah trcetus isu ini dan baru2 ini isu ini meledak kembali tahun ini. Aku tulis krgn tu skadar yg aku mmpu dan seboleh mungkin aku ingin menunjukkan sisi indah agama islam itu sndiri.

Teacher Anne juga prnah brtanya aku, betulkah setiap org bukan islam digelar kafir oleh org islam? Dan adakah kafir itu mksudnya org yg tidak mengikut kprcayaan yg betul? Aku jawab ya. Dia menyatakan bahawa mereka org bukan islam tidak sepatutnya digelar begitu. Aku sekadar mengangguk dan trsenyum. Aku yg masih jahil dlm bab agama ni mmg tak tahu mcm mana nk terangkan secara lebih mendalam.

Prbezaan pndangan kami tidak mmbuatkan kami brmusuhan atau brsikap prejudis. Teacher Anne slalu soal mcm2 prkara dlm islam dan seterusnya dia akn ceritakan pula apa yg dia lakukan dlm agamanya. Tiada lgsg prbalahan atau perasaan ingin memenangi perdebatan kerana masing2 brminda trbuka.

Waktu deepavali, teacher anne ajak kami sekeluarga ke rumahnya. Dia ada buat jamuan mkn. tapi jamuan mkn ni khusus utk keluarga kami ja. Jemputan lain yg brbgsa india sudah dibuat jamuan pd hari sebelumnya. Katanya, utk keluarga kami, dia masak makanan dgn mggunakan ramuan yg halal. Aku sgt kagum atas keprihatinan dan sensitivitinya trhadap org islam yg dilarang makan mknn yg haram.
Ok aku mmg dah melalut jauh drp topik asal.. cumanya aku nak share pasal teacher anne ni ialah dia pernah berkata, “ semua pasal islam I suka. Tak ada yg kurang... but only this one I tak suka pasal islam.. poligami..” erkk?? Poligami? Satu2nya sebab yg mghalang dia utk memeluk agama islam adalah kerana POLIGAMI.. wktu tu aku tgktn 3 so aku mcm tak kisah sgt..

Mmg kuat fobia poligami ini terhadap org bukan islam (wanita islam sndiri fobia dgn perkataan poligami).. kita sebagai org islam mgkin boleh memahami sbb dibolehkan poligami.. tp bg bukan islam yg belum ckup knal islam terutama wanita, mereka brfikiran bhawa ini ialah suatu bntuk diskriminasi.. hak seorang wanita sprti diketepikan.. lebih2 lagi apabila melihat org islam yg mempraktikkan poligami memberi contoh yg tidak bertepatan dgn tujuan poligami itu sndiri..

Dari situlah pntingnya peranan org islam sndiri menunjukkan contoh yg baik dalam melaksanakan ssuatu yg sewajarnya mencerminkan keindahan islam itu sndiri.. Poligami bukan mudah. Syarat2nya tetap ada.. dan yg pasti, hak seorang wanita tidak pernah direndahkan. Dan siapa kata poligami itu keutamaan? Monogomi itu lebih utama.

Wassalam.

P/S: catatan ni dah lama ditulis. aku baru post =D

0 Comments:

Catat Ulasan