cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

isu murtad

salam..jika disebut soal murtad,sudah pastinya ia berkaitan dengan orang islam..tiada maknanya soal murtad dalam kalangan penganut agama lain..ya Allah…tidak terkira banyaknya bilangan umat islam yang murtad pada hari ini..orang Melayu yang diiktiraf sebagai satu2nya kaum yang sememangnya lahir sebagai Islam, tidak lagi boleh dibanggakan…bangsa melayu itu sendiri sebenarnya yang semakin banyak bergelar riddah (orang yang keluar dari Islam)..

mengapa sampai begini pengakhirannya bagi Islam dalam bangsa Melayu..sedang bangsa melayu di timur semakin tersasar dari jalan yang benar, semakin ramai pula bangsa Eropah dan barat yang memeluk agama Islam yakni bergelar seorang mualaf..perkembangan yang sangat aneh kerana dalam sejarah itu sendiri orang barat merantau ke timur untuk menyebarkan agama kristian manakala bangsa timur itu sendiri khususnya di asia tenggara terkenal dengan kepesatan perkembangan agama islam..inilah dikatakan keadaan di akhir zaman..segalanya seperti terasing kembali seperti sebelum kedatangan islam..

Sebelum kedatangan islam,kita sedia maklum keadaan masyarakat arab jahiliah yang mempraktikkan amalan yang tidak bertamadun seperti hidup berkelompok, pembunuhan bayi terutamanya bayi perempuan kerana dianggap membawa malang,serta betapa rendahnya taraf dan layanan terhadap golongan hawa..begitulah yang berlaku pada akhir zaman ini..segalanya seperti dahulu semula…segalanya berputar kembali seperti dahulu..

Justeru, isu murtad yang semakin menjadi2 dewasa ini juga merupakan situasi dunia akhir zaman..aku sangat sedih pabila saudara seislamku sendiri mampu mengorbankan agama Allah yang suci ini..terpaksa atau dipaksa atau secara sukarela?aku bungkam dan buntu memikirkan sebab mereka harus berpaling daripada agama yang sudah nyata merupakan agama yang sebenar-benarnya dan selurus-lurusnya dalam cakerawala ini..

Mungkinkah kerana mereka sejak dari lahir sudah bergelar islam lantas tiada sebarang ikhtiar mahupun kesedaran untuk mendalami agama ini…berbanding dengan para mualaf yang mengkaji dan meneliti setiap agama di dunia ini untuk mencari agama yang sebenar-benarnya untuk mereka ikuti…lantas bagi orang2 yang berfikir,sudah pasti islam menjadi pilihan berdasarkan kebenaran yang mereka perolehi daripada kitab teragung, Al-Quran yang nyata merupakan kitab rujukan umat islam..

Bukankah sudah terang lagi nyata,islam merupakan sebenar-benar agama di muka bumi ini..mengapa perlu mengubah haluan hidup dengan memilih jalan yang lebih sesat sedangkan diri sendiri sudah berada di jalan yang lurus?bagi orang2 yang berfikir,mana satu menjadi pilihan?jalan yang lurus atau yang bersimpang-siur?mengapa perlu menyeksa diri dengan memilih jalan yang berliku-liku sedang jalan yang lurus tiada bahayanya untuk dilalui?sudah dijamin selamat..

Mengapa mahu murtad?adakah kerana ada perkara2 yang membebankan dalam islam?apa yang membebankan dalam islam?solat?puasa?pergi masjid?!menutup aurat?!!! Ya Allah ...

Jika mereka merasakan murtad itu suatu jalan untuk pembebasan hakiki, atau jalan untuk menikmati dunia yang fana ini tanpa batasan, atau jalan untuk menghiburkan diri tanpa sebarang peraturan,nampaknya mereka salah sama sekali..ingatlah….setiap agama di dunia ini merupakan peraturan…walau anda berada dalam agama mana sekalipun,seseorang yang taat dan patuh akan agamanya tidak akan berhibur dan leka semata-mata..mereka juga menjaga adab dan melakukan ritual kepercayaan masing2..agama merupakan peraturan..justeru,peraturan itu perlu bagi setiap manusia untuk lebih berdisiplin dan menyekatnya daripada melakukan sebarang kesalahan..tanpa peraturan,anda seperti orang gila (maaf atas penggunaan perkataan ini) yang tiada arah tujuan..

oleh itu,islam adalah sebaik2 peraturan…islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan..setiap apa yang anda lakukan pasti ada tatasusila dan adab yang perlu dijaga agar ibadah sentiasa terpelihara..

Janganlah memperjudikan agama yang suci ini..balasan di api neraka kelak sangat tidak terkira pedihnya..jangan pernah anggap panas api neraka itu sepanas api yang marak menjilat kawasan hutan dan sebagainya..sesungguhnya,panas api neraka itu tidak terjangkau oleh fikiran kita..panasnya api neraka melebihi 69 kali ganda panas matahari yakni panas di dunia ini..sedangkan terkena air panas juga kulit kita melecur,inikan pula panas di api neraka yang pasti lebih dahsyat keadaannya..

Allah swt telah pun menggariskan hukuman terhadap orang2 yang murtad ini..firmanNya dalam Al-Quran telahpun membuktikannya..betapa beratnya perbuatan murtad ini sehingga Allah telah menetapkan hukuman mati bagi sesiapa yang murtad..justeru itu, tidak hairanlah semakin ramai yang berani berpaling daripada agama Islam kerana tiadanya hukuman berat dikenakan..hukuman mati mungkin terlalu kejam bagi logik fikiran manusia…namun, Allah Maha Mengetahui..hukuman mati terhadap sesiapa yang berpaling dari Islam merupakan wadah paling sempurna bagi menyekat bilangan orang yang ingin berpaling daripada agama islam..ini akan mencipta gerun bagi sesiapa yang berniat untuk murtad..

Aku benar2 berharap langkah yang sewajarnya dapat diambil utnuk mencegah murtad dalam masyarakat kita ini..akta murtad haruslah diusul secepat mungkin..tidak sanggup lagi aku untuk melihat saudara seislamku sendiri berpaling daripada agama suci ini..sangat dahsyat balasan di akhirat kelak..

Ya Allah lindungilah aku, ibubapaku, adikberadikku, datuknenekku, saudaramaraku, guru2ku, sahabat2ku dan seluruh umat islam di dunia ini daripada azabmu..kau tetapkanlah iman kami..pandulah kami di jalanmu ini..himpunkanlah kami di dalam firdausmu nanti..sesungguhnya,syurga itu merupakan sebaik2 balasan yang kami harapkan dan idam2kan..amin..

0 Comments:

Catat Ulasan