Salam..waahh dah lama tak blogging....rindu betol..
ok sekarang ni aku nak cerita pasal aktiviti aku waktu cuti pertengahan tahun hari tu...minggu pertama cuti,aku telah pun menyertai program motivasi anak-anak PERKESO..
program ni dianjurkan sendiri oleh syarikat PERKESO, iaitu syarikat tempat ayahku bekerja..mereka telah menganjurkan program ini khusus buat anak-anak anggota PERKESO yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini..ibu bapaku sangat berminat untuk menghantar aku ke program ini..bukan apa,rasanya program ini cukup padat dengan aktivitinya kerana mengambil masa selama 4 hari 3 malam, oleh itu, mereka berpendapat bahawa program ini akan menjadi suatu yang sangat bermanfaat bagiku...tambahan pula, tiada bayaran walau sesen pun dikenakan..untung bukan?memang rugi kalau lepaskan peluang ni..
waktu mula-mula abah bagitau yang dia nak hantar aku ke program tersebut, aku sememangnya gembira dan excited...aku pun tak paham kenapa aku rasa macam tu...yang pasti,aku gembira sebab dapat peluang mengikuti program tersebut...walaubagaimanapun, bila dah makin dekat hari dimana aku perlu berangkat ke program tersebut,hati aku makin sayu pulak...makin sedih...memang tak dinafikan, aku agak diam dan selalu termenung sorang-sorang sehari sebelum aku pergi kem tu..dan sewaktu aku hendak bertolak pergi ke sana,bertambah-tambah sayulah hati aku ni..lebih2 lagi tokmi dan tokbah turut ada..
sewaktu di sana,nyata bermacam-macam perkara yang telah aku pelajari..sepanjang dalam program,kami semua dibimbing oleh Atuk..beliau merupakan seorang pakar motivasi yang penuh dengan humor..beliau tidak pernah meninggalkan kami sunyi sepi..ada sahaja jenaka yang beliau tunjukkan..beliau telah mengajar kami bermacam-macam teknik belajar seperti teknik menghafal,cara membuat peta minda yang ringkas dan menarik,teknik belajar menggunakan akronim dan lain-lain lagi..
kami semua seperti merasai pengalaman seperti di kolej2..tiba waktu,kami akan ke kelas untuk bersama Atuk..kelas2 ini diselangi dengan rehat,waktu makan,berekreasi,dan aktiviti berkumpulan..setiap kali selesai sesuatu tugasan,kami akan pulang ke bilik masing2 (bilik hotel)..sememangnya terasa seperti pelajar yang sudah punya rumah sendiri..
hari terakhir merupakan hari yang paling mengharukan..Atuk mengarahkan kami menulis sepucuk surat yang ditujukan kepada ibubapa kami masing2..kata Atuk, Atuk sekadar ingin mengetahui apa kata hati dan hasrat kami untuk ibubapa kami..program ini akan diakhiri dengan sebuah majlis yang turut dihadiri oleh ibubapa kami..setelah memasuki dewan majlis,masing2 nyata tersenyum gembira melihat kelibat keluarga masing2..aku juga tidak terkecuali..betapa gembiranya hatiku melihat senyuman ibuku dan lambaian bapaku..sewaktu majlis berlangsung, Atuk telah menyampaikan motivasi berupa kaedah didikan untuk anak2 kepada ibubapa yang hadir..dan tanpa kami sangka,Atuk telahpun menyerahkan surat yang kami tulis sebentar tadi kepada ibubapa kami...aku tidak terkejut sebaliknya aku merasakan inilah peluangnya ibubapaku mengetahui isihatiku dan betapa besarnya impianku untuk meraih kejayaan demi mereka..
majlis berakhir dan tibalah masanya kami semua bergambar dan mengucapkan salam perpisahan..walaupun kami semua hanya berkenalan dalam tempoh yang teramat singkat,hubungan yang terjalin ini amat erat dan sangat sukar untuk diputuskan..aku gembira untuk berada dalam program ini..aku gembira dapat mengenali ramai kenalan baru yang sangatlah berbagai kerenahnya...dan sudah tentunya aku gembira dapat pulang ke rumah untuk bertemu dengan keluargaku..
inilah Atuk..yang pakai baju hitam tu..
gambar ini diambil pada malam terakhir kami di sini..
terima kasih PERKESO atas anjuran program sebegini..aku pasti tidak akan melupakannya sampai bila2..
Bismillahirrahmanirrahim...
Allah telah menciptakan semua perkara di dunia ini secara berpasangan..jika ada gembira,pasti ada duka...jika ada senang,pasti ada susah...jika ada panas,pasti ada sejuk....dan sudah tentunya jika adanya laki-laki,pasti ada juga perempuan....
fitrah manusia.....untuk saling menginginkan seorang peneman hidup yang boleh didampingi dan dicurahkan seluruh isi perasaan ini...serta melengkapi kekurangan yang ada pada diri..
Ya Allah,di saat diri ini makin dimamah kematangan,aku semakin sukar untuk melarikan diri daripada bayangan seorang insan yang bernama lelaki...pernah dahulu aku berikrar untuk tidak punya apa-apa kaitan dalam pergaulan dengan lelaki...ternyata apabila meningkat remaja,semakin sukar rasanya untuk berbuat demikian....semakin mudah pula insan kaum Adam ini memasuki hidupku...ya,aku sememangnya tidak dapat lari daripada situasi ini...apa yang mampu aku lakukan,hanyalah menguatkan iman agar tidak terjerumus dalam kancah pergaulan sosial ini yang keterlaluan...
Lelaki itu,
menarik hatiku,
membuatkan aku terbuai dalam angan-angan yang indah,
menguji keimananku..
Keinginan untuk memilikinya semakin kuat,
meyakinkan sanubari dialah yang dicari,
untuk mengisi hati yang sunyi..
Namun,
apakan dayaku,
menerima kata hatiku,
bererti menggadaikan agamaku,
bererti membenarkan nafsuku bermaharajalela..
lalu hasrat dilupakan,
kaki kukuatkan,
membelah laluan hidup yang tidak terduga,
apa isinya..
Aku seorang muslimah,
mana mungkin aku sewenang-wenangnya bergaul dengan insan itu,
yang tidak punya apa-apa ikatan denganku,
yang pasti,
jika benar itu jodoh,
pasti dia akan kembali dalam hidupku,
walau masa dan usia yang memisahkan,
pasti ada hikmahnya..
Allah Maha Adil,
aku sangat yakin dengan ketentuanNya,
semoga diri ini terus tabah,
terus kuat,
dan terus beriman kepadaNya........
aminnnn...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar
cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan
Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
berarti mencintai aku dan kelak orang-orang yang
mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu
dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan
nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu
telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan
meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika
turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan
detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu
rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya,
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya
yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu Kemudian ia
kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai
anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi
bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah
yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"
kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah
bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu
dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak
membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar
ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin
dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh urat-urat lehernya
menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali
yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau
palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana
sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat
nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis
mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" -
"Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah
kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala
Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita semua diberi kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya.
Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.....
~dikirim oleh seorang saudara seIslamku melalui rangkaian email



