salam..hari selasa lepas, aku buat ujian darah..semata-mata untuk isi borang matrikulasi yang akan ditutup dalam masa lima hari lagi! mula2 aku kecewa bila mama cakap yang keputusan ujian darah kena tunggu dalam sehari sebab nak kena bawak g makmal..
bila mintak pandangan abah, abah kata, "drah O la..mama kan darah O ...anak perempuan mesti ikut darah mak punya..." dengan yakin abah bagitau mama..mama pulak balas, "pandai2 ja la abah..nanti kalau salah, kita yang susah..jadi apa2 kat matrik nanti, dalam rekod, jenis darah lain dari yang sebenar.." hemm..betul jugak...
nasib baik paklang ada syorkan satu klinik ni..paklang juga yang hantarkan aku ke klinik tu..klinik ni ada lab dia sendiri...so keputusan ujian darah boleh tau dalam masa 5minit sahaja..."bagusla...lagi cepat lagi bagus.." aku sangat bersyukur..
staf2 n doktor kat situ sangat peramah...mereka boleh ikut masuk bergurau dalam perbualan kami (aku, mama, paklang)..lagipun waktu tu, kami ja yang ada kat klinik tu...so takla segan sangat..
bila masuk dalam bilik untuk start blood test, aku rasa nervous jugak..first doktor sapu satu cecair ni kat jari yang dia akan ambil darah nanti..doktor pilih jari yang lebih berisi untuk dicucuk supaya lebih banyak darah akan keluar..cecair tu sejuk..doktor guna jarum tembak (bahasa aku)..aku takut akan terkejut..kalau aku terkejut, mungkin aku akan terjerit...kalau boleh taknak la jerit..hee..
dalam sesaat sahaja, jarum dah ditembak kat jari aku..ternyata, tak sakit langsung!
aku diminta titiskan darah kat jari aku tu kat atas sekeping bod yang berkotak-kotak..dalam 8 kotak aku titiskan..setiap 4 kotak, doktor test guna 4 cecair yang berlainan..dan lagi 4 kotak prosedur yang sama digunakan untuk confirmation..after she examine the change, she said to me, "i think B+...yaa B+.."..waa as simple as that..
so,akhirnya aku dapat tau jugak apa jenis darah aku..B+...hemm..mama cakap, "nasib baik tak ikut cakap Dr Zawawi.."..aah..haha nasib baik..
0 Comments:
Catat Ulasan