pernahkah aku bersyukur atas segala kesenangan yang aku miliki hari ini?
kesenangan yang sangat melimpah ruah!
betapa banyaknya kurnia dan rezeki Allah kepada keluargaku,
sehingga aku tidak pernah merasakan sekelumit pun kesusahan,
sehingga aku sendiri tidak menyedari aku telah berkali-kali mengeluarkan keluhan dari mulut yang Allah cipta ini setiap kali mengalami masalah walau kecil sekalipun..
malah setiap arahan dan suruhan ibubapa turut dianggap suatu beban lantas timbul keluhan..
dan mampukah aku menjadi orang yang sabar dan tabah apabila kesusahan menimpaku?
aku sendiri tiada jawapan untuk itu..
pernahkah aku terfikir akan kesakitan dan kekecewaan orang lain atas segala ucapan dan perbuatanku?
setiap perbuatanku,percakapanku tidak pernah diadili dahulu oleh akalku..
aku benar2 terlampau mengikut nafsu dan perasaan..
justeru itu aku tidak pernah merasa kebahagiaan dan kenikmatan apabila Allah mengurniakan sesuatu kepadaku..
segalanya tidak pernah aku fikirkan...
aku sekadar menerimanya dan mengikut sahaja apa yang seterusnya berlaku..
tiada gunalah kehidupanku selama ini..
tidak pernah aku memikirkan segala yang Allah aturkan untukku..
0 Comments:
Catat Ulasan