cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

majalah solusi

salam..lamanya tak kongsi cerita..rindu!!!macam-macam benda nak kongsi sebenarnya sampai tak tahu nak mula yang mana dulu..hari ni,aku nak beritahu tentang majalah agama yang menjadi langganan kami sekeluarga setiap bulan..majalah agama yang sangat menarik pernah aku baca..itulah majalah SOLUSI!ini dia salah satu edisi yang diterbitkan:



majalah ni sangat padat dengan ilmu keagamaan merangkumi keseluruhan aspek agama iaitu hadis,muamalat,fiqah,tauhid,syiar,fiqah wanita,sirah dan banyak lagi termasuk ruangan khusus untuk remaja..ilustrasinya juga menarik dan tidak membosankan langsung!cara penyampaian ideanya juga sangat berkesan dan mudah difahami..pokok pangkalnya,majalah ini menepati citarasa pembacanya..

berakhirnya cuti...

hari ni hari terakhir kita bercuti..huhu...lepas dua minggu,bercuti,mestilah malas nak masuk sekolah balik kan..sepanjang dua minggu ni,macam-macam aktiviti aku dah lalui...minggu pertama cuti,aku ada kelas chemistry..aku dapat rasakan yang minggu pertama cuti tu memang yang paling tension pernah aku lalui...cuti yang paling stressful!huhu...nak tau kenapa?biarlah aku simpan ja dalam hati....tapi klunya,pasal kawan laa...

masuk minggu kedua cuti,aku bertolak pula ke kampung di kota sarang semut,kedah..rumah tokmi dan tokbah aku sebelah mama..alhamdulillah,aku tak banyak buang masa sangatla kat kampung...setiap masa mesti ada aktiviti..tapi yang aku tak puas,homework masih tak siap-siap jugak..itulah sebabnya malas nak pi sekolah lgi..hari khamis lepas,akubertolak pulak ke ipoh,rumah opah aku sebelah abah..

hari kami nak bertolak balik kl,kami round-round la dulu...kami pi kellie's castle..memang seram jugak la masuk situ..siap baca bismillah dengan al fatihah lagi..tapi aku tak nafikan,walaupun istana tu tempat bersejarah dan mesti kita anggap tempat-tempat macam tu sangatla membosankan,namun aku rasa seronok sangat...banyak gambar aku ambil tapi semua tu dalam fon aku la..fon aku takdak kabel,so macam mana nak upload dalam blog aku ni..sedih gak tak dapat kongsi dengan blog ni..

lepas makan aiskrim dan minum air yang dibeli berdekatan dengan istana tu,kami mengharungi pula perjalanan selama 1 jam setengah untuk tiba di pekan lumut..lumut ni terkenal kerana ianya menjadi pelabuhan untuk kita ke pulau pangkor..kami jalan-jalan dan shop macam-macam kat sana..beli ikan kering,baju,dan banyak lagila...sebelum bertolak pulang,kami sempat keringkan tekak dengan abc dan cendol..fuhh!memang terbaik wokk!

perjalanan kami pulang ke kl bukannya sekejap..sebab kami kena lalu ikut jalan lama baru boleh masuk lebuhraya..dalam pukul 8.30 malam,kami berhenti kat RnR di ulu bernam..lepas makan-makan,kami pun bertolak pulang terus ke rumah..sampai rumah pukul 10.30..alhamdulillah..

new handphone?

haha..hari ini,ahad,28 hb mac..aku,mama,abah dan aa pergi tesco ampang..ammar dan aiman tido kat rumah pakteh..benchaq pulak ikut paksu p low yat..kami shop barang dapur yang memang dah kering..sebelum balik,kami singgah dulu kat gerai handphone i-mobile..niat sebenarnya nak usha-usha je...tengok-tengok abah pun setuju nak beli..katanya,"dah lama sangat,ha bagi sekali"...aku still tak percaya yang abah akan beli secepat tu...tambahan pula,takdak niat langsung dalam hati ni nak beli hari tu..apapun,terima kasih sangat kat abah atas hadiah ini...my new phone is nokia 2690 and it is white in colour..well,believe or not,dream or awake,i've already got new handphone!

jamuan barbeque

waktu petang pada hari yang sama pergi ke pesta buku,kami bertolak pulak ke nilai untuk bersama-sama menyertai jamuan barbeque yang diadakan oleh pakteh dan makteh di rumah mereka..macam-macam ada!pizza,potato,sayur campur,ayam panggang,sate,jagung panggang,daging kambing dan lembu panggang adalah antara makanan yang disediakan...memang tip top!selain kami,tokmi dan tokbah pun ada..keluarga maklang ta dan paksu pun ada...dah lama kami tak buat barbeque ni...so bila dah buat,rasa best sangat tambah-tambah adik beradik semua berkumpul sekali kan..NIIICEEEE!

Sabtu lepas,27 hb,kami satu family turut tidak ketinggalan untuk menghadiri salah satu program tebesar yang diadakan di Malaysia ini..aku sangat teruja sebab ini pertama kali aku pergi pesta buku ni..ia diadakan di pwtc..disebabkan kami tidak tahu jalan ke sana,kami mengambil keputusan untuk menaiki LRT.. alhamdulillah,kami sampai dengan selamat tanpa sesat di mana-mana..haha..abah aku juga berkesempatan membantu seorang pakcik yang buta untuk menaiki LRT..

memang sesak sangat kat pwtc tu walaupun kami datang seawal jam 10 pagi..biasalah,setahun sekali ja kan...kami ada beli beberapa buah buku dengan harga yang lebih murah berbanding biasa..memang aku rambang mata giler!walaupun kami sempat round semua lot-lot,aku still tak puas!aku ada terserempak dengan Tam dan Radhi OAG..haha..kali pertama aku terserempak dengan selebriti secara live..haha..lagi satu,aku ada terpandang kak Ain Maisarah!beliau tengah sibuk layan pengunjung yang hadir ke rumah pinknya..aku teringin nak pergi ambil autograf atau bergambar ka tapi hajat tak kesampaian la..sebab yang lain dah gerak ke lot lain pulak..kalau nak pergi sorang-sorang,alamatnya esokla baru boleh jumpa family balik sebab memang sesak sangat dengan orang macam dalam tin sardin!apapun,alhamdulillah..pengalaman baru kan..

kami balik naik LRT jugakla..aku juga berkesempatan memberikan tempat duduk aku kepada seorang chinese aunty yang sarat dengan barangan dari pasar..aku jugak kagum dengan seorang chinese ni..dia baru saja duduk kat tempat duduk tapi bila di lihat ada seorang pakcik naik,dia terus bangun walaupun dia sebenarnya tengah cakap dengan handphone dia..bagusnya..itulah yang kita nak dalam masyarakat majmuk kita ni...1 Malaysia!