cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

salam..tiba2 rasa nak share pasal sekolah lama aku ni..smk sultanah asma..aku sekolah kat sini start tingkatan 1 sampai hujung aku tingkatan 2..

okey...aku nak cerita pasal makanan kat kantin sekolah aku ni..rasanya inilah kantin tempat aku sekolah yang paling banyak pilihan makanannya..ada 4 kaunter makanan dan 1 kauter minuman..

kaunter pertama,nasi la...tapi bukan nasi goreng yang banyak2 tersusun tu..nasi putih dan segala macam lauk-pauk!kira macam nasi padang la..lauk2 dia lebih kurang 8-10 jenis la..aku selalu makan dengan telur goreng ja sebab nak jimat duit..lagipun menu ni la yang paling murah..satu ringgit ja..kalau lauk ayam la yang harga dia lebih sikit..sepinggan nasi dengan lauk ayam goreng dengan telur harganya rm2.50..ok la tu..

kat kaunter ni jugak ada macam2 minuman yang dijual dalam plastik..mintak la apa2 air, nanti lepa akan buat..tapi yang ada kat dalam menu ja la..

kat kaunter kedua pulak jual kerepek2,nutget2,sandwich..snek2,benda2 yang ringan2 la..

kaunter ketiga pula ala2 gerai burger..semua jenis burger ada..egg benjo,benjo special,daging,ayam,daging dan ayam..tapi yang tak bestnya,kena tunggu lepa masak on the spot..kalau student dah ramai,aku malas dah la nak g beli..

kaunter keempat pulak kaunter makanan berkuah..ala yang jual dalam mangkuk tu la..setiap hari lain2 la menu dia..isnin lain, selasa lain..ada bihun sup,laksa, n lain2 lagi la..aku dah tak ingat sangat..lagipun aku jarang2 beli kat kaunter ni..aku fobia...takut kuah tertumpah kat baju sekolah..hehe..

last sekali,kaunter minuman..kat kaunter ni,ada 2 atau 3 minuman yang dah dibancuh terlebih dahulu dalam bekas besar..so nanti kita ambil sendiri la air tu..lepas tu bayar..cawan dah disediakan kat situ..50 sen ja..

erm...kalau nak beli coklat2,wafer(betul ka eja macam ni?),biskut,air kotak,air tin,air botol,,,boleh g beli kat koperasi..kat koperasi sekolah aku ni,bukannya jual ada kaunter tu,yang ada orang jaga,kita kena gtau kat lepa benda apa yang kita nak pastu lepa ambilkan...bukan yang tu..koperasi sekolah asma ni macam kedai la..kita masuk dan pilih la apa yang kita nak..pastu bayar kat kaunter..ada la "cashier" kat situ..hehe..

selalu kalau aku stayback, aku beli nasi goreng..waktu petang special sikit..ada jual makanan2 bergoreng..yang berkuah pun ada..tapi yang paling aku suka,nasi goreng la..memang nasi goreng dia sedap gila! makan pulak dengan sambal belacan,pergghh,memang sedap!tapi kalau siapa2 taknak sambal belacan,bagitau ja kat tukang masak tu..sambal belacan tu bubuh kat tepi nasi,bukan waktu goreng nasi..apapun,nasi goreng terbaik pernah aku makan!

well..itu la serba sedikit yang aku boleh kongsi..miss nasi goreng!

0 Comments:

Catat Ulasan