cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

di cameron highlands

salam..pada hari sabtu,24hb Disember 2011,aku bersama keluargaku telahpun pergi ke Cameron Highlands..turut bersama ialah Tokmi dan Tokbah serta keluarga Maklang Ta..hehehe..perjalanan untuk sampai ke resort yang akan kami duduki mengambil masa yang agak lama daripada biasa memandangkan jalanraya yang sangat sesak..kereta2 yang hendak bergerak mendaki laluan berliku-liku untuk ke sana seperti beratur dan bergerak dalam keadaan yang lambat sekali..sehinggakan Mamaku boleh keluar dari kereta untuk berjalan ke arah kereta tokbah untuk menyerahkan bekas karipap..hee..

kami menginap di Strawberry Park Resort..sepanjang berada di sana,aku sangat gembira menikmati cuacanya yang bersuhu sederhana..aku dapat lihat wap2 air seperti hujan rintik dan seakan-akan salji..apabila tiba waktu malam,angin bertiup sangat kencang menyusuri rimbunan pokok2 lantas menimbulkan bunyi yang menderu..menakutkan juga bunyinya..dan kami sempat juga bersiar2 di kawasan resort pada waktu malam..menggigil tubuh kami semua disapu angin yang kuat..apabila mendongak ke langit,bintang2 bertaburan memenuhi segenap langit malam..sangat cantik..aku tidak pernah jemu memandangnya...Subhanallah..

its a resort in a garden..a lush green trees along the pathway..very peaceful and ivagorating..it is a great experience..walaupun aku pernah ke sini sewaktu kecil,namun apa yang aku rasa sekarang tidak sama seperti dulu..berbekalkan akal yang semakin matang,aku lebih menikmati suasananya berbanding sewaktu kecil dahulu..



this is our resort..

gambar kat bawah ni pula sewaktu melawat kebun strawberi..







hee..

0 Comments:

Catat Ulasan