cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

bacaan kerohanianku

salam.....aku ingin berkongsi kegemaranku tentang bahan bacaan kerohanianku...bahan-bahan bacaan keislaman yang menjadi pilihanku adalah majalh SOLUSI,akhbar iluvislam,majalah ASUH dan majalah ANAMUSLIM..majalah ANIS juga menjadi kegemaranku namun aku jarang membelinya...isu-isu dalam majalah-majalah tersebut sangat menarik perhatian dan sangat mudah difahami..

belajar bio di ASIS

salam..hari ini aku bersama rakan-rakan sekelasku telah menyertai program anjuran bersama SMS Alam Syah iaitu pembelajaran cara menjawab kertas 3 bagi subjek biologi..ASIS,that is what they call the school..all the students studied there are boys...

pada awal program,kami diterangkan tentang aspek-aspek yang perlu ada untuk menjawab soalan bahagian B kertas 3 oleh Puan Normah,guru cemerlang subjek tersebut,yang juga merupakan guru Biologi di sekolah tersebut..

selepas itu,kami masing-masing telah dipasangkan dengan seorang pelajar ASIS untuk diberikan penerangan secara lebih terperinci untuk menjawab soalan kertas 3..pada mulanya,kami sememangnya terkejut dan agak gementar apabila perlu dipasangkan dengan mereka secara one-to-one,bukannya secara berkumpulan..tangan mula rasa sejuk,macam-macam perasaan yang kami alami..malu,kekok,segan,tak yakin....dan yang paling utama,bagaimana kami akan berkomunikasi dengan orang lelaki yang sebaya dengan kami,yang jauh lebih berpengetahuan daripada kami..tetapi,akhirnya kami memandang perkara ini dari sudut positif..kita nak belajar...kita datang nak belajar......yes itulah yang sebetulnya...sedikit sebanyak kata-kata itu meyakinkan kami dan menaikkan semangat kami...

aku berpasangan dengan seorang pelajar India..tidak dapat dinafikan,perasaan kekok memang tak dapat dielakkan..memang aku juga seperti terpinga-pinga apa yang perlu dilakukan....dia juga seperti aku,agak kekok dan tidak tahu untuk memulakan dari mana...namun kami sedikit demi sedikit try to get into it....and we did it...he explained all things very detail,terperinci..dia sangat bersungguh-sungguh dalam memberi penerangan...his name is Kavi,like what he's told me..

aku gembira....semuanya berjalan dengan sangat lancar..semuanya dapat difahami dengan baik...segala tips dan ajaran daripadanya sangat berkesan....sememangnya aku gembira dengan hal ini..

secara keseluruhannya,aku sangat kagum dengan pelajar-pelajar ASIS...they're smart,they're brilliant,hardworking...and most importantly,they really understand what they have learnt...their marks in exam are remarkable...the least that they get is around 70 only...wow!sangat hebat....

aku akui program ini juga secara tidak langsung memotivasikan diri aku untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran..ia juga meningkatkan keyakinanku untuk mendapat markah yang lebih tinggi daripada apa yanga aku perolehi sekarang,dengan syarat aku lebih rajin untuk membuat latihan dan ulangkaji...insyaAllah...

berkelah !

salam ...hari jumaat lalu,seperti kebiasaannya,kami,pelajar 5st,perlu menghadiri kelas chemistry bermula jam 3 hingga 5..pada hari itu,hidayah,athirah,dan afiqah singgah di rumahku untuk menunaikan solat fardhu zuhur..

selepas tamat kelas chemistry,athirah menyatakan bahawa dia akan singgah semula ke rumahku untuk mengambil botol air dan bukunya yang tertinggal di ruang tamu rumahku..manakala liyana pula ingin menumpang tandas memandangkan tiada bekalan air di sekolah...

pada mulanya,niat untuk singgah di rumahku hanyalah itu...akhirnya,semua sekali termasuk oliya,hidayah,afiqah,aisyah dan aishah turut sama menjejakkan kaki ke rumahku,setelah beberapa kali dipujuk....haha...persinggahan sementara menjadi seperti perkelahan atau perhimpunan kumpulan kami..memang best!terasa seperti hari itulah hari terakhir persekolahan.....betapa aku sangat bersyukur dan gembira mempunyai rakan-rakan seperti mereka..sayang kamu semua sangat-sangat!!

my heart's calling..

salam.hari selasa lalu,iaitu pada 1hb mac,berlangsungnya sambutan maulidur rasul peringkat sekolah di dewan smk bandar tun razak...majlis bermula jam 7.3o dan berakhir pada jam 10.30 pagi....bermula dengan ucapan daripada pengetua serta perasmian bulan tarbiah insan,diikuti dengan ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Miril...ustaz miril?ya....belia merupakan salah seorang peserta imam muda..aku sama sekali tidak menyangka bahawa sekolahku ini mampu menjemput seorang public figure untuk memberi ceramah di sekolah ini..dan kesanggupan ustaz Miril sendiri untuk datang ke sekolah ini..alhamdulillah..........

lalu mengapa tajuk catatan kali ini berjudul my heart's calling?my heart's calling merupakan tajuk sebuah lagu korea yang berentak perlahan...aku sangat menggemari lagu tersebut...dan aku merasakan bahawa tajuk lagu tersebut sangat sesuai dengan apa yang terjadi kepadaku di saat aku berada di dewan sekolah semasa sambutan maulidur rasul itu..

alkisahnya........aku bersama rakan-rakanku duduk di dewan seperti biasa...aku sama sekali tidak nampak kelibatnya di dewan tersebut..hatiku terdetik juga,"dia tak datangkah?"...aku memujuk hatiku untuk tidak memikirkan perkara itu..lalu aku kembali khusyuk mendengar ceramah...walaubagaimanapun,beberapa minit kemudian,aku terlihat kelibatnya......entah kenapa,hatiku seperti disentap,jantungku seperti terhenti sesaat apabila melihatkan kelibatnya.....namun cepat-cepat aku menyedarkan diriku dan kembali fokus kepada perjalanan majlis....haha...macam susah nak percaya,tapi itulah yang berlaku ke atasku...kelakar jugak...hemmmmm...my heart's really calling...