cetusan

smile.laugh.cheer.calm.peace.

kisah 2 pasangan

Salam..

Tadi kan aku p bookfair kat mines.. lpas p bookfair tu, sempatlah jugak aku ronda2 kat shopping mall kt situ.. waktu jln2 kat situlah trcetusnya idea utk tulis kisah 2 psangan ini..

Pasangan pertama. . .

Aku trserempak dgn satu pasangan ni, rasanya org arab kot.. seorang lelaki, di tangan kanannya, mepimpin tgn seorang prempuan yg sudah lanjut usia manakala di sebelah kirinya pula berpimpin tangan dgn seorang prempuan muda.. wktu mula2 aku tgk, aku ingat lelaki itu punya 2 isteri..tp bila aku bandingkan kedua-dua perempuan trsebut, aku sgt psti yg mreka bkn brmadu kerana jarak umur yg sgt jauh beza.. seorang sudah lanjut usia, brtubuh gempal dan rendah, manakala seorang lagi tinggi lampai, dan tampak cantik jelita walau aku tidak nampak mukanya kerana dia memakai niqab.. mereka brtiga jalan beriringan sambil brpimpin tgn..

Apa yg kita boleh ambil dari kisah pasangan pertama ini? Aku kagum dgn lelaki trsebut.. dia pasti seorang lelaki yg hebat agamanya.. seorang anak yg soleh dan suami yg warak. Mmg sepatutnya seorang anak lelaki mendahulukan ibunya brbanding isterinya.. dia tak lupa tggungjawabnya.. dia juga mmpunyai seorang isteri yg berniqab, mgkin juga isterinya memakai niqab atas kehendak si suami tersebut..

Pasangan kedua. . .

Pasangan kedua ini org melayu.. seorang lelaki dan perempuan. Berjalan beriringan sambil berpimpin tgn.. selalunya, apabila aku trnampak pasangan2 yg brjalan brpegangan tgn di mana2 shopping mall, fkiran aku psti diterjah dgn tanggapan yg mreka brcouple.. smemangnya aku tak boleh elak drpd brfkiran sbegitu..dan aku sdaya upaya utk brsgka baik dgn mgatakan “suami isteri kot.. “ .. tetapi, pasangan kdua yg aku tgk ni.. aku trus yakin yg mereka sudah brkahwin.. kenapa? Kerana, wanita trsebut memakai tdung labuh serta brniqab.. si lelaki pula tinggi lampai, wajah pula mmg wajah baik.. lelaki trsebut tidaklah memakai serban, brbaju melayu, mempunyai janggut pnjg, etc. dia sekadar memakai jeans dan tshirt lengan pnjg..

Sekali lagi aku kagum.. sgt jelas kelebihan wanita yg brtudung labuh dan berniqab.. jika wanita itu memakai tudung biasa, pasti aku akn mygka mereka brcouple..

Indahnya jika kehidupan rumah tangga berlandaskan syariat islam.. semuanya nampak sgt sempurna.. dua kisah ini sekadar yg brlaku di hadapan aku yg dapat aku kongsikan.. sekadar utk cetusan fikiran kita sendiri..

Sekian , assalamualaikum..

sepetang di bookfair

Salam.

Tadi aku dgn kwn2 p bookfair kat mines. Fuhh, nk p sana pun bkn main lama lagi.. ktorg kluaq dlm kul 10.30, smpai kt mines kul 12.15.. nak dkt 2jam..

Bookfair ni buat kat dlm satu hall besar. Buku2 smua disusun atas meja mgikut genre buku.. memang ramai sgt..but takla sesak mana, coz hall tu mmg besar..

buku2 yg dijual smuanya bku2 bhasa inggeris.. buku2 bhasa melayu ada juga, tapi sangatlah sdikit.. dalam 2% ja.. itupun bku novel lama2.. takdak pun alaf21, js , bku prima.. mmg bku2 terbitan lama.. buku lama bknlah brmaksud bku terpakai.. smuanya masih baru cuma sudah lama dtrbitkan..

hampir smua bku hrganya murah.. yg paling murah aku tgk rm6.. buku2 hardcover pun hrga belas2 ja.. mmg bookfair ar.. aku beli 5 buah bku shaja.. smuanya bku novel fiksyen inggeris.. harga keseluruhannya, rm38 .. rm38 utk 5buah buku, sgt murah!

Kat sni aku nk highlight skit.. aku sgt berbangga dgn rakyat Malaysia! Hehe.. napa tiba2 patriotik semacam? Sebab...... rata2 pgunjung bookfair ini mmbeli buku2 dalam jumlah yg sgt byk.. aku tgk mmg ada org beli smpai 20lebih bku.. mmg rmai yg pegang kotak n galas beg sdiri smasa mmilih bku2 yg ingin dbeli.. kotak2 itu mmg dsediakan di sni.. mmg aku kagum dgn rakyat Malaysia! Siapa kata rkyat Malaysia hya bca 2buah bku stahun? Hehe..

Ok itu sahaja cetusan kali ini.. assalamualaikum..

Salam. Hehe..

Aku sekarang dalam proses mencari sepasang baju pengantin.. hemm, nak cari yg macam mana eh? Hari sabtu lepas aku dgn kawan2 ada pergi area jalan tar. Ada banyak juga baju2 pengantin yg lawa.. hemmm, tapi macam dah biasa sangatlah design2 macam tu.. aku tak suka sangat.. kalau dah takdak yg aku berkenan, aku design sendirilah..yes betul! Aku akan design sendiri baju pengantin aku..

Kenapa Ayesha nak cari baju pengantin ni? dah nak kahwin ka? Ish ish ish.. baru ja masuk belajar dah fkir nak kahwin..

Hee.. of course NO! takdak masa nak fikir pasal kahwin pun aih.. ok sebenarnya ini merupakan salah satu tugas yg aku perlu lakukan untuk subjek English. Madam mintak ktorang ambil gambar wedding dress ibu masing2 .. tapi, macam mna nak ambil gmbar kalau ktorang tak balik rumah? Jadi, bagi yg tidak pulang ke rumah, kami dikehendaki design and lukis sendiri wedding dress yg menjadi idaman kami.. well, for the boys, drg kena design wedding dress yg drg nak bakal isteri drg pakai.. semua ni untuk presentation nanti..

So, aku pun tak balik rumah, dan aku tak bolehlah nak ambil gmbar wedding dress mama, jadi terpaksalah aku design sendiri wedding dress yg menjadi idaman aku.. aku mmg rujuk kat internet utk design baju pengantin aku.. jenis2 fabrik yg digunakan pun aku perlu tahu..

Well, hari jumaat ni kena present.. design dah siap.. tapi tak mau tunjuk dlm blog ni.. huu, malunya nak crita pasal ni depan kelas.. mesti blushing nanti.. -__-

Hee.. k assalamualaikum..

fenomena tarian kuda

Salam.

Kalau cakap tarian kuda, for sure la semua org terfikir tarian kuda Psy, artis dari Korea tu kan. Hemm.. mmg tarian kuda ni dah serang satu dunia. Ia dah jadi ikutan semua orang, dari org2 besa mcm kita ni, artis2 serta ahli2 politik berpengaruh dunia termasuklah Barack Obama dan David Cameroon. tengok sajalah jumlah tontonannya di Youtube, sudah menghampiri 800 juta tontonan. Dan tentunya, ramai yg memuat naik video tarian kuda masing2, ada KL style, kampong style.. haih macam2lah, mmg banyak..

Kalau dari sudut positif, mungkin kita boleh berbangga dgn pencapaian Psy ini. Dia brjaya menembusi pasaran hiburan seluruh dunia, hanya dgn tarian kudanya itu.. mungkin inilah pencapaian terbesar yg pernah diperoleh oleh seorang artis Asia. Bukan sahaja dia dijemput membuat persembahan di merata dunia, malahan pernah dijemput memberi ucapan di Universiti Oxford! Dan niat beliau utk mmbuktikan yg rupa bknla segala-galanya utk popular dan berjaya dlm dunia hiburan tercapai juga dgn kejayaan lagu Oppa Gangnam Style ini.

Hemm.. walau macam mana obses pun org lain terhadap lagu Psy ini, aku ttp dgn pendirian aku yang ..... aku TAK SUKA lagu Oppa Gangnam Style, aku TAK SUKA Psy, aku TAK SUKA tarian kuda tu langsung!! Huh!

Aku mula familiar dgn lagu ni bila kwn2 dok nyanyi, dok tgk kat youtube.. classmate laki pun dok nyanyi lagu tu dlm kelas.. mula2 aku cam fkir , “ouh lagu tu yg tgh meletup skg, ok xkisahla..” at least aku rsa cam aku kna amik tau gk la, nnti bila kwn2 or adik2 crita, xdakla aku trpinga2 sgt.. tapi aku mmg takdak niat lgsg nk search pasal lagu tu, lebih2 lg nk download lagu tu..

Bila dh lama skit, ada pulak org post dlm facebook kata lagu ni haram, sebab tarian kuda tu mcm mghina Nabi Muhammad.. ouh? Aku terkejut juga..btulka? hemm..so aku buat kputusan utk tgk video klip lagu ni utk betul2 pastikan adakah itu benar.. itulah kali pertama aku tgk video klip lagu ni.. bila dah tgk btul2, dari mula smpai hbis... hemm takdakla pulak mcm apa yg dlm fb tu ckp.. but aku tak pastila.. mgkin aku tak nmpak apa yg drg nampak..

Bagi aku, tak kisahla tarian kuda dlm lagu ni haram ke tak, yg paling penting sekali, aku rasa tarian kuda tu sendiri yg agak tak sopan n tak senonoh, in rough word, lucah! Aku tak phm sgt2 knapa ia boleh menarik perhatian org2 kat dunia ni utk tiru tarian kuda tu.. sgt menjengkelkan! Dan lebih menjengkelkan lg, di rncgan2 dan majlis2 anugerah yg ada kt Malaysia ni mcm Anugerah blockbuster, Maharaja Lawak Mega, Anugerah Skrin, etc, mesti ada ja persembahan yg menarikan tarian kuda ni.. myampah tgk! Yela, kita org melayu, ada budaya, ada agama.. nk menari terkangkang-kangkang mcm tu..haihh sgt tak sopan..

Baiklah setakat tu ja cetusan aku utk post kali ni. Wassalam..

rawatan tradisional

Salam..

Aku dah sembuh! Alhamdulillah, campak dh hilang..

Sepanjang aku kna campak ni, aku bukan gna ubat klinik sja, tapi prubatan tradisional pun ada..hehe..mama buat macam2 “treatment” kt aku ikut petua org2 tua..

Aku kna campak halus ja, so aku tak ikut btul2 sgtla pantang2 yg spatutnya aku kna ikut.. campak halus ni takla seteruk campak besar..campak halus ni akan serang bahagian muka dulu, and akan merebak sampai ke tapak kaki..bila dh sampai tapak kaki, barula campak tu akan beransur2 hilang..

Ni semua mama sruh aku jaga..org campak tak boleh kna hujan..kalau kna hujan, nnti bila dh sembuh, parut tak hilang..tak boleh mkn benda gatal2, macam sotong, udang, kropok2, hemmm banyaklah..kalau rasa gatal2, jgn garu, nnti parut..haa lg satu, orang kna cmpak ni tak boleh dok belek2 muka kt cermin, nnti lambat baik..hee yg ni yg paling pelik aku rasa..

Ouh ya, kalau rasa gatal, jgn garu..mama aku bagi kt aku daun mambu (taktau btul ka tak ejaan), guna daun tu utk garu..hee..adik aku siap ckp kat aku, “ni nak bomoh apa pulak ni?” ..haha..tak boleh pakai bedak, tak boleh sabun, tak boleh shampoo selagi tak sembuh..mmg org kna cmpak bau hanyir skitla..kalau nak mandi, mama campurkan perahan air daun mambu campur dgn air beras untuk aku mandi..mama siap gntung daun mambu kat pintu bilik aku..daun mambu tu nnti akan serap wap2 dlm bilik aku yg dah “diserang” virus campak yg aku bwk ni..kat atas katil pun mama sruh aku letak..

Ok..bila campak dh btul2 hilang, barula boleh jalankan proses terakhir, iaitu “membedak”..mama blend daun mambu, pastu campur dgn bedak sejuk..mama suruh aku sapu satu badan..mama ckp , kalau tak “bedak”, bila kna hujan akan lekat ksn parut..aku sapu sebelum aku tido..so esoknya, barulah aku boleh sabun, and pakai bedak mcm biasa..

Jujur aku ckp, kalau mama tak buatkan semua tu utk aku, aku mmg brgantung harap kat ubat klinik ja.. smua petua2 and pantang2 yg mama bgtau aku adalah perkara baru untuk aku.. smuanya aku tak pernah tau pun sblum ni..

Aku sekarang betul2 sedar akan kepentingan perubatan tradisional.. sememangnya pengiktirafan perubatan tradisional oleh kerajaan sebelum ini adalah wajar.. di sesetengah universiti di negara kita juga ada menawarkan kursus perubatan tradisional.. kadang2 perubatan tradisional ni lebih mujarab dan lebih cpt kesan penyembuhannya..memang wajar utk kita tahu pasal petua2 yg org2 tua kita pesan terutama berkenaan petua utk rawatan ssuatu pyakit..

hee tima kaseh sgt2 kat mama..

campak?

Salam..

Habis dah cuti sem 1 , masukla blajaq utk sem 2 pulak..hari ahad,11hb nov, parents hantaq balik masuk uia..hee kalau sem 1 dlu duduk kt blik kcik, kali ni dpt bilik bsaq pulak! 2Kali gnda dripada bilik dulu..Hee..satu bilik ttp 4org..dlu katil 2tgkat, kali ni katil sorg satu..gmpak!

Lpas kmas2 brg masuk dlm locker, aku pun rehat2la smbil mgadap laptop.. tapi, badan ni dok rasa cam panas..haih demam rupanya.. lpas mgrib, aku mkn ubat..alhamdulillah, lpas tu suhu bdn dah mkin trun..legaa..

Hari isnin , aku start p kls cm besa..dlm kls tggu lecturer tak masuk2..rupanya kls blum start lg arini..so, takdak kls la the whole day..nak buat apa eh hari ni?? Hemm, laptop ja la nmpaknya..

Hemm, aku tgk cermin..napa muka aku ni mcm menggerutu eh? Macam mkin byk pulak naik biji2 kat muka..nak kata jerawat,hemm bukan jerawat..nampak mcm ruam..aduyai, takkan sbb salah pilih cleanser? Hemm, tak kisahla.. aku p amik wuduk utk solat asar..basuh tgn, kumur, basuh hdung, muka, bsuh tgn..eh2.. knapa kt tgn aku mcm ada bintik2 merah ni?? Bukan satu dua tapi byk pulak tu..aku periksa pulak tgn lg satu..eh ada jgkla! Knapa ni? Aku kna cmpak ka?

Aku balik bilik, smbhyg mcm biasa tapi hati still tak keruan..tanya kawan, kwan pun tak psti..drg ckp mybe allergic..aku cek lg kt crmin, kt bhagian tgkuk pun ada..tak boleh jdi ni..aku trus siap2 g klinik.. hemm doktor ckp allergic.. aku tak puas hati sbnarnya..takkanla allergic? Hemm okla mcm tu.. aku sapula ubat yg doktor bg tu..

Waktu mlm, aku call mama.. aku gtaula kat mama apa yg jd.. mama pun mcm tak confident, so mama kta nk mai esok..lgpun esk kan cuti deepavali, takdak klas..hee ok!

Bgun pagi esok, bintik2 merah bkannya makin brkurang, tapi makin banyak! Sekarang bintik2 tu dah sampai lutut! Semalam takat pinggang ja..haih tak boleh jadi ni..bila mama sampai, fuhh mmg lega rasa.. bila mama dgn abah cek, hahh memang sah! Aku mmg dah kna campak! Mama ckp ni campak halus..campak ni mmg mula dri muka, and akan trun smpai tapak kaki..mama cpt2 sruh aku p kms brg, nak amik aku bwk balik..yela, brjgkit pulak dgn kwn2 kalau aku stay..so aku pun cpt2 kms brg utk balik rumah..

Hee, best dapat balik! Ari rabu ada klas tp still blum start blajaq..aku lega jgkla..ari khamis cuti maal hijrah and ari jumaat pun takdak kls..so, bolehla aku cuti sampai ahad nnti.. campak bukannya lambat nk sembuh..lega rasanya..

untitled

Salam.

Aku msuk cfs iium awal bulan jun 2012. Aku dapat buat asasi kt uia pj ni setahun, so aku sgt2 bsyukur..dalam stahun, aku ada 3 semester, 2 semester panjang dan 1 semester pendek..

sem 1 , aku amik subjek graphic communication 1 (gc), economics, math, basic themes of al quran (btq), quranic language (arab), built environment (ibe) dgn study circle..

subjek gc ialah subjek studio, satu2nya subjek yg mmrlukan aku lukis. Lukis plan rumah smua tu dlm subjk ni la..math mcm besala.. econs, subjek yg baru untuk aku coz waktu spm dlu aku tak amik pun ekonomi asas..aku agk struggle gk utk fhm topik2 dlm sbjk ni..btq,macam sbjk agama, but sbjk ni mmg lebih mndlam dri subjek agama kt sekolah..sbjk ni lebih byk mndedahkan kpd pelajarnya ttg ayat2 quran dan hadith2 yg brkaitan dgn ssuatu topik tu..

arab, wlaupun aku takdak basic tapi aku sgt2 enjoy blaja arab..sbjk yg paling tak stress fikir..ibe pulak, sbjek membaca dan mghafal..blaja sal alam sekitar n profesion2 yg sealiran dgn architecture..mmg byk bnda nk kna bca n hafal..

study circle, sbjk ni tak dikira dlm pointer, lebih kpd subjek kokurikulum..setiap mggu diselang selikan antara blajar dgn usrah..waktu blajar, mcm blajar btq jgk..waktu usrah, jmpa kak fc..aku dpt kak fc yg sgt sporting, so bila time usrah, dia akan buat games..kdg2 borak2, tgk video, mkn2..hee..depends on kak fc tu la apa aktiviti yg dia nk buat..dan selebihnya, subjek ni kna hafal hadith2 dan ayt2 quran berserta dgn maknanya skali..

waktu mggu sblum final exm, mmg tido tak tntu masa..alhamdulillah, exm ok..habis exm habisla sem 1 and dptla cuti 2 mggu..start cuti sem waktu raya aidiladha lepas..result final exm pun dapat waktu cuti..huu takmau share kt sni..

so, skrg dah mula sem 2. Sem 2 dah mula dri isnin mggu lps, 12hb nov...sem 2 ni short sem ja..so sem ni blajaq smp akhir bulan 12 ja..sekejap sgt..utk sem ni, aku amik sbjk statistics dgn English..hee..aku hrap sgt dpt usaha dgn lbih brsungguh2 sem ni..insyaallah2..

dulu dan sekarang













kaabah


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

buah hati baru!


si kecil ni namanya Iman Fayad..hee adik sepupu aku..gerammm!!

buku baru!!


Salam….aaaaaa!!! buku baru!!! Hari sabtu lepas aku p kdai buku.. dah lama sangat sebenarnya tak p kdai buku.. niat ni asalnya nk p cari kamus arab ja.. but niat sampingan tu nak cari jgk buku2 yg dah lama aku fikir nk beli.. aku ada buat snarai tau buku2 yg aku nak sgt beli.. heheee..

Aku p kdai buku kt pandan jaya.. nama kdai tu MEHRAJ.. rasanya tak ramai yg tau kdai ni sbb dia dlm kwasan prumahan.. tapi kdai ni mmg teramat-amat-amat-amat bykkkk buku.. aku masuk kdai ni mmg rambang mata.. nasib baikla duit dlm poket tak brapa nak byk.. kalau ada rm1000, dah lama aku joli semua buku yg aku tringin nk bli..

Ok.. aku beli 3 buah bku kt sini.. buku prtama , ini dia…


Kamus arab oxford yg dah lama sgt aku nk bli..sebelum ni aku dok pnjm kmus arb kwan aku ja..klu tgk kt bhagian pnulis tu, ada nama “Khairul Amin Mohd Zain” kan? Itulah ustaz yg ajr kls arb aku..hehe promote skit..ok bku kdua yg aku beli ialah…

Hehe..buku pak latip…Mustafa Kamal Ataturk..aku dah makin jatuh cinta dgn karya pak latip ni sjk aku bca buku “Sultan Muhammad Fateh”.. aku dh tekad nk kumpul bku2 karya pak latip ni.. maybe kita akn rasa buku2 tokoh ni boring, mcm bca bku sjarah.. but pak latip sgt kreatif. Pak latip tulis buku2 pasal tokoh ni mcm tulis buku novel.. ada dialognya..mmg mcm bca buku novel.. so kita takkan boring lgsung..

Dan bku terakhir ialah buku “Travelog Luka Air Mata Syria”.. aku sgt berminat untuk ktahui lbih lanjut pasal apa yg terjadi kt Syria..aku dah surf internet cari pasal isu Syria ni but aku still tak puas..aku mmg nk tau sedetail-detailnya apa yg jadi kt sana sbnrnya n aku hrap buku ni dpt mnerangkan sgala-galanya..




Aku still tak berkesempatan nk baca buku2 yg aku beli ni sbb minggu ni aku dah nak start exm..so hbis exm nnti aku akn start baca..wahh, tak sabar dah! K till then.. salam..



Salam.. dah lama tak update blog.. harini aku update blog aku smata-mata untuk share pasal sbuah buku yg aku bru sja hbis bca dua mggu lps.. buku Sultan Muhammad Al-Fateh karya Abdul Latip Talib atau lebih mesra dgn panggilan Pak Latip.. Pda mulanya aku tak pernah teringin pun nk bca atau nk bli bku2 yg spesifik pasal seorang tokoh shaja..aku lebih suka buku yg lebih luas skop dia..tapi mmndgkan topik presentation untuk Study Circle (group usrah) ialah mengenai tokoh , dan group aku pulak dh sepakat nk buat pasal Sultan Muhammad Al-Fateh, aku pun bacalah buku ni untuk fahami lbih lanjut mengenai beliau.. Ternyata bku ni sgt menarik! Lpas bca pun smangat still berkobar-kobar.. jgn fikir yg buku ni ditulis dalam bentuk sejarah atau fakta yg membuatkan kita bosan, tetapi buku ni dtulis mgikut gaya bahasa sebuah novel.. ada perbualan, dialog.. mmg mcm sebuah cerita..sgt best dan tak bosan lgsg bca bku ni.. kalau nk tau lbih mndalam, knalah beli buku ni.. sgt berbaloi..

i am muslim

salam.. aku bukanlah hendak bersifat perkauman mahupun menanam benih-benih kebencian..tetapi inilah realiti yang berlaku kepada umat islam sekarang.. walau apapun yang terjadi, tetap sayang islam selamanya.





























~sumber: perkongsian email~

fikir-fikirkan



sama-samalah kita bermuhasabah diri..

number one for me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that
I would make it up to you

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
number one for me

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you

There is no one in this world
That can take your place
I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

~edited from Maher Zain's Number One for Me

>> dedicated to my dearest Mama and Abah :) I will always love you..

dari mata ke hati

mataku memandangmu,
ekor mataku melewati kelakuanmu,
kelibatmu kuperhatikan,
sesaat cuma , mataku kularikan..

sesalku tidak terhingga,
sesalku menyesak minda,
aku sekadar menundukkan muka,
mataku kupejamkan,
tanda hati tidak keruan..

buat pertama kalinya,
matanya bertemu mataku,
mataku terhenti di matanya,
tidak berkelip,
tidak bekerdip..
matanya seperti mahu memberitahu,
mataku seperti mahu bertanya,
tetapi tiada suara,
masing-masing membisu,
walau pandangan terhenti lama..

dia seperti mendekati,
aku sekadar memerhati,
akhirnya..
masing-masing melayan fikiran sendiri..

matanya memandangku,
mataku melewati matanya,
matanya dilarikan,
mataku sekadar ditundukkan..

matanya memandangku,
mataku tidak hiraukan,
sekadar senyuman kuhadiahkan,
walau mata tiada pertemuan..

mataku memandang, ingin menyapa,
matamu tiada perhatian,
berlalu begitu sahaja..

mataku memandang,
matanya juga memandang,
matanya menyapa,
mataku mengiya,
senyuman terukir akhirnya..


~ Kisah Hati Adam dan Hawa



Sebarkan Cinta-Mu

salam..ini pula buku yang baru sahaja aku beli..sememangnya sudah lama 'mengidam' nak baca buku ni..alhamdulillah, aku berjaya juga miliki buku ini..

buku ini bukan sekadar novel biasa yang memaparkan kisah percintaan antara lelaki dan perempuan atau kisah percintaan pasangan selepas kahwin..ini sebuah novel tauhid di mana setiap helaian terselit unsur moral dan pengajaran selain nasihat yang kita perlukan sehari-hari..tambahan pula, terdapat kisah-kisah teladan serta panduan daripada sunnah dan hadis Rasulullah s.a.w.

inilah bukunya...hee tak sabar nak baca!



salam..ini satu lagi buku yang aku baru habis baca..sangat informatif..penuh dengan fakta dan statistik..yang pasti, semuanya berkenaan lelaki dan perempuan..

berkobar-kobar

Salam..hari ini 31hb Mei.. Aku akan melangkah ke Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya pada 4hb Jun ini..lebih kurang 4 hari sahaja lagi..

baru-baru ini aku ada berkunjung ke sekolahku, mengambil kesempatan yang ada sebelum bermulanya cuti sekolah untuk bertemu guru-guruku..aku sempat meluangkan masa bersama beberapa orang guru yang pernah mengajarku..bertanya khabar dan sudah tentunya ingin memohon keizinan dan restu mereka sebelum aku bermula fasa baru pembelajaran..dan tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka walau ucapan terima kasih itu sangat kecil maknanya berbanding jasa yang telah mereka taburkan..alhamdulillah, melihat mereka gembira untukku, aku semakin bersemangat untuk memburu kejayaan di tempat baruku nanti..

rakan-rakanku sudah bertolak ke tempat belajar masing-masing bermula 27hb lepas..kebanyakannya akan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi..ada juga yang akan mula mendaftar di pusat asasi masing-masing pada tarikh yang sama..awal juga ya..memikirkan mereka yang sudah memulakan pengajian, aku pula yang semakin berkobar-kobar menunggu hari pendaftaran di CFS IIUM nanti..

aku sudah lama berehat..sudah lama bercuti daripada menelaah pelajaran, daripada stay-back belajar di sekolah, daripada bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah, daripada pening kepala memikirkan tajuk-tajuk pelajaran yang sukar, daripada pecah otak menghafal segala macam isi pembelajaran..otak ini sudah lama dibiarkan bercuti..sudah berkarat barangkali..sudah lama dibiarkan tidak diasah dan tidak dioperasi..

sudah tentu setelah berbulan-bulan tidak melakukan semua itu, aku sudah tidak sabar untuk melakukannya semula..aku rindu sangat-sangat untuk belajar semula..aku rindu untuk menjadi orang yang sibuk lagi..rindu untuk berkejar ke sana sini demi menyiapkan sesuatu tugasan..ahhh aku sudah tidak sabar! lebih kurang seminggu lagi, itulah permulaan fasa baru yang aku nanti-nantikan..walau mungkin suasana belajar di sana jauh lebih mencabar dan sudah pastinya jauh berbeza daripada suasana belajar di sekolah, itulah yang membuatkan diri ini semakin berazam untuk melakukan yang terbaik..

penerimaan keluarga

Salam..aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajianku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam program Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar..aku akan belajar di kampus Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia (CFS IIUM), Petaling Jaya..

alhamdulillah, aku terima tawaran ini dengan hati yang sangat terbuka..tawaran ini nyata lebih meyakinkan aku untuk mendalami kursus senibina dan membuka peluang untukku menjadi seorang arkitek suatu hari nanti insyaAllah..

aku menyingkap kembali kenangan sewaktu kecil di mana apabila dikehendaki menulis tentang cita-cita, selalu sahaja bertukar-tukar..tidak pernah sama..kadang-kadang hendak jadi doktor, mahu buka farmasi, jadi pensyarah, jadi penulis malahan pernah juga terfikir untuk menjadi seorang peladang buah-buahan..dan sudah tentunya, arkitek juga pernah menjadi pilihan cita-citaku..

ibukulah insan pertama yang kukhabarkan tentang tawaran ini..dan dia jugalah insan yang paling teruja dan gembira untuk mengetahui berita ini..sambil menyatakan kesyukuran dan mengucapkan tahniah, beliau memelukku sekuat hatinya..beliau nyata lebih teruja jika dibandingkan dengan diriku sendiri..aku terharu jadinya..

setiap kali bertemu dengan saudara mara, pasti aku ditanya perihal perkara tersebut.. “macam mana?” , “dapat mana” , “bila masuk?”..dan apabila aku menjawab segala soalan mereka, ternyata mereka juga gembira dan mengucapkan tahniah kepadaku..aku sangat gembira dengan penghargaan yang telah diberikan..namun, kadangkala terdetik juga di hati ini mengapa mereka begitu gembira seperti aku ini diterima masuk belajar di universiti luar negara saja..heee..

walaubagaimanapun jua, aku bersyukur mempunyai mereka sebagai keluargaku..aku sangat-sangat bersyukur..insyaAllah itulah yang membuatkan semangat ini semakin membara untuk belajar sehabis baik dan mencapai keputusan yang cemerlang..semoga ini menjadi permulaan yang baik dalam mencorak kerjayaku di masa hadapan..

Beduk Diketuk

Salam..aku selalu mengikuti segmen Beduk Diketuk dalam majalah SOLUSI..aku sangat meminati segmen ini..baru-baru ini, ayahku membelikan buku Beduk Diketuk untukku..aku gembira tidak terhingga! Terima kasih Abah! Buku Beduk Diketuk ini mengumpulkan kembali semua hasil penulisan Beduk Diketuk dalam majalah SOLUSI..inilah bukunya..



Aku gembira kerana aku berpeluang memiliki buku ini untuk dibaca..buku ini mengandungi berpuluh-puluh kisah mengenai masyarakat Islam yang harus menjadi tatapan semua terutama umat Islam yang berada di dunia akhir zaman ini..

Buku ini membawa perspektif berbeza, malahan kadangkala diluar dugaan..ia benar-benar menjana minda yang lebih terbuka namun tetap kritis dan terperinci..minda kita seperti beroperasi apabila membaca buku ini..

Buku ini memerlukan kefahaman kita sebagai pembaca untuk menghayati sesuatu kisah yang dipersembahkan..benar, ia suatu sindiran dan kritikan sosial yang sangat berkesan yang dipersembahkan hanya melalui dialog antara dua pihak..tahniah kepada penulisnya, Imam Global..

menggapai impian



Salam..sudah lama tidak kemaskini catatan mengenai diriku..

Baiklah, baru-baru ini aku telahpun ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina..aku gembira untuk menerima tawaran ini..sebelum ini, aku sendiri tercari-cari apakah bidang pengajian yang sesuai dengan identiti dan minatku..apabila ibuku mencadangkan bidang senibina, aku jadi ragu-ragu..aku sendiri tidak pasti dan tidak yakin akan kemampuanku untuk mendalami bidang itu..

namun, setelah aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, aku kembali yakin dan bersemangat..mungkin benar kata ibuku selama ini..dia jugalah yang lebih mengerti dan memahami diri aku berbanding aku sebagai empunya diri..terima kasih Mama..

Besar hasrat ibuku untuk melihat aku berjaya dalam bidang pengajianku ini..katanya, “bolehlah sambung cita-cita Pak Teh..” Aku tersenyum.. “InsyaAllah..”

Pak Teh, iaitu bapa saudaraku, pernah melanjutkan pengajian dalam bidang senibina..beliau telah ditaja untuk belajar di Wisconsin, AS..pengalamannya sebagai bekas pelajar senibina terserlah lebih-lebih lagi dalam tulisan dan lukisannya..namun, beliau tidak memegang jawatan arkitek pada masa ini..beliau memilih untuk menjadi seorang pramugara..sehinggalah sekarang..

Pesanan Pak Teh kepadaku, “kalau course architecture ni, memang kat studio je la..jarang-jarang la boleh outing, party-party, gathering ke..studio dah jadi rumah kedua…”

“budak architecture pun macam doktor jugakla..duduk dengan geng dia jaa..takda masa nak join benda lain..”

“kalau tak minat nak belajar senibina, susahla..minat tu kena ada jugak..”

“banyak projek kena buat..kadang-kadang satu hari tu kat studio ja..”

fuhhh..apabila mendengar cabaran-cabaran yang bakal aku lalui, aku jadi lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik..aku gembira kerana aku ada seseorang yang boleh aku tanyakan pendapat dan pesanan untuk aku lalui pengajianku sebagai pelajar senibina..

InsyaAllah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citaku sekarang untuk menjadi seorang arkitek dan cita-citaku untuk membanggakan kedua ibubapaku..

Kata Saidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud :

"Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Orang tua itu berkata kepadaku,

"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.”

"Benar.” jawabku.

"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”

"Benar.” ujarku lagi.

"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?”

"Benarlah begitu.” tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?”

Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.”

Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.”

Maka sesudah dia berkata itu, aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!”

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku.

Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana menguruskan perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?”

"Boleh sahaja.” jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata,

"Adakah engkau tahu apa yang sudah terjadi?”

Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?”

Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.”

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya, aku pun mengatakan,

"Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.”

Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekalian umat!”

Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?”

Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.”

Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?”

Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!”

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?”

Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.”

Akhirnya aku berkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.”

Demikianlah kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Dan benarlah menurut riwayat, beliau merupakan lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.

BERSIH 3.0

Salam..baru-baru ini, negara kita khususnya arena politik, panas dengan isu BERSIH 3.0..ini bukan kali pertama demonstrasi BERSIH diadakan..namun apa yang berbezanya kali ini, BERSIH 3.0 seperti tersasar daripada matlamat sebenar ia diadakan..perhimpunan dan demonstrasi secara aman yang dijanjikan oleh pihak penganjur BERSIH namun rusuhan dan keganasan pula yang mengambil tempat..di sini, aku sekadar ingin menyuarakan pandanganku mengenai hal ini..

Menurut pandanganku, keganasan yang dicetuskan oleh para penyokong BERSIH 3.0 ini benar-benar seperti perbuatan manusia yang tidak bertamadun..jika difikir menurut akal yang rasional, penganjuran BERSIH 3.0 ini seperti tiada motif, tiada matlamat dan tiada hala tuju..ia sekadar suatu tunjuk perasaan marah dan tidak puas hati terhadap kerajaan persekutuan dengan terpekik terlolong sepanjang jalan, berteriak sesuka hati, memaki hamun kerajaan, dan memusnahkan kemudahan-kemudahan awam..

Aku berasa sangat malu dengan apa yang terjadi ini..keganasan yang tercetus ini sekadar menampakkan masyarakat kita yang pendek akal dan tidak berfikir panjang..aku fikir, dengan pembangunan pesat yang berlaku di negara kita, begitu jugalah yang akan terjadi kepada pemikiran masyarakatnya..namun, ternyata aku silap besar..kemajuan yang dicapai ternyata membuatkan orang yang bodoh bertambah ramai..aku kira, rusuhan 13 Mei suatu masa dahulu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita..dari situ jugalah Rukun Negara kita dihasilkan..

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Bagi orang yang benar-benar mencintai negaranya serta menghayati sejarah, setiap bait ayat ini adalah sangat bermakna demi mencapai perpaduan dan keamanan dalam masyarakat..apabila keganasan BERSIH 3.0 tercetus, ternyata mereka tiada langsung perasaan sayang kepada negara malahan merekalah orang-orang yang buta dan tuli sejarah..kanak-kanak juga mengerti keperitan yang dihadapi penduduk Malaya suatu masa dahulu..inikan pula mereka yang sudah mencapai tahap usia matang yang menjadi penyokong perhimpunan tersebut..sewajarnya mereka mempunyai fikiran yang lebih matang daripada kanak-kanak..atau adakah sememangnya tahap kematangan fikiran anda lebih rendah daripada kanak-kanak?

Sekali lagi aku mengeluh..mengapa boleh jadi begini? Mereka berkata bahawa inilah hak asasi dan kebebasan bersuara/demokrasi..namun jika kebebasan itu tidak dikawal malahan digunakan untuk menghancurkan negara, mencederakan orang ramai, dan merosakkan kemudahan awam, saya berani kata yang mereka dungu..dan saya juga berani berkata bahawa ini bukanlah sesuatu yang dianggap kebebasan bersuara tetapi merupakan cubaan untuk merobek keharmonian dan kemakmuran negara serta melumpuhkan ekonomi masyarakat..jika dilihat kesan jangka panjang, ia juga mampu melumpuhkan ekonomi negara..

Ekonomi masyarakat yang terjejas teruk sudah semestinya para peniaga serta pemandu teksi..aku sangat mengerti kehidupan golongan sebegini..bapa saudaraku sendiri merupakan pemandu teksi..itu sahajalah mata pencariannya sehari-hari..hasil yang diperolehi hari itu, itulah yang digunakan untuk perbelanjaan harian keluarganya..ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..jika tiada penumpang pada hari itu, terpaksalah mereka sekeluarga berjimat dalam menggunakan wang yang ada dalam simpanan mereka..

Jika tidak setuju dengan kerajaan sekalipun, aku rasa ada cara yang lebih baik daripada mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan bantahan.. Perdana Menteri kita sendiri mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan oleh rakyatnya melalui laman maya..bukankah itu lebih menyenangkan?

Sejujurnya, aku sememangnya tidak menyukai orang-orang yang menggunakan keganasan dan cara-cara yang tidak bermoral demi menyelesaikan masalah..tidak profesional langsung! Aku juga kasihan dengan pihak polis serta wakil media yang diserang tanpa belas kasihan..mereka memukul, menendang, menengking, melempar botol dan sebagainya terhadap pihak berkuasa..mereka tidak lain seperti kumpulan samseng dan gangster..sememangnya wajar mereka dikenakan tindakan tegas kerana telah mengancam dan menyerang pihak berkuasa, mencederakan orang awam iaitu wakil media serta merosakkan kemudahan awam..pihak polis tidak patut dipersalahkan kerana mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang..walaupun dimaki hamun dengan teruk, mereka tetap bersabar dalam mengawasi sekitar Dataran Merdeka tanpa melakukan apa-apa serangan balas terhadap peserta-peserta perhimpunan..apabila para peserta BERSIH 3.0 ini mula bertindak ganas, barulah pihak polis bertindak melepaskan gas pemedih mata...

Mereka tidak kenal erti syukur..negara ini sudah aman dan makmur namun mereka sendiri telah merobeknya dengan melakukan rusuhan dan keganasan ini..mana perginya akal yang rasional? Hanya akal yang dangkal serta diliputi kemarahan sahaja yang mampu bertindak ganas dan tidak bermoral..

Malu sahaja dengan pelancong asing..kehadiran mereka di sini sangat dialu-alukan kerana itu membuktikan betapa mereka kagum dengan apa yang dicapai Malaysia pada masa ini..pada masa yang sama, mereka percaya Malaysia merupakan kawasan pelancongan yang aman tenteram serta bebas daripada keganasan..namun melihatkan apa yang berlaku semasa BERSIH 3.0, sudah semestinya para pelancong asing ini telah menaruh tanggapan buruk terhadap Malaysia..dan kemungkinan Malaysia tidak lagi menjadi hab pelancongan dunia..

Amatlah buruk kesan yang dibawa oleh perhimpunan BERSIH 3.0 ini..aku berharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi..

mengapa?!

Salam..hari ini merupakan hari yang penuh dengan tekanan..tekanan demi tekanan yang menghimpit berkumpul dalam hatiku..dan akhirnya, diri ini tidak mampu lagi bertahan dan terus bersabar.. ketenangan yang aku miliki semakin rapuh dan longgar..dinding kesabaran semakin menipis..tidak disangka-sangka, aku melepaskan segala keluhan dan tekanan ini dengan mengeluarkan kata-kata berupa keluhan yang kasar di pendengaran..dan tidak semena-menanya juga, air mataku berjujuran menitis..aku tidak mampu lagi menghalangnya..aku benar-benar tertekan.. aku jarang sekali membiarkan orang lain melihat air mataku menitis keluar..biasanya, aku lebih suka bersendirian jika aku dalam tangisan..namun kali ini nyata berbeza..tekanan yang dihadapi telah menyesakkan dadaku sehingga aku sendiri tidak mampu menahannya daripada meletus! Hanya Allah sahaja tempatku mengadu dan bermohon.. Alhamdulillah setelah beberapa jam bersendirian, aku kembali lega..aku sendiri berasa kesal akan kata-kata kasar yang telah aku hamburkan.. Hanya Allah jualah tempatku memohon keampunan..

Salam..dalam tidurku semalam, aku bermimpi..aku tidak sangka langsung..selalunya, aku akan bermimpi perkara-perkara yang berlaku di sekelilingku atau perkara yang aku selalu fikirkan..kali ini, entah kenapa, aku bermimpi tentang perihal lama..perihal ini sudah lama aku lupakan..tidak kusangka langsung aku akan bermimpi perihal itu semula..aku terkejut..mengapa dia harus muncul dalam mimpiku? Perihal itu sudah lama..dia menghargaiku..aku juga gembira dan terharu..namun, aku sendiri telah melakukan sesuatu yang aku amat sesali terhadapnya..dan rasanya itulah yang membuatkan kami renggang dan tidak lagi bertegur sapa..aku sangat bersalah terhadapnya..ingin sahaja aku putar kembali masa..jikalau aku berkesempatan berjumpa dirinya, ingin sekali aku tebus kesalahanku itu..entah bila akan tiba waktu itu..aku sekadar mampu berharap..

quotes # chris rock

“ Women are like the police. They can have all the evidence in the world, but they still want a confession. “

“ Wanita itu seperti seorang polis. Mereka boleh mendapat semua bukti di seluruh dunia, tetapi mereka masih mahukan pengakuan. “

..aku sekadar tersenyum apabila aku terbaca petikan kata-kata Chris Rock ini..sememangnya benar, itulah yang wanita lakukan..

Jelas sekali, kata-kata ini merujuk kepada perwatakan wanita terutama dalam perihal hubungan dengan seseorang lelaki..contohnya, jika seseorang suami curang terhadap isterinya..si isteri mungkin sudah pernah melihat suaminya bersama wanita lain..si isteri juga mungkin pernah melihat kesan gincu atau menghidu bau minyak wangi wanita (sudah semestinya bukan bau minyak wangi si isteri tersebut) di baju kemeja suaminya..mungkin juga rakan-rakan si isteri ini sudah acap kali melaporkan perihal suaminya bersama wanita lain..

walau berbagai-bagai bukti yang jelas menunjukkan si suami sudahpun bermain kayu tiga di belakangnya, si isteri tetap tidak mahu percaya sepenuhnya..si isteri tetap tidak mahu menaruh anggapan yang bukan-bukan kepada suaminya..apa yang si isteri lakukan hanyalah menunggu suaminya berterus terang atau membuat pengakuan..apabila suami mengaku, barulah si isteri akan percaya..

Hemm..mungkin kerana sifat seorang wanita itu sendiri yang terperinci dan sensitif..hanya bukti dari sumber yang paling tepat yang dia inginkan..dan mungkin sebagai isteri, tidak wajarlah untuknya menaruh anggapan buruk terhadap suaminya.. =)

no title

salam..erm..aku takde bnda nk share buat masa ni..cuma bila dah lama tak update blog, rasa macam tak sempurna hidup..hehe..tapi aku just nk gtau, ni entri terakhir aku before aku ambil result rabu ni,21/3/2012..

sana sini candidate spm ckp pasal result..aku taktau nak cakap apa..memang tak terkata..kusut, serabut, gelisah, pening...fuhh..tapi of course, cuak! bila dah selalu sangat pikir, tido pun tak boleh..pusing kiri kanan atas tilam tapi tetap mata tak boleh nak pejam..haihh..apapun, hoping for the best untuk suma rakan2 yang seangkatan dgn aku..good luck to us..

hari keluarga PD

Salam..aku dengan family g port dickson minggu lepas..ada family day anjuran unit bahagian medic perkeso..pejabat ayah aku la..

petang tu aku sempat ambil gambar matahari terbenam dari bilik resort..tak la lawa sangat gambar ni tapi aku tetap puas hati..





malamnya pula ada dinner..tema pakaian malam tu merah putih..semua yang ada malam tu memang pakai ikut tema la..aku rasa janggal juga sebab ni kali pertama kami satu keluarga pakai baju warna sama..hee..





majlis malam tu ikut tatacara majlis macam biasa la..ada bacaan doa, ucapan orang2 atasan..macam2 la makanan yang disediakan..nasi goreng, steak, ayam panggang..more to western style la..ada juga cabutan bertuah..keluarga kami dapatla bawa balik seterika malam tu..ada yang dapat tv..best betul drg..ada persembahan kumpulan dan diakhiri dengan karoeke..aku dapat pengalaman yang berbeza sangat malam tu..apapun, aku gembira..lebih kurang jam 12 baru kitorang balik bilik..

esoknya, sebelum balik KL, kami sempat g muzium tentera darat..mula2 rasa macam malas nak singgah..aku rasa macam boring ja tempat tu..aku fikir semua pasal askar2 ja yang ada kat muzium tu..tapi bila dah masuk ke tempat tu, aku pulak yang jadi orang paling banyak ambil gambar..hehe..

kat sini, ada berbagai2 replika kenderaan yang digunakan oleh tentera2 kita ni dari dahulu sampai sekarang..





kat sini rupanya mempamerkan juga tentang kesultanan melayu melaka dahulu termasuklah tentang penjajah2 negara kita..ooohh..











bilik2 yang gelap tak boleh guna flash..so rasa kecewa jugakla..tapi itula antara yang sempat diambil..hehe..best juga rupanya..

teraburnya!

Salam..secara eksklusif aku paparkan foto ni kat blog aku..



nilah rupa meja aku bila aku malas ambil kisah nak kemas..bersepah! macam2 barang ada atas tu..daripada buku, handphone, earphone, alat tulis, teropong, surat khabar, dompet, sampailah ke krim pelembap! Semua ada!

walaupun aku boleh dikatakan ada masa yang sangat2la panjang sampai tak sempat nak guna masa yang ada ni sebaik mungkin, tapi rasanya itu yang buat tulang ni makin berat..dalam erti kata lain, malas tak terhingga! Bila dah masa yang terluang dan lapang sangat2 ni tak diguna, macam tu la jadi..Hehe..

tapi hari ni aku dah kemas meja aku..kemas dan teratur akhirnya..bravo!

tentang sate

salam..aku baru tahu pasal perkara ni..ini berkenaan dengan sate..



Jika anda makan SATE, jangan pula lupa makan timunnya..

ini kerana, sate yang dibakar akan menghasilkan karbon..karbon ini meliputi sate tersebut..jika dimakan, ia akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? karsinogen ialah sejenis bahan yang menyebabkan barah! manakala timun pula merupakan anti-karsinogen..

oohhh..aku baru tahu...selama ni memang nak tak nak ja makan timun bila makan sate..patutlah sate sentiasa akan dihidangkan dengan timun..

4 sifat

Salam..perkara ini aku tahu daripada mak aku..

ok mak aku kata, dalam adik-beradik, mesti ada 4 sifat…4 sifat tu ialah tanah, air, api, dan angin..maksudnya, dalam adik-beradik tu, setiap seorang mesti ada salah satu sifat ni..anak yang sulung sifatnya tanah, anak kedua sifatnya air, anak ketiga sifatnya api dan anak keempat sifatnya angin..



kalau anak kelima dan seterusnya, turutan 4 sifat ni dah tak teratur..maksudnya, anak kelima tak semestinya tanah dan anak keenam tak semestinya air..ia tak ikut turutan tanah, air, api dan angin tadi..



orang2 tua dulu2 biasanya akan rujuk 4 sifat ni untuk tahu sifat seseorang tu terutamanya bila nak merisik seseorang..tanah tu sifatnya seperti ketua, gemar mengarah,membebel tapi pada masa yang sama dia bertanggungjawab..air pula sifatnya lebih natural..dia mudah mengalah, mudah menyesuaikan diri, fleksibel..api pula, faham2la..mudah marah dan tak peduli sangat hal orang...kalau angin, lebih kurang macam api..mudah naik angin, tapi penyayang..



kalau tanah dengan air, takda masalah..kalau air dengan api, drg boleh jadi rapat sebab air boleh memadamkan api..kalau tanah dengan tanah, mungkin agak sukar sebab masing2 jenis ketua, masing2 nak mengarah..itu antara contoh yang orang2 tua kata untuk memadankan sesuatu pasangan..




bila aku tengok orang2 sekeliling aku, ada benarnya juga apa yang nenek moyang kita cakap ni..tapi nak kata percaya 100% tak boleh juga..kita tetap ada biologi dan genetik untuk jadikan rujukan..