cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

solat jumaat

salam..setiap hari jumaat kaum muslimin diwajibkan solat jumaat..jika namanya solat jumaat,sudah pastilah ditunaikan secara berjemaah dengan itu mereka akan bergegas ke masjid ataupun surau untuk menunaikannya..

aku lihat,jemaah yang berada di dalam masjid untuk mendengar khutbah sementara menunggu menunaikan solat jumaat rata-ratanya mengantuk dan ketiduran..sememangnya waktu solat jumaat itu sendiri pada waktu tengahari di mana cahaya matahari memancarkan surianya tegak di atas kepala mewujudkan suasana panas dan sudah pasti para jemaah juga kepanasan..tambahan pula bersesak-sesak dalam ribuan jemaah lain untuk menunaikan solat jumaat..tidak hairan juga yang keletihan memandangkan mereka bergegas terus ke masjid dari urusan pejabat dan urusan sekolah yang memenatkan..

pada pandanganku,lebih baik cuti hari sabtu dan ahad yang ditetapkan di hampir semua negeri di Malaysia ini diganti dengan cuti hari jumaat dan sabtu yang ditetapkan oleh beberapa buah negeri seperti Kedah..dengan itu,para jemaah yang hadir ke masjid tidaklah keletihan sehingga boleh tertidur..jika hari jumaat adalah hari cuti,mereka akan lebih bersedia ke masjid..mereka pasti lebih segar setelah mempunyai masa untuk membersihkan diri,memakai pakaian yang bersih dan selesa serta memakai wangi-wangian..

bukankah Islam merupakan agama rasmi negara kita?sudah termaktub dalam perlembagaan negara akan perihal itu..justeru, tidak salah untuk kita bercuti pada hari jumaat demi menghormati waktu solat jumaat itu sendiri..dan bukankah hari ahad yang telah ditetapkan cuti itu merupakan hari bagi orang beragama Kristian beribadah di gereja?masakan negara Islam ini lebih mementingkan agama lain sehingga meminggirkan agama Islam itu sendiri? wallahualam..

0 Comments:

Catat Ulasan