salam..hari ini aku ingin menyentuh sedikit tentang perkara yang rasanya wajib dilakukan oleh setiap remaja masa kini..COUPLING atau bercouple..apa itu couple dan apa itu coupling?
couple ini asalnya bermaksud dua..dua disini merujuk kepada apa-apa sahaja tidak kira handphone,tv,basikal,pinggan dan sebagainya tetapi berjumlah dua..coupling pula sejenis kata kerja yang bermaksud berdua..
ok..apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah tentang bercouple dimana sepasang lelaki dan wanita berpacaran atau berkasih-kasihan..yang lelaki dipanggil pakwe,boyfriend a.k.a bf,boboy dan lain-lain lagi manakala yang wanita dipanggil makwe,girlfriend a.k.a gf,gegirl dan seterusnya..selalunya,seorang daripada pasangan tersebut yang akan mengajak seorang lagi itu untuk bercouple..contoh ayatnya, "kita couple nak?or "jom kita couple?"..dengan itu,selagi pasangan itu tidak bercouple,mereka sekadar teman biasa tanpa apa-apa hubungan istimewa..
justeru itu,dapatlah aku simpulkan bahawa couple itu sekadar ikatan rasmi yang menandakan mereka mempunyai hubungan istimewa..lain pula dengan kahwin iaitu merupakan ikatan rasmi yang menandakan mereka merupakan pasangan suami dan isteri..sedikit sahaja perbezaannya bukan?
walaubagaimanapun,aku masih merasakan bahawa tiada guna kita berkahwin jika kita sudah bercouple..ini kerana pada pandanganku,semua yang istimewa termasuk kata-kata,janji-janji,hadiah malahan panggilan di antara pasangan telah pun dicurahkan sewaktu bercouple..justeru tiada lagi keistimewaan sewaktu berkahwin..tiada lagi kenikmatan berumah tangga setelah kenikmatan tersebut telahpun dirasai sebelum kahwin lagi yakni sewaktu bercouple..
tiada yang istimewa dalam bercouple...walaupun bercouple, itu bukan syarat atau tiket untuk kita bebas bergaul dengan pasangan kita tersebut seperti memanggil dengan panggilan mesra dan sebagainya..walaupun bercouple,ia tetap tidak menghalalkan pasangan tersebut berpegangan dan bermadah cinta sewenang-wenangnya..kita tetap perlu jaga batas pergaulan kita sebagaimana yang disyariatkan Islam..
tiada apa pun sebenarnya couple ni..ia sekadar menunjukkan sesuatu hubungan antara sesebuah pasangan itu telah maju setapak atau dibawa ke fasa bercinta..
jika kita lihat dalam novel serta drama dalam tv,masih banyak pasangan yang berkahwin tidak mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin dan walaupun jelas mereka pada awalnya berhadapan dengan masalah komunikasi,lama-kelamaan pasti akan berputik cinta antara pasangan tersebut..indah bukan bercinta selepas kahwin?
cinta selepas kahwin ini misteri..kita tidak tahu apa sifat2 pasangan kita lalu kita lebih mudah menerima segala perlakuannya..berlainan pula yang bercinta sebelum kahwin..masing2 sudah tahu perangai masing2 namun selepas kahwin, barulah terbongkar segala perangai yang mungkin tidak dapat diterima..lantas perubahan itulah yang sukar untuk kita terima..pendek kata, perkara baru memang senang untuk kita sesuaikan diri, berlainan pula dengan perubahan..sesuatu perubahan itu memang sukar untuk kita terima, lebih2 lagi perubahan yang kita sendiri tidak jangkakan..
disebabkan itu aku berpendapat tiada guna berkahwin jika sudah bercouple..ini sekadar pandanganku dan aku tidak pernah berniat walau sezarahpun untuk menyindir orang lain..
0 Comments:
Catat Ulasan