cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

salam..borang upu fasa 2 sudah lama dibuka untuk diisi..tapi, aku sendiri belum isi lagi..aku memang dalam dilema..aku taktau langsung kursus apa yang harus aku pilih..
mungkin aku terlampau terperinci sebab aku memang nak kaji sedalam-dalamnya tentang kursus2 yang ada kat universiti barulah aku akan membuat keputusan tentang kursus yang akan dipilih..

kalau ikut pandangan ibuku, dia menyarankan agar aku mengambil kursus seni bina (architecture)..pada pendapatnya, dalam kursus ini, adanya sains dan seninya..baginya, aku seorang yang terperinci dan turut mempunyai kemahiran dalam melukis..jadi sangat sesuai dengan kursus ini dan lulusanku dalam aliran sains..

jika ikut pandangan bapaku pula, dari dulu lagi dia mencadangkan kepadaku untuk mengambil kursus perubatan (medic)..aku lihat bapaku memang berhasrat ingin melihat aku bertugas sebagai seorang doktor.."bila tengok doktor2 kat hospital tu, teringin pulak nak tengok kakngah jadi macam tu...ada jugak orang yang boleh kita rujuk kalau sapa2 tak sihat..", begitulah luahan bapaku kepada ibuku..

hemm..aku sendiri tak pasti apa yang harus aku buat..jika melihat apa yang ibubapaku katakan, ada benarnya juga cadangan2 mereka..tapi aku sendiri tak pasti dengan kemampuanku dalam kedua-dua bidang itu..



okey..berdasarkan penilaian aku sendiri..minatku pada seni memang ada..aku sendiri akui aku memang suka melukis..aku juga minat matematik..memang dari sekolah rendah lagi aku minat subjek ni..dan sampai sekarang tak pernah berubah..untuk subjek2 sains pula, mungkin sebelum memasuki aliran sains di tingkatan 4, sains merupakan subjek yang paling aku tak suka..aku tak pernah dapat markah yang baik untuk subjek ini semasa peperiksaan..tetapi setelah aku masuk aliran sains tulen, aku semakin meminati sains terutamanya subjek biologi dan kimia..dan yang terakhir,aku sama sekali tidak mahu mengenepikan pembelajaran islam di universiti..aku berminat juga ingin mengambil kursus2 islamik ini dan yang paling aku minat sudah tentunya pembelajaran ilmu wahyu dan hadith..

kalau ikut penilaian tentang kebiasaan dan sifatku pula,inilah pendapatku..aku seorang yang sangat terperinci (detail), cerewet soal kebersihan, cintakan alam sekitar, tenang, takut tengok benda2 yang menyakitkan (memang aku tak boleh tengok lansung cerita Final Destination), mudah lupa (tapi akan ingat sampai bila2 benda yang aku sendiri nak ingat), blur, jalan cepat, cuai, tak yakin, iq not bad (eleh!) dan mempunyai minda berkonsep (conceptional mind)...

hemm...aku benar2 dalam dilema! yang pasti, niatku adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus yang mampu membawaku kepada pekerjaan yang dapat berbakti kepada bumi (alam sekitar) dan umat Islam sendiri..insyaAllah..

0 Comments:

Catat Ulasan