salam..sejak aku cuti daripada bersekolah ni, tiap2 hari nak online ja..antara yang aku ‘layan’ sangat2 ialah bsb..yess,bsb…its backstreet boys!!
Aku selalu bukak youtube nak dengar lagu2 drg..walaupun lagu2 drg suma dah agak lama,tapi aku masih boleh ‘layan’….lagu2 drg ada ‘soul’…berbanding dengan band2 sekarang yang lebih berentak rancak dan ‘bising’ sampai aku sendiri tak paham apa yang disampaikan..ini termasuklah kumpulan2 dari korea (ooppss!)…aku minat juga lagu2 korea tapi bila aku bandingkan dengan bsb, still aku pilih bsb..hehe..
Rasanya semua lagu bsb yang aku tau, aku suka..yang paling buat aku terharu ialah lagi ‘incomplete’..dah banyak kali jugakla aku ulang tengok muzik video lagu tu..tak pernah jemu..
Tapi satu2nya benda yang aku tak suka pasal bsb ni ialah ..salah seorang ahli kumpulan dia dah keluar..asalnya drg ada 5 org so skrg tinggal 4org..rasa macam bukan bsb dah bila Kevin keluar..dalam bsb,aku paling minat Kevin..sebab tu sedih tu..
Apapun,aku still anggap Kevin dalam bsb…well,bagi aku, Kevin paling macho dalam bsb..hehe…kalau suara pulak,rasanya semua suara drg aku suka..tapi aku paling suka dengar AJ punya suara..sebab suara dia lain sikit berbanding yang lain..best! suara Kevin pun aku suka.. Tapi Nick punya suara tetap jadi simbol kumpulan bsb..
Anyway,bsb still rules! Theyre my no1 band..
from left; .howie.kevin.brian.nick.AJ.
salam..jika disebut soal murtad,sudah pastinya ia berkaitan dengan orang islam..tiada maknanya soal murtad dalam kalangan penganut agama lain..ya Allah…tidak terkira banyaknya bilangan umat islam yang murtad pada hari ini..orang Melayu yang diiktiraf sebagai satu2nya kaum yang sememangnya lahir sebagai Islam, tidak lagi boleh dibanggakan…bangsa melayu itu sendiri sebenarnya yang semakin banyak bergelar riddah (orang yang keluar dari Islam)..
mengapa sampai begini pengakhirannya bagi Islam dalam bangsa Melayu..sedang bangsa melayu di timur semakin tersasar dari jalan yang benar, semakin ramai pula bangsa Eropah dan barat yang memeluk agama Islam yakni bergelar seorang mualaf..perkembangan yang sangat aneh kerana dalam sejarah itu sendiri orang barat merantau ke timur untuk menyebarkan agama kristian manakala bangsa timur itu sendiri khususnya di asia tenggara terkenal dengan kepesatan perkembangan agama islam..inilah dikatakan keadaan di akhir zaman..segalanya seperti terasing kembali seperti sebelum kedatangan islam..
Sebelum kedatangan islam,kita sedia maklum keadaan masyarakat arab jahiliah yang mempraktikkan amalan yang tidak bertamadun seperti hidup berkelompok, pembunuhan bayi terutamanya bayi perempuan kerana dianggap membawa malang,serta betapa rendahnya taraf dan layanan terhadap golongan hawa..begitulah yang berlaku pada akhir zaman ini..segalanya seperti dahulu semula…segalanya berputar kembali seperti dahulu..
Justeru, isu murtad yang semakin menjadi2 dewasa ini juga merupakan situasi dunia akhir zaman..aku sangat sedih pabila saudara seislamku sendiri mampu mengorbankan agama Allah yang suci ini..terpaksa atau dipaksa atau secara sukarela?aku bungkam dan buntu memikirkan sebab mereka harus berpaling daripada agama yang sudah nyata merupakan agama yang sebenar-benarnya dan selurus-lurusnya dalam cakerawala ini..
Mungkinkah kerana mereka sejak dari lahir sudah bergelar islam lantas tiada sebarang ikhtiar mahupun kesedaran untuk mendalami agama ini…berbanding dengan para mualaf yang mengkaji dan meneliti setiap agama di dunia ini untuk mencari agama yang sebenar-benarnya untuk mereka ikuti…lantas bagi orang2 yang berfikir,sudah pasti islam menjadi pilihan berdasarkan kebenaran yang mereka perolehi daripada kitab teragung, Al-Quran yang nyata merupakan kitab rujukan umat islam..
Bukankah sudah terang lagi nyata,islam merupakan sebenar-benar agama di muka bumi ini..mengapa perlu mengubah haluan hidup dengan memilih jalan yang lebih sesat sedangkan diri sendiri sudah berada di jalan yang lurus?bagi orang2 yang berfikir,mana satu menjadi pilihan?jalan yang lurus atau yang bersimpang-siur?mengapa perlu menyeksa diri dengan memilih jalan yang berliku-liku sedang jalan yang lurus tiada bahayanya untuk dilalui?sudah dijamin selamat..
Mengapa mahu murtad?adakah kerana ada perkara2 yang membebankan dalam islam?apa yang membebankan dalam islam?solat?puasa?pergi masjid?!menutup aurat?!!! Ya Allah ...
Jika mereka merasakan murtad itu suatu jalan untuk pembebasan hakiki, atau jalan untuk menikmati dunia yang fana ini tanpa batasan, atau jalan untuk menghiburkan diri tanpa sebarang peraturan,nampaknya mereka salah sama sekali..ingatlah….setiap agama di dunia ini merupakan peraturan…walau anda berada dalam agama mana sekalipun,seseorang yang taat dan patuh akan agamanya tidak akan berhibur dan leka semata-mata..mereka juga menjaga adab dan melakukan ritual kepercayaan masing2..agama merupakan peraturan..justeru,peraturan itu perlu bagi setiap manusia untuk lebih berdisiplin dan menyekatnya daripada melakukan sebarang kesalahan..tanpa peraturan,anda seperti orang gila (maaf atas penggunaan perkataan ini) yang tiada arah tujuan..
oleh itu,islam adalah sebaik2 peraturan…islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan..setiap apa yang anda lakukan pasti ada tatasusila dan adab yang perlu dijaga agar ibadah sentiasa terpelihara..
Janganlah memperjudikan agama yang suci ini..balasan di api neraka kelak sangat tidak terkira pedihnya..jangan pernah anggap panas api neraka itu sepanas api yang marak menjilat kawasan hutan dan sebagainya..sesungguhnya,panas api neraka itu tidak terjangkau oleh fikiran kita..panasnya api neraka melebihi 69 kali ganda panas matahari yakni panas di dunia ini..sedangkan terkena air panas juga kulit kita melecur,inikan pula panas di api neraka yang pasti lebih dahsyat keadaannya..
Allah swt telah pun menggariskan hukuman terhadap orang2 yang murtad ini..firmanNya dalam Al-Quran telahpun membuktikannya..betapa beratnya perbuatan murtad ini sehingga Allah telah menetapkan hukuman mati bagi sesiapa yang murtad..justeru itu, tidak hairanlah semakin ramai yang berani berpaling daripada agama Islam kerana tiadanya hukuman berat dikenakan..hukuman mati mungkin terlalu kejam bagi logik fikiran manusia…namun, Allah Maha Mengetahui..hukuman mati terhadap sesiapa yang berpaling dari Islam merupakan wadah paling sempurna bagi menyekat bilangan orang yang ingin berpaling daripada agama islam..ini akan mencipta gerun bagi sesiapa yang berniat untuk murtad..
Aku benar2 berharap langkah yang sewajarnya dapat diambil utnuk mencegah murtad dalam masyarakat kita ini..akta murtad haruslah diusul secepat mungkin..tidak sanggup lagi aku untuk melihat saudara seislamku sendiri berpaling daripada agama suci ini..sangat dahsyat balasan di akhirat kelak..
Ya Allah lindungilah aku, ibubapaku, adikberadikku, datuknenekku, saudaramaraku, guru2ku, sahabat2ku dan seluruh umat islam di dunia ini daripada azabmu..kau tetapkanlah iman kami..pandulah kami di jalanmu ini..himpunkanlah kami di dalam firdausmu nanti..sesungguhnya,syurga itu merupakan sebaik2 balasan yang kami harapkan dan idam2kan..amin..
salam..aku dah ada pengalaman ambil keputusan SPM..aku ambil keputusan SPM dalam mimpi!
sudah beberapa kali jugak aku mimpi aku ambil keputusan SPM ni..tak silap aku dalam 3 kali..kenapa ya?
hemm..mungkin sebab aku terlampau memikirkan apa yang akan aku dapat dalam slip keputusan tu..
pertama kali aku mimpi ambil result,aku dapat semua A tapi ada 1 W...W stands for what?aku sendiri taktau dari mana datang gred W tu..biasala..dalam mimpi,yang mustahil pun boleh jadi..
kali kedua pula,aku dapat A sikit ja...yang aku ingat aku dapat banyak B..dalam mimpi tu memang aku kecewa la..
kali ketiga,aku mimpi aku dapat 2 A sahaja..subjek lain aku tak pasti sangat..sebab dalam mimpi tu, aku punya reaksi memang sedih dan kecewa..lagi-lagi mama ada dengan aku waktu aku ambil result tu..dan aku ada menitiskan air mata sembunyi2 sebab tak nak mama nampak..
well...itu semua sekadar mimpi..betul tak betul, aku tak tahu..
perkara itu..
buat aku termenung sendirian,
buat aku tidak keruan,
aku terasa benar-benar kesunyian..
perkara itu..
tidak pernah kusangka,
aku tidak pernah melaluinya,
aku terasa keseorangan,
terasing dalam kesepian..
perkara itu..
sukar untukku lupakan,
terus kekal dalam ingatan,
tidak mahu berpisah walau sesaat,
terus mencengkam fikiran,
terus menyakitkan perasaan..
perkara itu..
hanya pergi apabila diri kesibukan,
pabila melayan kerenah dan ragam,
insan-insan yang tersayang..
perkara itu..
mengecewakan aku,
membuatkan aku terasa sayu,
menusuk ke dalam kalbu..
hatiku meronta,
hatiku menangis,
hatiku sakit,
pabila memikirkan perkara itu..
mungkinkah aku terlampau berfikir,
mungkinkah sekadar mainan nafsu,
perihal perkara itu..
perkara itu..
aku takut untuk melepaskannya,
aku takut untuk membiarkannya,
aku takut tidak akan memperolehinya,
aku takut tidak mampu memiliki..
yang serupa dengannya..
perkara itu..
membuai perasaan,
melekakan fikiran,
menambahkan keegoan..
biarlah Allah sahaja yang mengerti,
biarlah aku sahaja yang memahami,
gelodak jiwa yang aku hadapi,
cengkaman perasaan yang tidak terperi,
tentang perkara itu..
yang sulit dirungkai dan dimengerti..
salam..hehe masih dalam konteks sekolah asma..but this time about kek batik..aku boleh katakan yang kek batik memang popular kat asma..kek batik kantin ka?nooo...kek batik buatan mama aku..
segalanya bermula bila aku bawa bekal kek batik g sekolah..aku bagi2 la kawan2 makan..dan kawan aku, Tharisini tanya aku, "u ada jual tak this cake?"..woo..im surprised she ask me that..at the same time i see this as an opportunity..aku jawabla,"i tak buat jual pun..but i can make it if u want it..i boleh jual kat u.."
and that is the start of kek batik in asma..
semakin hari semakin ramai orang tahu pasal kek batik aku ni..dalam kelas aku tak payah cakapla..semua classmate aku pernah beli (macam poyo pulak..)..dari kelas lain pun tak kurang hebatnya juga...dan yang paling aku tak sangka,sampai senior aku pun boleh tau pasal kek batik ni and beli kat aku..so bila dah makin ramai orang order, mama suruh aku bawak lebih..aku pun bawak la kek2 batik tu g sekolah dalam satu beg kertas besar..walaupum ada lebih, tapi aku tak sangka yang aku tetap akan balik dengan beg kertas kosong...sold out!heee..jadi tiap2 hari memang tetap akan bawak lebih walaupun takde orang order..
tau kenapa boleh habis?sebab kawan2 aku ni akan beli sebagai makanan drg untuk waktu rehat..kadang2 drg beli waktu dalam kelas bila2 ja drg lapar..drg makanla dalam kelas..hehe..kadang2 walaupun jual tak habis, aku pun rasa macam "okla..hari ni tak laku sangat.." but ajaibnya time last2 (bila aku nak balik) pun drg akan 'habiskan'..inilah namanya rezeki..syukran ya Allah..
aku memang terasa macam businesswoman...hehe..aku g kelas len hantar kek..aku kumpul duit..aku ada senarai nama tempahan kek batik (sampai sekarang tak buang2 lagi)..memang aku jadi jurujual la..aku pernah terfikir takut cikgu marah aku berjual beli ni (no jual2 kat sekolah, thats the rule)...entahla..bila dah ramai order, perasaan takut tu kurang sikitla..kawan2 pun support..drg pun tak bagi kalau aku berhenti jual kek batik ni kat drg..lagipun ada cikgu yang tau aku jual kek batik tapi drg ok ja..
tapi ada jugak masalah kadang2..ada yang mengadu dan tanya kat aku,"kenapa setiap bekas kek batik ni tak sama jumlah dia?"...aku dah agak ada yang akan tanya macam tu..aku pun jawab,"bukan kira jumlah kepingan...tapi kami timbang ikut berat.."...ada jugak masalah lambat bayar...bila dah lambat sangat bayar,aku selalu rasa macam nak halalkan ja..tapi bila fikir mama buat kek batik ni penat2 untuk jual, aku pun tetap sabarkan diri ingatkan kat orang yang belum bayar untuk bayar secepat mungkin...malu jugak kadang2 nak mintak kat orang yang sama suruh cepat2 bayar duit kek..hehe..
tak kira bangsa ...semua orang makan kek batik ni..malay,chinese,indian...all of them love it...theyre like addicted to my kek batik..waktu majlis perpisahan (waktu aku nak pindah sabah),aku ada bawakan untuk drg...tapi bukan untuk dibeli...memang last day tu jamu kat drg kek batik...maklumlah nanti dah tak boleh rasa dah kek batik aku ni..
walaupun dah berpisah lama dah, bila sebut 'ayesha',drg mesti akan teringat terus kek batik..hehe..memandangkan aku dah pindah, ada jugak yang mintak resipi kek batik ni..mama cakap, "secret recipe mana boleh gtau kat orang.."..tapi mama sebenarnya tak keberatan pun nak kongsi resipi ni kat orang len..kawan aku pernah mintak resipi kek batik mama aku ni..dia dah cuba buat tapi tak taula kat mana silapnya,dia kata,"tak sama pun macam mak ayesha buat..."..hehe..aku sekadar tersenyum...secret recipe la katakan...mesti ada kaedah istimewa nak buat kek batik yang exactly taste like my mom's..
asmarian (asma girls) had made my kek batik on top rank! im overwhelmed..thank u girls sooooooo much..
