cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

syahadah gadis ateis

salam..ini pula buku yang mengambil masa paling lama untuk aku habiskan..sampai sekarang aku belum selesai membacanya..kalau nak dibandingkan dengan buku Harry Potter, buku ini lebih sedikit muka suratnya..



aku beli buku ini sebab aku tertarik dengan tajuknya..aku juga bertambah yakin untuk membeli buku ini setelah membaca pandangan beberapa penulis buku lain yang dipaparkan di bahagian kulit belakang buku ini..

buku ini bukan seperti buku2 lain..aku mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan novel ini adalah kerana aku tidak mahu terlepas walau satu muka suratpun maklumat yang diberikan dalam buku ini..aku perlu mencari masa yang sesuai untuk membaca buku ini memandangkan kandungannya bukanlah fiksyen atau direka tetapi yang nyata dalam Islam..buku2 ku yang lain yang bergenre fiksyen lebih senang dihabiskan dan boleh dibaca bila2 masa kerana hanya memerlukan daya imaginasi..

banyak juga persoalanku terjawab melalui buku ini..aku sangat gembira aku dapat membacanya..santapan rohani yang sangat berkesan lebih2 lagi bagi orang2 seusiaku..

tahniah kepada penulis, Imran Haaz!

1 Comment:

  1. Ayu Parawanti Yusuf said...
    bagaimana cara mendapatkan/membeli ebook ini?

Catat Ulasan