salam..semasa cuti raya tahun baru cina lepas, aku pulang ke kampungku di Kedah..dan aku bersama keluarga berkesempatan untuk berkunjung ke rumah jiran2 lama kami di Lorong Titi Siam (tempat tinggal di Kedah)..
aku lahir di sini..aku membesar di sini..sejak aku lahir sehinggalah hujung tahun 2008 iaitu sewaktu aku tingkatan 2..kawasan perumahan ini agak terpencil dan agak tersorok daripada orang luar..di sini, komuniti orang2 tua lebih dominan..
aku dan adik beradik yang lain membesar di hadapan mereka..jiran2 di sini ibarat keluarga sendiri..apabila berjumpa kembali setelah agak lama tidak bersua muka, beginilah reaksinya, "laa,,dah besaq dah lepa semua ni...dulu dok tengok comey2 lagi..selalu dok nampak main kat dpn nuu (tmn permainan)..tinggi2 dah..." hehe..tidak hairanlah begitu reaksinya kerana kami sememangnya membesar di hadapan mereka..
macam2 cerita yang dibualkan..sehingga lupa waktu..lupa masa..lupa nak balik! aku gembira dan sangat terharu dengan silaturahim yang terbina ini..
ingin aku ceritakan tentang salah seorang jiran kami ini..mereka tinggal selang satu rumah dari rumah kami..sepasang suami isteri..aku dan adik beradik panggil Tok Wan dan isterinya pula Opah Ton..Tok Wan sudah pergi menyahut seruan Ilahi beberapa bulan lepas..tinggallah Opah Ton bersendirian bersama anaknya..hubungan Tok Wan dan Opah Ton sangat rapat ..seperti belangkas..walaupun mereka sudah lanjut usia, hubungan mereka tidak pernah berenggang..Tok Wan tidak pernah meninggalkan Opah Ton..ke mana2 sahaja mereka pergi berdua..setelah Tok Wan meninggal, Opah Ton sememangnya kesunyian..walaupun tawa dan wajah cerianya menyambut kedatangan kami, dalam hatinya tetap tersembunyi rasa sayu..kami juga turut berasa janggal dengan ketiadaan Tok Wan menyambut kedatangan kami..jenaka dan sifatnya yang sentiasa riang terus kekal dalam hati kami..
pernah Opah Ton menyuarakan hasratnya untuk melawat kubur Tok Wan kepada Cikgu Cik (jiran di sini) walaupun baru 4 hari Tok Wan dikebumikan..Cikgu Cik hanya mampu memujuk Opah Ton agar bersabar..sewaktu memandu juga, Opah Ton sentiasa meletakkan kopiah Tok Wan di tempat duduk sebelahnya..nasib baik juga ada jiran2 yang sentiasa memenuhi masa sunyinya.. Opah Ton sering ke rumah Cikgu Cik untuk berbual2..Cikgu Cik jugalah tempat Opah Ton luahkan segala yang ada dalam hatinya..Cikgu Cik ini juga sudah lanjut usianya..tatkala melihat mereka berbual, sememangnya dapat diketahui hubungan mereka yang sangat rapat..dan melihatkan perbualan mereka yang gembira, aku terharu...ada juga tempat Opah Ton meluangkan masanya berbual2 demi melupakan kesunyian dalam hatinya..
memikirkan mereka yang sudah lanjut usia, aku sangat terharu..pada masa yang sama, aku bersyukur kerana mereka dapat saling membantu dan memerlukan..tidaklah mereka terkontang-kanting tiada arah tuju..semoga mereka semua dipanjangkan umur sentiasa..
2 Comments:
-
- Arif said...
4 Februari 2012 pada 1:05 PTGterharunyaa.. -
- Ayesha said...
7 Mac 2012 pada 3:01 PTGtu la...sedih kot..
Catat Ulasan