salam..ini pula buku yang baru sahaja aku beli..sememangnya sudah lama 'mengidam' nak baca buku ni..alhamdulillah, aku berjaya juga miliki buku ini..
buku ini bukan sekadar novel biasa yang memaparkan kisah percintaan antara lelaki dan perempuan atau kisah percintaan pasangan selepas kahwin..ini sebuah novel tauhid di mana setiap helaian terselit unsur moral dan pengajaran selain nasihat yang kita perlukan sehari-hari..tambahan pula, terdapat kisah-kisah teladan serta panduan daripada sunnah dan hadis Rasulullah s.a.w.
inilah bukunya...hee tak sabar nak baca!

salam..ini satu lagi buku yang aku baru habis baca..sangat informatif..penuh dengan fakta dan statistik..yang pasti, semuanya berkenaan lelaki dan perempuan..
Salam..hari ini 31hb Mei.. Aku akan melangkah ke Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya pada 4hb Jun ini..lebih kurang 4 hari sahaja lagi..
baru-baru ini aku ada berkunjung ke sekolahku, mengambil kesempatan yang ada sebelum bermulanya cuti sekolah untuk bertemu guru-guruku..aku sempat meluangkan masa bersama beberapa orang guru yang pernah mengajarku..bertanya khabar dan sudah tentunya ingin memohon keizinan dan restu mereka sebelum aku bermula fasa baru pembelajaran..dan tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka walau ucapan terima kasih itu sangat kecil maknanya berbanding jasa yang telah mereka taburkan..alhamdulillah, melihat mereka gembira untukku, aku semakin bersemangat untuk memburu kejayaan di tempat baruku nanti..
rakan-rakanku sudah bertolak ke tempat belajar masing-masing bermula 27hb lepas..kebanyakannya akan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi..ada juga yang akan mula mendaftar di pusat asasi masing-masing pada tarikh yang sama..awal juga ya..memikirkan mereka yang sudah memulakan pengajian, aku pula yang semakin berkobar-kobar menunggu hari pendaftaran di CFS IIUM nanti..
aku sudah lama berehat..sudah lama bercuti daripada menelaah pelajaran, daripada stay-back belajar di sekolah, daripada bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah, daripada pening kepala memikirkan tajuk-tajuk pelajaran yang sukar, daripada pecah otak menghafal segala macam isi pembelajaran..otak ini sudah lama dibiarkan bercuti..sudah berkarat barangkali..sudah lama dibiarkan tidak diasah dan tidak dioperasi..
sudah tentu setelah berbulan-bulan tidak melakukan semua itu, aku sudah tidak sabar untuk melakukannya semula..aku rindu sangat-sangat untuk belajar semula..aku rindu untuk menjadi orang yang sibuk lagi..rindu untuk berkejar ke sana sini demi menyiapkan sesuatu tugasan..ahhh aku sudah tidak sabar! lebih kurang seminggu lagi, itulah permulaan fasa baru yang aku nanti-nantikan..walau mungkin suasana belajar di sana jauh lebih mencabar dan sudah pastinya jauh berbeza daripada suasana belajar di sekolah, itulah yang membuatkan diri ini semakin berazam untuk melakukan yang terbaik..
Salam..aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajianku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam program Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar..aku akan belajar di kampus Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia (CFS IIUM), Petaling Jaya..
alhamdulillah, aku terima tawaran ini dengan hati yang sangat terbuka..tawaran ini nyata lebih meyakinkan aku untuk mendalami kursus senibina dan membuka peluang untukku menjadi seorang arkitek suatu hari nanti insyaAllah..
aku menyingkap kembali kenangan sewaktu kecil di mana apabila dikehendaki menulis tentang cita-cita, selalu sahaja bertukar-tukar..tidak pernah sama..kadang-kadang hendak jadi doktor, mahu buka farmasi, jadi pensyarah, jadi penulis malahan pernah juga terfikir untuk menjadi seorang peladang buah-buahan..dan sudah tentunya, arkitek juga pernah menjadi pilihan cita-citaku..
ibukulah insan pertama yang kukhabarkan tentang tawaran ini..dan dia jugalah insan yang paling teruja dan gembira untuk mengetahui berita ini..sambil menyatakan kesyukuran dan mengucapkan tahniah, beliau memelukku sekuat hatinya..beliau nyata lebih teruja jika dibandingkan dengan diriku sendiri..aku terharu jadinya..
setiap kali bertemu dengan saudara mara, pasti aku ditanya perihal perkara tersebut.. “macam mana?” , “dapat mana” , “bila masuk?”..dan apabila aku menjawab segala soalan mereka, ternyata mereka juga gembira dan mengucapkan tahniah kepadaku..aku sangat gembira dengan penghargaan yang telah diberikan..namun, kadangkala terdetik juga di hati ini mengapa mereka begitu gembira seperti aku ini diterima masuk belajar di universiti luar negara saja..heee..
walaubagaimanapun jua, aku bersyukur mempunyai mereka sebagai keluargaku..aku sangat-sangat bersyukur..insyaAllah itulah yang membuatkan semangat ini semakin membara untuk belajar sehabis baik dan mencapai keputusan yang cemerlang..semoga ini menjadi permulaan yang baik dalam mencorak kerjayaku di masa hadapan..
Salam..aku selalu mengikuti segmen Beduk Diketuk dalam majalah SOLUSI..aku sangat meminati segmen ini..baru-baru ini, ayahku membelikan buku Beduk Diketuk untukku..aku gembira tidak terhingga! Terima kasih Abah! Buku Beduk Diketuk ini mengumpulkan kembali semua hasil penulisan Beduk Diketuk dalam majalah SOLUSI..inilah bukunya..
Aku gembira kerana aku berpeluang memiliki buku ini untuk dibaca..buku ini mengandungi berpuluh-puluh kisah mengenai masyarakat Islam yang harus menjadi tatapan semua terutama umat Islam yang berada di dunia akhir zaman ini..
Buku ini membawa perspektif berbeza, malahan kadangkala diluar dugaan..ia benar-benar menjana minda yang lebih terbuka namun tetap kritis dan terperinci..minda kita seperti beroperasi apabila membaca buku ini..
Buku ini memerlukan kefahaman kita sebagai pembaca untuk menghayati sesuatu kisah yang dipersembahkan..benar, ia suatu sindiran dan kritikan sosial yang sangat berkesan yang dipersembahkan hanya melalui dialog antara dua pihak..tahniah kepada penulisnya, Imam Global..
