perkara itu..
buat aku termenung sendirian,
buat aku tidak keruan,
aku terasa benar-benar kesunyian..
perkara itu..
tidak pernah kusangka,
aku tidak pernah melaluinya,
aku terasa keseorangan,
terasing dalam kesepian..
perkara itu..
sukar untukku lupakan,
terus kekal dalam ingatan,
tidak mahu berpisah walau sesaat,
terus mencengkam fikiran,
terus menyakitkan perasaan..
perkara itu..
hanya pergi apabila diri kesibukan,
pabila melayan kerenah dan ragam,
insan-insan yang tersayang..
perkara itu..
mengecewakan aku,
membuatkan aku terasa sayu,
menusuk ke dalam kalbu..
hatiku meronta,
hatiku menangis,
hatiku sakit,
pabila memikirkan perkara itu..
mungkinkah aku terlampau berfikir,
mungkinkah sekadar mainan nafsu,
perihal perkara itu..
perkara itu..
aku takut untuk melepaskannya,
aku takut untuk membiarkannya,
aku takut tidak akan memperolehinya,
aku takut tidak mampu memiliki..
yang serupa dengannya..
perkara itu..
membuai perasaan,
melekakan fikiran,
menambahkan keegoan..
biarlah Allah sahaja yang mengerti,
biarlah aku sahaja yang memahami,
gelodak jiwa yang aku hadapi,
cengkaman perasaan yang tidak terperi,
tentang perkara itu..
yang sulit dirungkai dan dimengerti..
0 Comments:
Catat Ulasan