aku dilahirkan di negeri Jelapang Padi Malaysia iaitu Kedah Darulaman. setiap kali aku pulang ke kampungku di Kota Sarang Semut,aku tidak akan pernah jemu untuk melihat pemandangan sawah padi yang berada di kedua-dua bahagian kiri dan kanan jalanraya..
setiap kali melihatnya,hati akan terasa sangat tenang..seperti laut yang luas terbentang,sawah padi juga sejauh mata memandang..ia seperti sebuah padang rumput hijau yang berdesir ke kiri dan kanan mengikut haluan tiupan angin..ia juga dilihat seperti ombak yang beralun mengikut rentak angin yang menyapunya..sungguh menenangkan,sungguh mempesonakan..
ia merupakan antara pemandangan tercantik yang pernah aku lihat dalam hidupku..Subhanallah..betapa hebatnya kekuasaanNya..
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan