salam..hari sabtu lepas, aku n family aku gerak g Terengganu..tujuan asal ke sini sebab ayah aku ada urusan kerja di sana..kami satu family pun tumpang sekaki la kiranya...boleh jugak jalan2 tengok tempat orang..sebelum ni aku memang pernah sampai ke Terengganu...tapi waktu tu aku masih lagi kecil...belum cukup matang untuk meninjau keadaan dan suasana negeri itu...bila selak2 balik gambar2 lama, baru ingat aku pernah ke sana..
kami bertolak waktu pagi la..sebelum tu, singgah Shell isi minyak...n apa yang kami tak sangka akan jumpa di sini, ada penggambaran kat dalam kedai dalam Shell tu...mula2 tak nampak pun sape pelakon dia...then tup2 nampak Bront Palarae dengan Nabila Huda berlakon jadi perompak kedai Shell tu..hahha tak sangka langsung...
dari KL g Kuala Terengganu, ambil masa dalam 8jam lebih kurang..dalam perjalanan, memang boleh nampak laut sepanjang jalan..kami ada jugak lalu kat Paka dan Kerteh..memang dua tempat ni mempunyai lanskap yang belum pernah lagi aku tengok sebelum ni..di kiri dan kanan jalan kawasan perindustrian..luas sangat kawasan dia..mak aku cakap, satu Malaysia black-out bila stesen janakuasa elektrik kat Paka tu shot..hemm..abah aku pulak cakap kalau kawasan logi minyak kat Kerteh meletup, memang musnah habis la seluruh Kerteh..fuyyoo..
bila sampai Terengganu ni, lepaslah rindu kat ombak n pantai..hehe best! lama tak g pantai..tenang n sejuk ja..
n tak sah kalau g Terengganu tak g pasar payang kan..banyak jugakla shopping kat situ..haha..kat sini juga, sangat banyak terdapat masjid2 besar..sangat mudah kami jumpa masjid kat jalan..kami sempat la melawat masjid kristal dan masjid terapung (masjid tengku zaharah)...cuma yang kami kecewa, kami tak berkesempatan nak masuk ke taman tamadun islam di mana ada replika2 masjid di seluruh dunia...ada dalam 20 lebih masjid yang dibuat replika termasuklah masjidilharam..
dan apa yang buat aku kagum...negeri ini sangat memartabatkan tulisan jawi..tulisan jawi di papan tanda jalan, papan tanda taman, dan papan tanda kedai (termasuklah KFC!) ..dan ada satu struktur binaan besar terletak di atas bukit yang jelas menunjukkan syiar Islam dilaksanakan di negeri ini..inilah dia..
sememangnya aku kagum dan tenang di sini...
kami bertolak balik ke KL waktu pagi dan tak sangka langsung, kami berada dalam kereta mengharungi perjalanan selama 10jam lamanya..dalam kereta memang aku dah pening2 sampai ke rumah..aku jarang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan jauh..inilah pertama kali aku alami seteruk itu..loya, sakit kepala sampai waktu tido...alhamdulillah esoknya semua dah pulih..
0 Comments:
Catat Ulasan