pernahkah aku bersyukur atas segala kesenangan yang aku miliki hari ini?
kesenangan yang sangat melimpah ruah!
betapa banyaknya kurnia dan rezeki Allah kepada keluargaku,
sehingga aku tidak pernah merasakan sekelumit pun kesusahan,
sehingga aku sendiri tidak menyedari aku telah berkali-kali mengeluarkan keluhan dari mulut yang Allah cipta ini setiap kali mengalami masalah walau kecil sekalipun..
malah setiap arahan dan suruhan ibubapa turut dianggap suatu beban lantas timbul keluhan..
dan mampukah aku menjadi orang yang sabar dan tabah apabila kesusahan menimpaku?
aku sendiri tiada jawapan untuk itu..
pernahkah aku terfikir akan kesakitan dan kekecewaan orang lain atas segala ucapan dan perbuatanku?
setiap perbuatanku,percakapanku tidak pernah diadili dahulu oleh akalku..
aku benar2 terlampau mengikut nafsu dan perasaan..
justeru itu aku tidak pernah merasa kebahagiaan dan kenikmatan apabila Allah mengurniakan sesuatu kepadaku..
segalanya tidak pernah aku fikirkan...
aku sekadar menerimanya dan mengikut sahaja apa yang seterusnya berlaku..
tiada gunalah kehidupanku selama ini..
tidak pernah aku memikirkan segala yang Allah aturkan untukku..
ingin aku kongsikan sedikit tentang guru2ku sepanjang aku bersekolah..
Taski ABIM merupakan tempat pertama aku menerima pendidikan secara formal..guru2ku di taski seperti ibuku sendiri..
seterusnya memulakan pendidikan rendah di SK Taman Rakyat..dari tahun 1 hingga tahun 6 aku menimba ilmu disini..guru2ku di sini, they are all loving..
di SMK Sultanah Asma,aku sempat menimba ilmu selama dua tahun bermula di tingkatan satu..girls school always rules! guru2ku di sini, sporting2 belaka..
semasa tingkatan tiga,aku bersekolah pula di SMK Sepagaya..bersekolah di sini merupakan cabaran besar yang tidak pernah aku bayangkan..namun guru2ku di sini sangat mengambil berat dan sentiasa menjadi pendorong dan penyokong nombor satuku..
dan sekolah terakhirku iaitu SMK Bandar Tun Razak..sekolah yang menyaksikan guru2nya boleh dianggap seperti kawan sendiri..mereka sangat mesra dan sporting..
aku akan sentiasa mengingati mereka dan harapanku agar dapat bertemu lagi dengan mereka..
salam..pada hari sabtu,24hb Disember 2011,aku bersama keluargaku telahpun pergi ke Cameron Highlands..turut bersama ialah Tokmi dan Tokbah serta keluarga Maklang Ta..hehehe..perjalanan untuk sampai ke resort yang akan kami duduki mengambil masa yang agak lama daripada biasa memandangkan jalanraya yang sangat sesak..kereta2 yang hendak bergerak mendaki laluan berliku-liku untuk ke sana seperti beratur dan bergerak dalam keadaan yang lambat sekali..sehinggakan Mamaku boleh keluar dari kereta untuk berjalan ke arah kereta tokbah untuk menyerahkan bekas karipap..hee..
kami menginap di Strawberry Park Resort..sepanjang berada di sana,aku sangat gembira menikmati cuacanya yang bersuhu sederhana..aku dapat lihat wap2 air seperti hujan rintik dan seakan-akan salji..apabila tiba waktu malam,angin bertiup sangat kencang menyusuri rimbunan pokok2 lantas menimbulkan bunyi yang menderu..menakutkan juga bunyinya..dan kami sempat juga bersiar2 di kawasan resort pada waktu malam..menggigil tubuh kami semua disapu angin yang kuat..apabila mendongak ke langit,bintang2 bertaburan memenuhi segenap langit malam..sangat cantik..aku tidak pernah jemu memandangnya...Subhanallah..
its a resort in a garden..a lush green trees along the pathway..very peaceful and ivagorating..it is a great experience..walaupun aku pernah ke sini sewaktu kecil,namun apa yang aku rasa sekarang tidak sama seperti dulu..berbekalkan akal yang semakin matang,aku lebih menikmati suasananya berbanding sewaktu kecil dahulu..
this is our resort..
gambar kat bawah ni pula sewaktu melawat kebun strawberi..


hee..
salam..semalam,keluargaku (termasuk keluarga miera dan sofiy) ambil angin di i-city..hehe mulai jam 9 hinggalah jam 12,kami jalan-jalan melihat lampu2 yang begitu meriah sekali warnanya..banyak juga gambar yang telah diambil..terasa seperti sedang menikmati cuti sekolah yang panjang walaupun tidak sebenarnya..yang penting,masing2 menikmati saat2 yang menggembirakan di sana..inilah antara gambar2 yang diambil..








hee..nampak sangat aku ni gila ambil gambar..
salam..aku belum sempat memuatkan cerita tentang hari raya aidilfitri yang lepas..bagi raya tahun 2011,aku telah pulang ke kampungku di Kota Sarang Semut di Kedah iaitu kampung datuk dan nenekku di sebelah ibuku..buat pertama kalinya,semua anak beranak Pak Mid (panggilan orang ramai terhadap datukku)pulang untuk beraya di kampung pada tahun yang sama..sememangnya meriah dan aku turut selesa dengan suasana tersebut..
Ibuku mempunyai 6 adik beradik di mana dialah yang sulung..raya kali ini nyata lebih bermakna dengan kehadiran semua ahli keluarga..inilah foto yang sempat diambil selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga..
ini sewaktu menyusun kedudukan setiap anak2,cucu2..
hehe..smart kan?
yang ni pulak cucu2 saja nak tunjuk duit raya yang dapat..
wahh!sangat bersemangat, gaya ala-ala meraikan kemenangan..
yang pastinya,semuanya bergembira..
