cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

Allah selalu ada

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung airmatamu..

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..
Allah sedang menunggu bersama-samamu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu..
Allah sentiasa berada di sampingmu..

Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah mempunyai jawapannya..

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah bersamamu untuk menenangkanmu..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan..
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah pun memberkatimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum kepadamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada..
Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu..


0 Comments:

Catat Ulasan